Thursday 12 May 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)

Berehat dulu tulis pasal Scandinavia Trip
Sebab pening plus malas nak tengok gambar yang beribu-ribu lemon tu

Tak tau hari Ahad bila, TV3 ada tayang cerita Ada Apa Dengan Cinta (AADC). Ntah macam mana aku boleh terjebak melayan cerita tu. Selalunya jarang aku dapat tengok tv hari minggu ni. Lepas tu teringat promo kat tv yang nanti ada AADC2. Baik aku layan. Mana tau kot ada peluang nak tengok wayang....Ehhhh...macam seronok juga walaupun aku dah tak berapa remaja. Maka aku layan lah sampai habis..heheh

Tetiba last week inchik suami ajak tengok wayang citer Captain America. Errrkkk..macam tak seronot jek. terus tingggg...tingg...dapat idea. Ok. U tengok dengan anak. i tengok sorang-sorang AADC2..boleh? deal...

aku pun macam orang bodoh tengok laa sorang-sorang. mostly yang datang tu couple ataupun dengan kawan-kawan. Aku je poyo tengok sorang.

Pendapat dan pandangan aku:
1. Jalan cerita dia sangat simple..takde saspen..takde geram..takde marah. Aman-aman je menonton
2. Aku paling menyampah lelaki yang tak boleh amik tindakan berani. Nasib baik laa Cinta ni cergas..sangguplaah menempuh onak duri mencari Rangga. Apa niee #makemosi
3. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat konsep persahabatan mereka. Aku boleh bayangkan sebab aku dah tengok AADC dan kesinambungan dengan AADC2 sangat kena. Aku paling suka si tembam tu..Milly ke Maura. Ok..saya memang ada masalah nak mengingat.
4. Ramai yang kata jatuh cinta dengan Jogja lepas tengok citer ni tapi aku tidak. Rasa biasa jek..dalam fb tu lagi teruja nak pi Jogja..hehheh
5. Aku setakat tengok je laa..tak de la nak giler bayang ke apa ke..sebab aku bukan minat sangat dengan Rangga tu. Lagi pun jalan cerita dia simple sangat sampai aku xde fefeeling lepas tengok.
6. Akhir sekali, patutnya model kat bawah ni yang berlakon AADC2..tapi atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, ia menolak dengan baik. kekekkeh


No comments:

Post a Comment