Hasil Kampung

Sepatutnya minggu ini aku merendek ke Medan
Tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa cancel
Takpe laa..itu namanya tak de rezeki
Tak dapat berjalan, mari kita tunaikan tanggungjawab pada mak
Ayoh kita balik kampung


Balik kampung, wajib pergi pasar sabtu
belikan mak apa yang patut
ehhh sebenarnya bukan untuk mak sangat
cuma nak stock up mende kat umah tu
senang nak makan nanti

lepas tu tolong mak bersihkan kebun kecik dia
dia dah tak larat nak mengeri (tahu ke KERI?)
haaa ni rupa keri.. aku rembat dari google

Keri
Pagi seround...petang seround..
adoiii..letih badan-badan aku
tu belum kene gigit ngan semut merah..
abis berbintat dan gatal-gatal kaki tangan aku
pasrah je laa
sekarang musim ujan
air pun dah mula naik...maka semut ni banyak merata-rata

Ahad dah nak balik
kejap je rasa
sebelum balik..mai kita kutip hasil kebun yang ada
hahahah kebun la sangat

pokok pisang ni tumbang
belum cukup tua
mak suh bawah balik..amik laa 3 sikat
buat syarat..nanti nak kasi akak aku 2 sikat

Pisang...belum cukup tua

Limau kasturi ni aku yang tanama zaman dulu
sib baik la dia masih berbuah dan berjasaaa

Limau kasturi
Limau nipis ni paling best
jenis apa tak tau..tapi dia banyak air dan rasa dia sangat best dari limau nipis biasa
pokok limau nipis biasa tu ada..cuma buahnya semua muda-belia

Limau nipis yang best giler
ok
yang ini bukan hasil kebun
hasil kebun la jugak..tapi kebun orang
abang aku beli kat pasar
memandangkan aku balik awai..aku rembat
dan masak kat umah buat minum petang
hehehhehe

jagung..rembat abang aku punya
Memandangkan petang/malam tu hujan
aku malas nak keluar
so..aku masak simple-simple
rebus pucuk ubi dan jantung pisang dari kampung
lauk tak de dalam peti ais..so telur dadar je laaa
fuhhhh..sedap giler
alhamdulillah

lauk malam tadi

hasil  lain yang takde dalam gambo adalah serai
malas nak beli 3batang RM2..sentap
nak tanam sendiri..punya la malas nak beli tanah
tak tau penyakit malas gred berapa ni
dulu aku tanam serai ngan limau kasturi dalam pasu..
elok je hidup...
ingat nak mula bercucuk tanam balik nie
kan sekarang semua menda mahal
kena ubah cara hidup
doakan aku ye.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan