Wednesday 11 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 3 - Hello Iceland!!!

Sambungan dari Part 2

Kami akan ke sini - ICELAND

Sesampainya kami di airport, terus berlari ke kaunter check-in
jantung jangan kata laaa..memang berdegup laju
nampak dari jauh, queue panjang lagi..fuuuhh
so tak la rasa bersalah sangat
kami naik WOW Air..adoiii slow laa sangat service dia
ni tarap2 AirAsia laa ni..low cost
tak kisah laa..cuma dari review yang kami baca, dia memang banyak songeh sikit
harga diaa..rasa nak pitam ok
one way dah RM800...adeeehhhh
tu pun kami cuma add-on luggage 7kg je
tak ada beli makan minum pun

sebelum beli tiket hari tu
harga terkawal..kami dok tangguh laa kot-kot ada sales ke apa
tetiba harga makin naik...makin naik
terus laa beli sebab mostly banyak flight dah nak penuh

bila turn kami depan kaunter, boleh plak banyak masalah
kami beli extra luggage untuk kotak makanan kami
system dia tak dapat trace
sedangkan kawan aku dah beli semalamnya..hehehe
semalam ye bukan sebulan lepas
ok fine...dia paksa kami beli baru sebab tak de dalam sistem dia
lepas elok je swipe ke apa
tetiba ada plak dalam sistem tapi atas nama orang lain
eerrkkkkkkkk
adoiii kawan aku dah start berangen
ngan minah kaunter tu pun agak kerek
pung pang..pung pang...settle
nanti dia suh pi pejabat kat iceland and mintak refund

yang bestnya..kami yang paling lama kat kaunter
tadi ramai lagi belakang kami
sekarang kami jadi yang paling last
denggggg

kalau korang nak naik wow air ni
dia beg tak boleh dua hand carry
handbag tu pun dia jeling tengok mcm mana
mcm beg aku yg patern backpack Cath Kidston tu x lepas tau
time tu laa kena keluarkan semua mende dan sumbat dalam backpack kami
siap tumpang2 beg kawan
pening plus stress rasanya

bila dah sampai Iceland..baru kami sedar kenapa flight ticket makin lama makin mahal
rupanya depa nak sambut easter holiday
adoiiii patut laa makin mahal..ramai nak bercuti panjang
memang drama dari awal lagi tau de


Saja buat kenangan dengan WOWAir


Lega dapat masuk kapal
Kami tido kepenatan dengan perut yang agak lapar...heheheh
Hanya mampu beli air mineral yang berharga 17DKK bersamaan dengan RM10...uwaaa
tu pun kongsi tauuu

Lepas settle je..di arrival area dah ada orang tunggu kami
Kawan aku dah booking private transfer untuk ambil kami di airport dan hantar kami di airport nanti
berserta hantar kami ke Blue Lagoon
harga memang membunuh diri...400eu
tapi itu harga yang paling logic dan reasonable compare ambil bus
Nama driver kami petang tu Greta kot
Sangat mesra alam..peramah dan banyak cerita

Hello Iceland!!! Kami disambut dengan ribut salji..berangin dan sangat sejuk

Keflavik Intenational Airport...cuba teka apa motip buah tu?

Keflavik Intenational Airport

Semasa dalam kereta, kami buat negotiation
Sebab salji turun agak lebat, tapi kami nak laa round bandar Reykjavik
Tak nak buang masa kan
dia offer 50eu for 30 minit...lepas tu terus pi Blue Lagoon
ok...deal!

Kami sampai rumah penginapan kami
dekat dengan Harbour...namanya Marine Apartment
jangan tersilap ye..ada juga Marine Hotel
awal2 tu Greta dah hantar kami ke rumah yang betul..tapi kami yang tak percaya
lepas tu pergi Marine Hotel ..baru confirm
hehehe..tak abis Greta gelakkan kami sebab dia kata takde sapa boleh tipu dia area di Iceland ni
ok..you are right :P

Kawan aku booking guna booking.com
dia sama macam konsep bnb laa
ntah laa..kalau aku jeling dalam booking.com tu macam lain je rupanya
yang kami punya alamatnya Nylendugata 18 Vesturbær, 101 Reykjavík, Iceland
harga masa tu 432eu untuk 3 malam

kami sampai tu tuan rumah sambut
dia explain sikit2 dan balik
dia asal arab belah mana ntah..dah lama dok Iceland ni

ok..jom tengok gambar rumah

bilik air..agak sempit tapi ok laa. jacuzi tu jeling je. takde masa nak guna

dining area

living area..sebelah je ngan meja makan..hahahah..agak sempit laa

mengintai dari tirai kamar

dapur

Bilik 1

Bilik 2

our late lunch..Brahims!!!

