Friday 20 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 5 - Masih di Iceland

Assalamualaikum

Bangun tido rasa lega sangat. Nasib baik sakit urat semalam dah baik. Kalau tidak..mesti potong mood aku. Hari ni perjalanan dijangka agak tenang sebab tiada aktiviti fizikal. Hanya sightseeing jek. 

Hari ini kami menggunakan perkhidmatan IcelandTourByTaxi. Pemandu dia nama Walter. Kiranya kita ada private driver gituuuu..hehhehe. Kami ambil pakej South Coast Adventure. Tempat shooting Dilwale tu laaa.. Seperti biasa, mereka sangat menepati masa. Sampai kami plak yang segan asyik terlewat jek. Harga pakej korang boleh tengok dekat page dia tu. 

Map perjalanan kami..total pergi balik dalam 800km..

Awal-awal lagi Walter tanya dah makan ke minum. Dia ajak singgah beli kopi. Memandangkan kami dah isi perut penuh-penuh sebelum bergerak, maka tak perlu lah membeli di luar. Tapi Walter singgah juga di kedai sebab dia nak beli kopi. Kami pun turun sekali sebab nak beli jajan. Pengalaman dengan kisah semalam, hari ini kami nak beli makanan yang senang dimakan. On The Go gitu. heheh. Sebenarnya kami beli roti dan coklat je pun. Masa dalam perjalanan, Walter offer air, roti laa, yogurt laa, power bar laa..ehhh banyak plak makanan dia. Rupanya macam dapur kat sebelah dia tu. Macam-macam stok makanan dia. Cisss...menyesal kami beli roti dan coklat tadi. Sekejap-sekejap dia tanya nak makan apa..Tapi disebabkan sejuk giler, aku jadi kurang lapar...atau bila dah makan..kenyangnya tahan lama..Tapi Walter ni macam pendiam sikit. Berbanding Helena yang sangat ramah. Ke sebab kami pemalu dia lelaki..Acececeh..pemalu la sangat.

Tempat pertama kami singgah adalah air terjun di Seljalandsfoss. Ni tempat Shah Rukh Khan dan Kajol memadu asmara tu laa..Air terjun tu cantik laaa. Kami sampai awal pagi. Kiranya tak ramai orang. Kalau ramai agak payah jugak. Lepas tu kena mendaki untuk ambil gambar kat belakang waterfall tu. Agak kecewa sedikit. Sebab cuaca hari tu kelam kusam jek. Rasanya tak de matahari langsung. Maka, tiada awan membiru dalam album hari tersebut.. uwaaaa...maka sekali lagi...tiadalah pelangi silang menyilang seperti di dalam gambar kalau korang google. Diam dah..pasrah aje..ni je rezeki yang Allah bagi. Sila bersyukur.

Nampak macam senang je nak panjat tangga / mendaki pi belakang waterfall tu. Rupanya tidak ye tuan puan. Cuaca yang suram begini..sejuknya sampai ke tulang. Bila dah sampai dekat atas tu..berangin lagi..basah lencun aku tauuuu. Uwaaaa sekali lagi. Berganda kesejukannya. Natijahnya, kami kurang bergambar laa..sebab sejuk nak mati. hati-hati tau..sebab licin kat sini.

Seljalandsfoss is one of the best known waterfalls in Iceland. Seljalandsfoss is situated between Selfoss and Skógafoss, where Route 1 meets the track going to Þórsmörk - Wikipedia


Salah satu pertanian di sini adalah gandum. Abis gambar warna perang sebab winter kan. dah abis musim menuai. 
Seljalandsfoss. Tapi rasanya gambar atas tu tempat eruption. hahahah


Jalan ke depan sedikit..ada Skogafoss pulak. Disebabkan area sini banyak jugak waterfall, maka aku telah pening. Tak ingat aku nama-nama dia. Kalau maklumat salah, mohon maaf.

Skógafoss is a waterfall situated on the Skógá River in the south of Iceland at the cliffs of the former coastline - Wikipedia

Sekitar Skogafoss

Destinasi seterusnya adalah Black Beach Sea. Haaa..ini harus pergi. Tempat ini sangat superb dan amazing. Sama amazing dia dengan tectonic tu. Sebab muka bumi dia sangat menakjubkan. Semasa sampai tu macam 'emmmm ni ke rupanya. macam tak de apa jek.'

