Tuesday 31 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 7 - Hello Helsinki

Bangun pagi tengok tingkap. Masih nampak laut lepas. Tak pasti sekarang kat mana. Arrrghh tolonglah sampai cepat. Agak terseksa jiwa raga dok lama-lama dalam cruise ni. heheh.

Bendera Finland
The flag of Finland, also called siniristilippu, dates from the beginning of the 20th century. On a white background, it features a blue Nordic cross, which represents Christianity - Wikipedia

Dijangka tiba Helsinki pukul 10 pagi. Kami stopover sini sekejap je. Sampai pukul 4 petang. Turun je kapal, kami singgah kaunter pertanyaan untuk dapatkan map dan information. Target nak naik HOHO je sebab jimat masa. Tapi ada konflik nak baca map dan information tu macam kurang tepat. Tak pasti bas HOHO tu singgah kat terminal cruise ataupun kena pergi ke town. Pung-pang-pung-pang, last-last kami jalan kaki ke town. Dekat je..dalam 5 - 10 minit berjalan. Dan kami terlepas bas HOHO yang pertama. Kat sini lain macam sikit style HOHO dia. Dia bukan ada banyak trip yang kita boleh naik setiap 20 minit. Rasanya dia ada 2 trip je, satu pukul 10 dan pukul 1petang. Ada lagi satu company tu, dia pukul 10.30 pagi dan ada trip petang. Errrkkkk. Dan harga dia agak mahal tapi aku dah lupa berapa euro. Lepas berbincang, kami buat keputusan tak yah la naik HOHO. Jalan kaki je. Map Helsinki pun dah ada...kita try je laa. Lagipun cuaca sangat baik hari ni.

Masa kami jalan kaki datang tadi, lalu harbour dia. Kat situ ada macam pasar orang jual-jual. Ada juga kedai makan. Disebabkan dah lama mengidam nak makan fresh salmon, jom kita cuba kat sini. Harga dia mostly dalam 10eu. Tak termasuk air. Kopi tambah lagi 2eu. Please dont convert ok. hehehe. Sedap wehhh!!! Panas-panas plak tu. Ini yang paling sedap setakat ini. Masa kat Iceland tu agak kureng sikit. Kami makan dengan gelojohnya. Hahaha. Kawan aku order yang campur-campur. Tapi sedap betul yang macam ikan bilis / ikan masin tu. Kami tumpang makan. Serius kenyang sesangat. 

Lepas kenyang, kami sambung jalan-jalan. Matlamat utama haruslah Hard Rock Cafe. Kawan aku tu collector. Jom laa...

Kat sini ada drama sikit tau..baru nak jalan, kawan aku nak memerut. So jumpa la toilet tepi-tepi jalan tu. Dia pergi beratur. Kami bertiga plak terus ke tepi laut. Nak tengok burung. Posing-posing. Tetiba...eh..apsal lama sangat memerut minah ni. Macam pelik. Kami pun pergi la ke tandas yang dia beratur tadi. Siap tengok orang keluar masuk...Sah...dia takde ni. Sudah...mana dia pergi ni. Suka hilang tak bagitau...Disebabkan aku roaming, aku call dia sebab nak tau lokasi. Dia cakap macam berbisik..Jumpa kat HRC katanya. Ehh..minah ni. Kami pun tanya orang macam mana nak ke HRC. Map memang ada..tapi macam tak jumpa je..hahahhaha.

Masa ni tak la panic mana sebab kawan aku tu biasa travel sorang-sorang. Cuma risau sikit-sikit je dalam hati. Sepanjang jalan nak ke HRC tu tetaplah kami posing-posing. Macam biasa...hehe. Alhamdulillah..akhirnya jumpa HRC. Kami lepak laa sekitar situ sebab kat situ kira dah pekan betulkan. Cantik bandar Helsinki ni. Dan penuh dengan boutique shop. Tapi malangnya, kebanyakkan tutup sebab cuti easter tu. Adeh..Baru berangan nak terjah LV ke...Gucci ke..LC pun ada. Pandang tingkap je laa.

Yeah..jumpa dah kawan aku. Sengeh-sengeh dia datang kat kami. Dia citer laa..tandas dia kotor tadi jadi mati napsu. Disebabkan masa tu masa kecemasan, dia terus cabut cari tandas lain. So tak sempat bagitau. Alhamdulillah, semuanya selamat dan kami berjumpa semula.

Tengok peta sambil tengok POI kat sini. Ntah kenapa terpilih nak pergi Temppeliaukio Church. Agaknya ini yang paling dekat dengan HRC. Nasib baik laa sepanjang perjalanan tu banyak je pemandangan dan bangunan yang cantik-cantik. Bila dah sampai tu, church pulak tutup. Posing kat luar je la. Gini lah nasib kalau cuti masa public holiday.

Temppeliaukio Church is a Lutheran church in the Töölö neighborhood of Helsinki. The church was designed by architects and brothers Timo and Tuomo Suomalainen and opened in 1969 - Wikipedia

Masa balik tu kami singgah supermarket. Beli makanan. Buat bekal dalam cruise nanti. Syok gak shopping sini. Banyak sikit pilihan dari dalam cruise.

Ada sekali tu, aku masuk tandas dia. Ya allah, jakun aku. canggih sangat tandas dia. Kena tekan segala menda baru dia beroperas. Nasib baik laa aku ni terang hati. Makanya, dapat melepaskan hajat dengan aman damai.

Memandangkan masa tu macam dah pukul 3, kami ambil keputusan patah balik. Sebab takut terlewat. Singgah lagi dekat pasar tadi. Tengok barang jualan local. Kami beli fridge magnet, t-shirt kat sini. Harga ok jugak kalau bandingkan dengan Copenhagen. Macam FM tu dapat 3 = 10eu. 

Rupanya banyak POI yang menarik di sekitar harbor tadi. Mana la nak tahu kan. Ada map pun tak berapa pandai nak baca. hehehe. Pasrah je la. Kami sampai kat terminal cruise tu dalam pukul 3.30 sebab ingatkan kapal nak belayar pukul 4. Masa kat terminal tu, whatapps masuk menderu-deru. Ye laa..dah lebih 24jam aku tak boleh access internet. Tapi masuk je semula ke dalam kapal, terus mati. Dengggggg.. kengkawan aku sibuk dengan hp masing-masing..aduuuh kuciwaaaaaaaaaaaaaa.

Tetiba macam pelik..kenapa tak gerak-gerak lagi kapal ni. aku tengok kad. wehhhhhh kapal gerak pukul 5 petang laa..isshh rugi-rugi. kalau tau..baik aku lepak terminal. Boleh menumpang wifi. hahahahha. Pasrah sekali lagi.

Merenung keluar jendela

Yeah..dah nampak daratan

Cruise kami dah berlabuh.

Eye of Helsinki kot. Tapi tak nampak dia bergerak pun

Cruise kami dari kejauhan
Syok lepak sini tengok burung

Pemandangan sepanjang jalan tapi tak tau apa namanya

Betul-betul kat tengah town

Europe ni suka sangat statue. Ntah apa sejarahnya idok la aku kuasa nak membacanya

Comel tong sampah dia

Ni kat tempat tunggu HOHO rasanya

Hello birds!
Suasana pasar pagi di Helsinki. Kecil je pun. Ada dalam 2 row

Gerai makan. Emmm nak makan sini ke?

Atau kat sini?

Salmon...sedap..10eu

Ini la ikan bilis yang aku kata sedap tu

Ini la toilet yang kawan aku beratur tuu

Kami lepak betul belakang toilet tu. Dia boleh tak nampak

Banyak burung dia, jinak pulak tu

Apa motif gambar ni pun tak tau laa

Ini rasanya dekat universiti

Ini lah awek yang tolong kami nak ke HRC

Syok tengok banyak basikal

Langsung tak merasa naik tram trip kali ni. Pandang je laa

Pekan Helsinki

Ni pun tak tau apa mendenya

Cari WC ye kalau membuat pelaburan :P

Syok tengok depa semua keluar beriadah hari cuti

Ini depan Aalto Universiti - School of Business

Saya minah bunga

Temppeliaukio Church

Atas tu rasanya parlimen. Tapi sebab dah lambat, tak berani nak pergi dekat

Pemandangan harbour. 

Walaupun nampak macam kena conteng, tapi tandas dia canggih dan bersih. Kena tekan butang baru seat hitam tu turun. Tekan lagi baru keluar air. Kalau korang tak keluar dalam masa 20minit, pintu utama akan terbuka. so jangan buat apa-apa dalam toilet naaaa

Toilet lagi.

Kesimpulannya, saya suka bandar Helsinki ni walaupun sekejap sangat singgah kat sini. Kemas, teratur dan bersih. Tapi kalau hari kerja tak pasti lah bagaimana keadaannya. Disebabkan cuti, boleh dikatakan kebanyakan kedai tutup. Butik-butik besar macam LV, LC dan ntah apa-apa brand yang aku pun tak reti nak sebut..semua tutup. Elok juga semua butik tutup. Kalau bukak mungkin kami hanya singgah butik je. Tak dapat nak tengok bandar dia dengan lebih dekat.