Ok..dah tengok rupa apartment kami
agak sempit sebenarnya tapi ok sangat sebab memang tak sempat nak bersenang-senang kat bilik pun
full aktiviti kami kat luar je
sampai je terus makan, solat dan siapkan diri
sebab tadi dah janji dengan Greta nak pusing Reykjavik
dia ambil pukul 4petang depan rumah.
rasanya dalam pukul 3 kami dah keluar apartment..pusing-pusing dekat Bonus tu
sebelum start trip ni..banyak aku baca pasal Supermarket Bonus  ni
maka...wajib laa melawat

ni dia...Bonus yg setaraf Kedai 1Malaysia. Disebabkan dia murah, dia hanya buka pkl 10-6pm rasanya. yang 24H byk kedai lain....

tak dan nak jeling panjang dah pukul 4
sharp pukul 4..Greta dah sampai
mak aihhh..sangat punctual
gooood

ok..jom pusing-pusing pekan
tak banyak snap gambo sebab snow/ujan rintik-rintik masih ada
sejuk nak mati ok..mati napsu nak bergambar.
kemudian dia bawa pergi gereja Hallgrimskirkja
adoii...nak taip ni pun kena google sebab tak melekat dalam kepala
gereja ni sangat stunning..
dari jauh dah boleh nampak
kami masuk juga ke dalam
masa tu budak-budak baru lepas menyanyi..ada event apa ntah
kami posing lebih kurang dan masuk semula kereta
sejuk wehhhhhhh

Dalam kereta...wuuuu...tak sabar 
ha..depan mata..sayup mata memandang...disebabkan dia tinggi..susah nak ambil gambar guna hp :P

Ada nyanyi2..tak tahu majlis apa

Tak tahu bangunan apa...ada di seberang church..

dari sudut lain pula

Siap je..kami terus ke Perlan. Perlan tu maksudnya Pearl. Bentuk separa bulatan. dalam dia ada restoren berputar. alaa...macam Menara Kuala Lumpur.
Kami masuk..naik terus ke atas, sebab tak ada niat nak makan ataupun shopping. oh yaa..ada kedai cenderamata kat dalam tu jugak. kecik je la tapi.

Reykjavik dari kejauhan

Reykjavik dari kejauhan lagi. tak berapa jelas sebab mendung kelam jek

the Perlan

Monumen luar bangunan

Ok. dah cukup.
Jom kita ke Blue Lagoon (BL). Sepatutnya kalau nak masuk BL kena bayar 10eu. tu kalau tak mandi. kalau mandi lain bayarannya. Kami tak berniat nak mandi sini..sebab baru sampaikan. macam malas lagi. Tapi nak la melawat tempat Point Of Interest in Iceland ni kan. Dengan bantuan Greta kami dapat masuk free..yeeehuuu...tq..tq...
masa dalam kereta dia dok cerita jangan laa mandi situ..hahahhaha..tau kami tak mandi..boleh laa cakap..kalau kami kata nak mandi..mesti dia tutup mulut.

Jom pusing-pusing dalam BL
cantik laa..tapi kat luar building ni..on the way nak datang ni..lagi lawaaaaa
cuma air dia panas giler..so dia tak jadi la tempat mandi kan...hangus plak nanti

Blue Lagoon



Ramai tengah mandi manda

Bertambah kawan sorang kat sini..dia direct dari airport ke BL. 

Nampak tak cuaca dah makin cantik

yeaaahhh langit dah membiru..tu dia Jeep Helena!!

Kami lepak dalam BL sampai 8.30pm. sempat laa bergosip, minum kopi dulu
Lepas kawan kepada kawan kami pun sampai. Dia join kami malam ni ngan esok jek.
Masa keluar dari BL, syok sangat tengok langit dah terang. Tiada lagi gloooomy snow ke ujan
Jeep Helena dah menunggu masa kami di luar BL. Jom teruskan pengembaraan di Iceland!

Helena pemilik Jeep Helena tu. Dia cikgu sekolah rendah tapi buat part time tour guide ni. Dia dan anaknya Erna. Aktiviti kami adalah lava cave. Nampak macam takde mende tapi bila nak start..kami dah saspender. Nak menuju ke gua tu dah la gelap..kami start dalam pukul 9 lebih gitu. Dengan sejuk nak matinya. Dan hanya kami sahaja, berenam. Tapi jangan risau, Helena ni sangat baik dan peramah. Jeep dia pun complete dengan macam-macam barang. Untuk caving ni, dia sediakan headlamp. Cuma kasut je yang problem. Licin ok. Awal-awal tu ok laa sebab pijak snow..bila dah masuk dalam gua, kami jumpa ice....macam gambar kat bawah  nieee:

nonomomok
Pemandangan lava di dalam guna. amazing sangat

nonomomok
dan lagiii

nonomomok
dan lagi
 
nonomomok
ni tengah-tengah gua tu maca ada lubang. So penuh dengan timbunan salji..adeeeh
Kami kan baru sampai..preparation untuk aktiviti macam ni tak berapa nak boleh dibayangkan. Sengsaranya laa pakai kasut yang tak berapa nak proper. Licin nak mati. Aku rasa gua ni kecil je tapi sebabkan licin, abis segala tenaga digunakan untuk elakkan jatuh. Fuhhhh...tapi ia satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Kat Malaysia pun aku tak pernah masuk gua lagi..walaupun Gua Niah / Mulu tu dah lama aku berangan nak pergi..hehehe

Ok. Abis lava caving, kami berjalan kaki ke kawasan lapang. Next activity.....aurora hunting / northern lights!!! Masa kami sampai tu dah banyak juga bas / jeep di situ. Kawasan tu masa tu gulap gulita. Semua diminta matikan lampu kereta, tourchlite dan apa-apa yang mengeluarkan cahaya. Gelap tauuuu tapi langit nampak terang. Siap ada full moon dan bintang tau. Helena bagi tau..kalau tak de bulan lagi bagus sebab lagi cerah harapan nak jumpa aurora. Korang bayangkan..dalam pukul 10-11 malam di musim sejuk. Aku rasa nak menangis tauu sejuknya hanya tuhan yang tahu. Kejap-kejap melompat masuk dalam Jeep. Nasib baik laa dalam jeep tu ada selimut segala bagai. Jenuh aku berselubung. Dalam setengah jam lepas tu ..ke sejam. Aku memang tak tengok jam sangat masa kat sana..hahahha. Semua dah jerit..wehhh aurora weeeeh!!! memula aku macam tak dapat nak tangkap sangat macam mana kan. Sebenarnya dia macam cahaya putih yang bergerak-gerak dan dia bukan warna hijau! Warna hijau itu terhasil bila kita ambil gambar guna camera. Dan ia tak boleh guna camera biasa. Setakat iphone ke apa ke sila ke tepi laa...memang tak kan dapat punya. Nasib baik laa helena selain sediakan perkhidmatan guide dan transport, dia juga suka ambil gambar. So dia la yang ambil gambar kami. Yeaaaahhhh!!!

Masa dok tunggu lagi aurora tu...kejap ada kejap takde..kejap kuat kejap pelahan. So memang kena perhatikan saja. Selalu aku hilang focus sebab sejuk. Dengar orang jerit je...baru aku focus. hehehe. Ada sekali tu..aku dok tengok langit. Ya Allah ada shooting star!!!! Aku nampak sekali..tak sampai seminit lagi sekali. Aku macam terkesima gituuuu..sebab macam tak percaya. ingatkan aku terperasan sebab langit memang penuh bintang malam tu. ada ramai juga yang nampak shooting star tu..so memang betul. MasyaAllah....sangat kagum. TQ Allah sebab bagi peluang saya tengok aurora dan juga shooting star!

nonomomok
aurora yang di capture oleh Helena!!!


Tak lama kemudian, aurora dah tak muncul lagi. Kami pun pulang semula ke apartment. Rasa macam jauh dari bandar. tapi kami tido je dalam jeep tu. Sebenarnya banyak perkara yang menunjukkan kebesaran Allah berlaku. Kami sampai Iceland....salji turun dengan lebat. lepas tu mendung, ujan dan salju turun silih berganti. Tiba-tiba malam, langit cerah dan kami dapat tengok aurora. Ku fayakun kan! Alhamdulillah sangat-sangat Allah makbulkan niat kami.

Sampai je apartment...kami terus mencekik nasik Brahims dan tido dalam keadaan senyummmm...kenangan manis. Jom tido..esok banyak lagi aktiviti.

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2

No comments:

Post a Comment