Makin kita berjalan..memula jumpa pasir hitam. Macam tak menarik je..lepas tu batu kelikir hitam. Tak lama kemudian batu hitam macam gambar kat bawah tu. Cantik sangat. Lepas tu, bukit tepi pantai tu pun pelbagai rupa. Ada yang dinding biasa...lepas tu macam stack hitam. Stack tu pun macam-macam rupa.Paling cun yang mengadap laut tu laa...Kat situ la ramai yang posing ambil gambar. Tapi kena hati-hati sebab bahaya. Walter banyak kali pesan jangan dekat sangat sebab takut kena telan air. Dengar cerita ada pelancong yang mati. Maka kami ambil gambar sipi-sipi je laa sebab takut. Dengar bunyi ombak tu pun dah menakutkan sangat. Tak dapat la nak capture moment yang cantik sangat. Takpe laa...kita jangan membahayakan diri kita. Kenangan tu tetap ada dalam ingatan..ghitttuuu.

Reynisdrangar are basalt sea stacks situated under the mountain Reynisfjall near the village Vík í Mýrdal, southern Iceland which is framed by a black sand beach that was ranked in 1991 as one of the ten most beautiful non-tropical beaches in the world.[1]

Legend says that the stacks originated when two trolls dragged a three-masted ship to land unsuccessfully and when daylight broke they became needles of rock.[2]

Contemporary legends note the story of a husband who found his wife taken by the two trolls, frozen at night. The husband made the two trolls swear to never kill anyone ever again. His wife was the love of his life, whose free spirit he was unable to provide a home for; she found her fate out among the trolls, rocks, and sea at Reynisfjara. - Wikipedia


Amazing kan pemandangan disini
Batu ini la yang menarik hati saya. Rasa nak je bawa balik

Dinding tepi laut
Cuba tengok ombak tu. Amat menakutkan

Tempat seterusnya kami singgah sekejap di Ekjafjallajokull. Sini tempat gunung berapi. Terakhir dia meletus pada 2010. Aku ingat berita ini pasal banyak flight cancelled masa tu. Sebenarnya dia ada muzeum kat situ. Tapi kami tak masuk lah sebab tak tau sebenarnya. Hehe. Masa dalam kereta tu baru baca info kat gambar tu..hehhehe. Tempat dia simple je..tapi cantik la pemandangan gunung dan kampung kat situ...heheh semua tempat pun cantik laa kat Iceland ni. Tak tau berapa kali aku dah ulang...hehhe

Eyjafjallajökull, English Eyjafjalla Glacier, is one of the smaller ice caps of Iceland, situated to the north of Skógar and to the west of Mýrdalsjökull. The ice cap covers the caldera of a volcano with a summit elevation of 1,651 metres. Last eruption in april 2010. - Wikipedia


Ada di hadapan pagar sebelum masuk ke dalam
cantik kan...kalau tak mendung mesti lagi cantik

Selepas ambil gambar, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Jokulsarlon. Tempat glacier. Tempat pertama ni macam tak cukup menarik jek. Banyak glacier dah mencair. Asalnya kami nampak seberang sana lagi banyak dan besar. Tapi kawan aku sorang tu nak membuang. Kat sini ada kedai, macam R&R. So kami pun menunggu laaa dia. Sementara menunggu tu pusing-pusing keliling.. Oh baru nampak kawasan yang nampak cantik. Dia ada kawasan berbukit. Naik bukit tu baru nampak pemandangan macam kat bawah ni...seberang sana ada seal. Kalau guna kamera canggih, boleh laa hai-hai dengan seal tu.

Jökulsárlón is a large glacial lake in southeast Iceland, on the edge of Vatnajökull National Park - Wikipedia
Cantik tak? Tak banyak glacier kat area ni

Ishh apa ke kena nya lama sangat kawan aku pergi tandas ni. Rasa macam dah lama giler. Kami rasa mesti dia pi jalan kaki sendiri ke seberang jalan sana. Bagitau Walter nak ke sana..eheh..malas nak jalan kaki. Sebenarnya boleh je jalan kaki. Elok je kami gerak..dah nampak dia jalan kaki menuju ke arah kami. Rupanya ada miss-comm sikit. Dia ingatkan kami dah pergi ke seberang sana. Tu yang dia terus terjah sana. Sedangkan kami dok posing-posing kat tempat parking tadi tu. Sabo je laaa.


Ni pemandangan di seberang jalan. Kiranya kalau dari datang tu, dia akan berada di sebelah kanan.