Bila kapal berlabuh, hati dah sedih. Sebab kena hadap lagi 12 jam dok terperap di sini..dengggg sangat. hahahha.

Dijadikan cerita..rupanya, kawan aku tertinggal make-up bag dalam tandas masa kat Helsinki tadi. Maka ada alasan lah untuk shopping!!. Pergi kedai dalam Gabriella tu. Ambik hang. Kawan aku borong bedak, gincu MAC. Siap beli sun-glass cap MK lagi. Katanya murah compare dengan airport. Aku perati perfume chloe pun macam murah. Tapi memandangkan beg aku dah padat sendat dan perjalanan masih jauh, tak berani la. Pendam je dalam hati. Lepas shopping kami lepak kat restoren dia. Tak makan tak minum. Saja lepak-lepak sambil borak. Apa laa show pun xde kapal ni. Langsung takde apa yang menarik. Dah puas lepak, kami balik bilik semula dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Good nite eberibodeh!!

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5
  8. Part 6

Monday 30 May 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Selalu dah dengar nama restoren ni. Katanya sedap. Ramai riders datang semata-mata nak makan kat sini. Tiap kali balik kampung, memang akan lalu sungkai ni, tapi tak pernah la singgah. 

Kedai asal dia adalah jalan masuk ke Sungai Klah Hot Spring. Tapi baru-baru ini, rasanya awal tahun ini, dia pindah ke jalan besar Sungkai tu. Sebelum masuk ke tol PLUS Sungkai.  Agak ramai orang masa kami singgah tu. Ye laaa, masa tu ada cuti Hari Pekerja. Ramai yang balik kampung. Kami pun sama-sama menyebok nak singgah kedai tu.

Kali pertama datang, aku serabut dengan sistem beratur dan bayar dia. Terjah je laaa. Nasi beratur tempat lain, lauk lain, sayur lain. Ishhhhh. Tempat bayar pun asing-asing. Akhirnya kami amik lauk seperti di bawah. Kambing cincang tu 2 piring, ayam bakar dan sayur sikit. Kesimpulannya:
1. Rasa macam biasa je. Kiranya tak la sedap giler dan tak la teruk sangat. Tapi anak aku makan sepiring kambing tu dia sorang je. Mungkin faktor kebuluran. heheh. Sepiring RM10 kalau tak silap
2. Ayam tu ok-ok jek.
3. Nasi buluh tu pun ok.

Eh..macam bosan je review makanan ni. hahahahha. Sebab memang kekusutan masa singgah kedai ni. Maka, tak de apa yang nak diceritakan dengan mendalam. 
Depan Kedai

Menu yang kami ambil

Monday 23 May 2016

Scandinavia Trip 2016 - Part 6 - Bye-bye Iceland Hello Sweeden

Good Morning!!!

Kami bangun awal walaupun rasa berat sangat badan ni. Kemas lebih kurang, kami pun turun ke bawah. Teksi dah sedia menunggu. Kami tempah bersekali dengan Greta hari tu. Cuma pagi ni bukan Greta yang jemput kami, tapi pekerja kami. Greta pergi holiday ke Thailand. Kami gerak dalam pukul 5pagi. Lepas say goodbye pada tuan rumah, tayar kereta pun bergolek. Sampai je airport, kami kena print sendiri boading pass dan tag yang lekat dekat bag. Rasa selesa sikit sebab luggage masuk kargo. Tak de la penat nak pikul macam masa datang haritu. Ni la pi negara maju ni..semua kena buat sendiri. Pepandai la korang kena baca dan alert segala mende. Tapi jangan la risau. Ada je pembantu kat semua area. Nampak lain macam je...laju je dia datang tanya ada masalah ke apa. Ada perkara kelakar masa kat sini. Kawan aku gedik nak naik lift. Kawan aku lagi sorang kata dah..jangan sebab lift tu untuk orang yang tak mampu je macam OKU dan ada baby. Tetiba kena priiiiit dengan polis bantuan kat airport tu. hehehe. Kalau sihat, jangan malas-malas naik eskalator ye.

Kami naik Icelandair. kalau guna flysas pun ok jugak. ikut laa mana yang harga lebih murahkan. Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, minggu ni cuti Easter. Makanya, bertabahlah harga tiket yang agak mencengkam jiwa. 

