Posts

Showing posts from February, 2016

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8

Image
Ni entry pasal makan-makan
Sekarang di Ayer@8 dah banyak kedai bukak tak macam dulu terutamanya kedai makan dan juga ala-ala vendours tuuu
Jom try kat MyMakan  Kalau tengok menu..agak tercekik laaa tu bagi orang yang gaji tahap aku laa hehehhe maka, kami pilih set lunch RM15.90 ada nasi, lauk, sup kosong dan air aku pilih menu masak sambal baby lobster sambal dia sedap..aku suka disebabkan baby...daging dia cenonet je laaa melekat kat celah gigi je..hehhehe

kawan aku order patin masak tempoyak
pun sedap
cuma patin dia tu..aku x la gemo..sebab aku kureng skit ngan patin

Dihari lain, kami singgah lagi makan sini
order set tomyam putih
yang itu agak out..not recommended..
sebab terasa sangat pakai kiub/instant



Kemudian
Kami try pulak MeatBall & Co
kemain ramai orang beratur masa tu...
elok plak kami datang hari jumaat
penuh ngan akak-akak gomen

aku tengok meatball dia macam ala-ala je
so, pilih laaa grill salmon apa ntah
macam gambar kat bawah ni

rasa??
emmm so-so
sebab dia macam de…

To Taiping With Love

Image
Hi all
Aku datang ke Taiping lagi dengan niat yang lain dari lain masuk fun run bersama alumni sekolah sebenarnya
Disebabkan run tu bermula sabtu pagi, malam jumaat selepas kerja terus terbang ke taiping hotel aku dah booking awal-awal kat booking.com malas nak pikir-pikir asalnya nak dok budget hotel je tapi sebab minggu tu aku sibuk, tak dan nak google dan baca-baca so..belasah je ikut geng aku yang sama dok kat Flemington Hotel tu semalam aku kene RM150 inc gst yang best ada free wifi kat bilik....itu penting heheh
sampai hotel dalam pukul 12 midnite masuk bilik..bau kepam..bau macam lama xde orang lagipun dapat katil single terus mintak tukar..mintak queen ok pulak bilik yang baru tu
anak aku memang teruja kalau duduk hotel terus segar bijik mata dia dalam pukul 12 lebih, dia nak mandi bukan ada bathtab pun...sabo je laa anak aku dalam 1.30 aku paksa dia tido..
bangun pagi kemain awai anak aku nak lari katanyaa amboi ko...6.15 dah jaga terus serah diri nak mandi ni mesti terkenan…

Nasi Kak Wok vs Warung Cikgu

Di Kelantan memang popular dengan Nasi Kak Wok
Dulu masa aku pergi sana, kiranya wajib laa makan nasi kak wok
Tapi bila aku tengok..simple je
Tak tau laa apa yang wajib sangatnya
Masa tu laa...masa tu aku tak menghargai sangat nasi kak wok ni
Sebab banyak lagi makanan yang sedap kat Kelate nuuunnn

Tu kisah dulu laaa
Semenjak dua menjak ni
wujudnya Warung Cikgu di area rumah aku..bandar bukit puchong 2
glamer sangat
masa tu aku tak berani lagi nak try
tapi setiap kali aku on the way ke kedai Tuan Faridah yang glamer dengan ayam kampung tu
mesti berbaris panjang kat warung cikgu tu
masalahnya macam sepanjang masa ler pulak panjangnyaa

Lepas suami aku dapat cerita dengan kawan-kawan dia kata kedai tu ok
maka kami pun mencuba laaa
serius wehhh..sedap
patut laa ramai yang sanggup beratur
bila aku fikir-fikir...apa la yang sedap sangat
sebab dia hanya nasi putih, kuah, ayam goreng dan sambal belacan
nasi panas, ayam baru goreng...berpeluh siut
makan pulak dengan coconut shake dia..perrrghhh…