Tak tau jambatan ni pergi ke mana

Penuh dengan glacier
Datang dekat sikit...penuh dengan glacier uolls. Nak berdiri atas tu hati-hati tau...licin


Sedap mende ni..memang banyak dijual di sini. Pelbagai perisa. Walter kasi


Berikut adalah salah satu tempat pitstop kami. Cuma tak dapat nak menjejak kasih apakah nama tempatnya. Tujuannya nak tengok kuda Iceland. Tapi cantik tempat dia, ada air terjun sebelah tu.
Agaknya kilang tokey gandum ni kot


Air terjun bersebelahan dengan kilang kat atas tu

Kuda-kuda ni lepak kat jauh nunnn. Nampak kami terus dia datang dekat. Pandai 

Ni dia serah diri dekat kami. Hi kuda!!

Ni sedikit info berkenaan dengan kuda Iceland. Ehsan dari IG @icelandtravel
The history of the Icelandic Horse can be traced right back to the settlement of the country. The breed has remained pure for over a thousand years and thus today there is only one breed of horse in Iceland – The Icelandic Horse. The Icelandic Horse has played a key role in the life of Icelanders from the beginning. For centuries the horse was the only means of transportation in Iceland as well as being the most important working animal in the days before machinery. Therefore the horse was called “the most useful servant."

Selepas Jokulsarlon ni, abis dah laa perjalanan kami. Penatnya hanya Tuhan yang tau. Dalam perjalanan balik tu kami hanya pandang keluar tingkap ataupun terlelap saja..hehe. Ingatkan dia akan singgah kat perkampungan Vik..sekali dia lalu je..tak berhenti. Kami diam kan je laa..sebab dah lewatkan. Rasanya perkhidmatan dia ni ikut jam. Sebab kami banyak juga berhenti dan berposing tak berhenti..heheheh. Tapi kalau cakap rasanya boleh je kot dia berhenti. Kami pun dah penat sebenarnya. Dengan sejuknya lagi. Cukup-cukup laa kan..hahahha. Pergi balik dah macam dari Perlis ke Johor gitu. Nasib baik laa teksi dia best dan jalan dia pun sangat baik. Setaraf atau lebih baik dari lebuhraya kita. So tak de masalah. Ada wifi lagi gitu.

Singgah sekejap kat stesyen minyak. Sama je la ngan kita punya stesyen. Bezanya dia paparkan harga minyak secara digital ditepi jalan. Maka, boleh tengok harga dulu sebelum singgah. Lain stesyen lain harganya ye.


Stesyen minyak :P

Harga minyak semasa


Kami sampai apartment sekitar pukul 7pm rasanya. Masuk rumah terus kejar solat. Nasib baik magrib 8 lebih. Terima kasih Walter sebab jaga dan layan kami dengan baik. Tapi masih ralat sebab tak amik yogurt dia..hahahhaha.

Selesai berehat, kami pun plan nak ronda bandar pada waktu malam. Cadangnya nak dinner best skit la kan. Ni asyik Brahims je, pitam dah rasanya. Kena la rasa makanan tempatan jugak kan. Jom cari seafood!!!

Melangkah pusing-pusing tetiba kami masuk ke kedai ni. Masa kat luar dah telek menu..bila kat dalam kenapa tak rasa macam kedai seafood... emm belasah je laa. Kami order makanan yang boleh dimakan seperti di bawah. Konsepnya jamah sikit sorang. Jangan tak merasa kan. Jangan ditanya nama dan harga. Memang dah tak ingat. Yang pasti jumlah keseluruhan adalah sekitar RM600. Sila pitam.

Udang

Tak dapat dikenalpasti objek apa nie

Dapat free rasanya. 

Ikan agaknya..hahah serius tak ingat
Sup cream mussel..not bad

Lepas makan, kenyang dan happy. Kami balik kemudian singgah di Netto. Kedudukannya berhadapan dengan Bonus dekat area apartment kami. Pusing-pusing tengok. Akhirnya aku beli blueberry. Sebab teringin. Strawberry dia macam dah tak berapa elok. Swipe je..maka memang kena pasrah berapapun.

Balik apartment, kami terus berkemas. Sebab esok subuh-subuh dah nak ke airport. Call tuan rumah. Settlekan payment. Sambil tu buat aduan kata rack heater kat bathroom macam tak berfungsi. Tapi sama je...Sukatila labu..mana-mana yang lembab tu mak sumbat je laaa. sambil berkemas sambil teringat kesah-kesah di Iceland. Cepatnya laa masa berlalu. Rasa tak cukup 3 hari. Kalau duduk lagi lama mungkin aku akan bangkrap..hahahha.

All done. Moh tido. Esok nak bangun awal.

Nite..nite...


Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4

No comments:

Post a Comment