Wednesday 20 April 2016

Scandinavia Trip 2016 - Introduction

Hi alls

Aku dok fikir...macam mana nak start tulis berkenaan trip ni ya..
ikut hari ke...ikut negara ke..ikut sukahati aku ke..
pening plak rasanya
dah laa memang tak reti nak cerita sebab aku ni follower je
bukan mastermind...lagi la payah

emmmm
ok..bagaimana ia bermula

Ogos 2015
asalnya...kawan aku dia memang dah plan nak pergi negara scandinavia  ni termasuk iceland
dia ajak laa kami-kami dalam group whatapps ni
aku seperti biasa..mesti la melompat menggedik nak ikut
masalahnya aku ni penakut...
aku mana berani ke obersi sorang-sorang
isssh dekat pun aku tak lepas..
dalam negara boleh laa sikit-sikit.

maka...ajakan ini sekejap panas sekejap sejuk
adalah sorang lagi kawan aku tu macam teruja
tapi masa tu..dia tak dapat lagi confirmation untuk pergi haji
dia dah buat rayuan..tapi tak de jawapan
so..dia tak berani nak janji..kena lepaskan kewajipan rukun Islam kelima tu dulu
then baru boleh fikir
maka...niat tu disimpan dalam hati

dalam pada masa yang sama aku dok push2 geng Turki aku
untuk plan 2016 punya trip
mood meroyan untuk trip kalau datang memang cam tuuu
tapi biasa laa..semua orang ada kekangan masing-masing
so..tiada sebarang action

Ditakdirkan, rezeki kawan aku dapat menunaikan haji pada tahun 2015
Happy for her

Nov/Dis 2015
Secara unofficial..kawan aku setuju nak ikut trip ke scandinavia tu
mak melompat bintang
sebab ada kawan dari Malaysia
itu yang penting..sebab mak takut
oh yaa..kawan yang plan tu dok kat Dubai ye
tak lama kemudian...ada lagi sorang kawan join sama
genap empat orang
mak dah berbunga riang riaaa
yes!!!!

No comments:

Post a Comment