Oh ya. Jangan lupa isi borang claim VAT siap-siap dan cari kaunter VAT tu untuk claim. Sebab pagi tak ramai orang. Cepat je urusannya. Dia pun tak banyak songeh nak tengok barang. Mungkin sebab sikit je kot..heh

Takde keje sambil tunggu nak terbang

Yeaaay jom masuk kapal

Saya suka ambil gambar nampak sayap kapal terbang. 7.30am ...Bye bye Iceland

Jangan sedih kalau tak dapat tengok aurora..dlm IcelandAir ni ada aurora :P

Suka dengan qoute ini. "The most amazing thing about Iceland is not its 130 volcanoes. It's the fact that Icelanders are known to book special trips to see an eruption up close"

Touch down...Hello Sweden @ 12.30pm
Sweden Flag
Airport ke City Terminalen 476SEK dengan bas. bas dia ada wifi yang sangat laju ok.

Tekan-tekan dan masukkan kad kredit. Siap!

Pemandangan luar Arlanda Airport

Bandar Stockholm Sweden

Bandar Stockholm Sweden
Bandar Stockholm Sweden

Semasa dalam IcelandAir tu, semua penumpang dapat telur ini. Wow...terima kasih. Tapi segan nak buka masa dalam flight. Masa dalam bas baru teringat dan jom tengok.

Ini lah rupa telurnya. jom bukak!

taraaaa..oh coklat. eh siap ada nota lagi.

Perjalanan dari airport ke City Terminalen memakan masa sekitar 15 minit rasanya. Ataupun paling lama 30 minit. Serius aku tak ingat sebab masa dalam bas sibuk dengan wifi..hahaha. Sampai-sampai je kami terus ke kaunter Viking Line. Tiket dah beli masa kat Malaysia lagi. Ni cuma nak confirmkan dan tanya kat mana nak cari bas ke port dia. Kena beli tiket bas lagi..kenapa laaa tak kasi free jek..

Sesampai je ke pelabuhan..kena check-in macam kita naik kapal terbang. Kena ada passport segala bagai. Ramai orang pagi tu. Ye laa. Mereka kan cuti Easter Hols. Abis satu kaum kerabat satu famili pergi bercuti. Eh aku dah cakap ke kami nak ke mana? Kami akan menaiki cruise VikingLine - Gabriella untuk ke Helsinki, Finland. Yeahhh. Ini kali pertama aku naik cruise. Harap-harap semuanya ok. Harga tiket cruise ke Helsinki adalah 28EU seorang.


VikingLine Bus 360SEK (return). Simpan tiket tu nanti, jangan buang merata
Check-in VikingLine Cruise - Gabriella ke Helsinki

taraaa...our room.
Ni rupa dalam bilik tu. Ntah kenapa lupa nak snap banyak-banyak. Katil dia yang melekap kat dinding tu. Tarik dan adalah tilam, bantal dan towel segala. Toilet dia ok laa..kecik tapi boleh laa untuk cruise. Lepas je masuk ni, terus bilik kami macam tongkang pecah. Takde selera nak ambil gambar. hehehe. 

Sebab bilik dia agak kecil, tambah pula bila dah bukak katil kiri kanan tu. Kira kami memerap atas katil je sambil memandang kat luar. Kat luar tu pemandangan tak cukup teruja. Ditambah pula cermin nya tak berapa bersih. Jadi malas aku nak memandangnya 24jam. 

Masa dalam cruise ini la jiwa aku luluhhhh. Katanya ada wifi. Tapi entah kenapa aku sorang je tak dapat. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kawan-kawan aku semua sebok pandang phone masing-masing. Aku tak tau nak pandang apa..Cisss bedebah betoi kawan-kawan aku. Tapi memang line dia kurang stabil tapi depa dapat laaa..cuma aku je yang langsung tak dapat. 

Lepas solat bersiap lebih kurang, kami keluar ronda-ronda melawat kawasan. Pergi area deck nak tengok pemandangan luar. Adeehhh sejuk giler kot. Kejap je laa kami ambil gambar lepas tu blah. 

Dalam cruise ni macam tak de apa aktiviti. Agak bosan juga. Takde swimming pool pun. Haaa tapi dia ada kedai tax free. Kedai ini ok sangat. Mostly barang-barang dia memang murah. Kami shopping makanan laaa macam coklat dan air. Buat makan dalam bilik. 

Lepas agak bosan tak tau nak ke mana, kami balik bilik. Jom la kita berehat. Dah berapa hari kurang rehat masa di Iceland. Baring sambil layan perasaan je la.

Gabriella...nama kapal ni

Pemandangan di luar kapal

Pemandangan dalam kapal 

Brahims dan sambal kami sampai ke Sweden. 


Good Nite Sweden!

Post terdahulu:
  1. Introduction
  2. Persiapan
  3. Part 1
  4. Part 2
  5. Part 3
  6. Part 4
  7. Part 5