Bukit Broga, Semenyih

hai..hai

ni saja nak bercerita pasal hiking minggu lepas
ke dua minggu lepas
ini merupakan kali kedua aku panjat broga ni

yang pertama kali..pergi pukul 5pagi kot
sampai atas solat subuh
tahun lepas (2014)
masa tu musim jerebu ke musim hujan
tak nampak apa
berkabuss

kali ni pergi
cuaca best sangat
kami bertolak lepas solat subuh
keluar rumah dalam pukul 6.30 gitu
sampai sana pukul 7.30..masyaallah...sepenuh-penuh kereta dan umat
mencari parking je dekat 30 minit
kena tunggu orang turun tu keluar dulu

dalam 8 lebih skit..kami start mendaki
ehem..sebenarnya aku nak testing kasut hiking aku
best giler kot..hehehhe
patut laa kalau nak bersenam ni..accessories kena betul..baru la selesa

alhamdulillah..selamat sampai kat atas
tanpa ada drama dan air mata
kali pertama pegi aku macam tak cukup napeh
puncanya sebab sejuk
aku dari dulu tak tahan sejuk..ada asma
ni dah terang..kurang laa masalah

subhanallah
cun sangat pemandangan kat atas tuuu
ni baru brogaa
ntah bila la aku dapat panjat gunung yang tinggi sikit macam kinabalu ke everest ke
eeeehhhh hahahhaha
aku memang tak pernah bercita-cita pun nak panjat gunung nie
sebab aku tau kemampuan diri aku
bukit bukau ni..boleh lagi diusahakan
jom layan gambo


8 lebih dah terik..terus jadi quhitam...sedeh




naik dan turun
dalam sejam je settle
tu untuk santai-santai cara aku
read:lemauuuuu
laki aku nasib baik kuat
sepanjang masa dukung anak aku
dia langsung x mo berjalan


broga ni bagi aku..ok je
sebab sepanjang route tu dia dah sediakan tali...mcm tangga
kiranya selamat la untuk orang yang macam aku ni
heheh
cuma biasa laa
dah namanya Malaysia...kesedaran sivik tu agak kurang sikit
ada je mata aku nampak sampah sepanjang jalan tu
botol mineral, plastik...adooiiyaiii
korang tak boleh ke simpan dalam beg dulu
buang bila jumpa tong sampah
adeeeeehhhh
bikin mak panas tauuuu

balik tu dah lapo
sebab sebelum naik cuma makan roti je
nak makan kat cafe kaki bukit tu..penuh orang
tak kuasa nak bersantai-santai kat situ
kami cuma beli aiskrim je...RM1 kot..ke RM1.50..sedap!

akhirnya kami singgah kedai tepi jalan
order lontong..laki aku order nasik lemak
hambek kooooo
sebeban dia isi
nak abiskan rasa nak termuntah
nasib baik laa rasanya ok
alhamdulillah..kenyang nikmat allah bagi



Sekian
boleh repeat byk kali ni..cuma nak mendapatkan masa tuuuu ;)

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan