Thursday 5 November 2015

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Sejak dua menjak ni, kerap masuk dalam newsfeed facebook
pasal Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya
emmmm
kenapa aku boleh tak perasan eh
En Suami kata nanti kita pi sana
Ok..putrajaya je kot

last week,
takde apa nak buat, kami ke putrajaya
oohh..ni wetland biasa..
dulu hari-hari aku lalu jalan ni nak balik rumah
maka..ayoh

ussshh..banyaknye kereta
ni mesti penangan newsfeed kat fb nie
sama macam aku

jom masuk
sib baik percuma..sapa tak suka menda free kan
hehehhe

ni laaa pun tarikan utama dia
gambo kat lantai tu bergerak-gerak
cumaaa...ehhh
apsal kecit bebeno
dalam fb macam luas jek..
mak dah mula sentap

ni anak sapa x tau laaa
ramai umat..yang penting ambik gambo
dia cenggini
bila ko pijak / kijak lantai tuu
rama-rama pun berterbangan
nampak tak rama-rama tuu?
nunnn kat ujung tuuu
hahahhaha

bila kupijak..engkau terbang..bila diam..hanya ada rumput hijau..heheh



ehhh
lupa nak cerita
NIC ni..dia jenis macam lorong..korang jalan ikut je haluan dia
masa tu korang jumpa la pokok bakau...skrin macam kat bawah nie..
ada masa gelap..ada masa terang
ikut seksyen laaa
dan dia ada 3 tingkat
korang jangan miss tauuu
pi la semua tingkat


Salah satu objek yang ada di NIC

Jalan-jalan lagi ada plak mende ni
Globe..pastu ada burung
aku sebenarnya tak sempat nak baca pun semua maklumat dalam ni
dah ramai orang
ngan anak aku pun tak mau dok diam
tapi aku syak dia berkenaan dengan migration flamingo
kan dia ikut musim..terbang sana terbang sini
salah satu tempat persinggahan dia nie..kat wetland laaa


cantik lukisan nie

haaa..ni diaaa..baru besar
opsss..
ni baru la seperti yang diriuhkan tuu
baru besar
yang ni lain skit
ikan-ikan tu berenang ikut timing kot
bila dia keluar..abis budak-budak kejar pijak-pijak dia
kesian ikan tu wehhhh
lantai macam ni ada 3 dalam NIC tu
satu yang rama-rama, satu lagi yang ikan nie..lagi satu aku lupa....aku tak amik pun gambar
rasanya ikan jugak. tapi saiz kecil macam rama-rama

pawagam..heheh
di level paling bawah
ada macam pawagam..aku lupa nama dia
tapi sini ada tempat duduk
skrin dia ni melengkung..semi bulatan
ala-ala 3D macam kat planetarium hari tuuu
dia berkenaan dengan kepentingan bakau, tarian apa ntah
best laa
aku sukaa..sebab banyak info
yang tak suka anak aku
dia takut gamaknyaaa
pelik aku..wayang suka pulak

mengintai flamingo dari tingkap

Surau dan cafe

aku lalu jek..sebenarnya dia attach sekali ngan bangunan tadi
so..korang tak yah risau
boleh singgah makan dan solat
sebab aku dah solat dan makan sebelum datang
so aku x singgah laa
tak tau ok ke dak dalam nye
insyaallah ok

abisssss NIC
sekejap je kami singgah
tak sampai sejam kot..ke x sampai setengah jam
sebab ramai orang
tak focus aku

disebabkan masih awal
jom laa kita pi Menara Tinjau
dah lama aku aim bendalah ni
cuma tak berkesempatan nak panjat
haaaa..sini tak ramai orang
semua orang malas nak memanjat kot
hehehheeh

tu dia dari kejauhan
cantik dan menghijauuu
i likeeeee
Menara Tinjau Wetland

nampak besar dan kukuh...dun worry ok

Elok je sampai atas
dah start renyai
amik gambo lebih kurang
turun balik
yang best nya
anak aku giler kompiden panjat mende ni..sebab tangga dia lebar-lebar
dia pun tak takut
turun pun dia yang mula-mula
kemain ko yeee

sib baik renyai jek..tak ujan lebat
selamat laa kami sampai ke parking
maka..tamatlah perjalanan kami
semuanya percumaaaaa dan dekat dengan rumah kami
hahhahahahha
yang penting ada aktiviti luar kan
setelah sekian lama berjerebuuuuu

No comments:

Post a Comment