Tuesday 27 October 2015

Planetarium Melaka - Melaka Maju Fasa II

Last week kami ke Melaka
emmm..melaka lagiii
ni kira paksarela sebab sleeping partner saya nak mengayuh
dia masuk Melaka Century Ride
maka moh la kitaa

pagi ahad tu, dah bosan dok bilik
aku pun hangkut laa anak bujang aku pi merayau
sebab aku dok hotel area MITC tuuuu, jalan pun lengang jek
sib baik takde event kat MITC
aku dah la gagap bawak kete kat tempat baru

berpandukan waze untuk jarak cuma 1.6km adalah mencabar..
hahahahha
berapa kali re-route..salahkan jalan one way kat sana..
asek u-turn je aku

haaa tu dia..dari jauh dah nampak
marilah kita ke Planetarium Melaka
sebelum datang ni..aku ada google pasal planetarium ni
so..nak mengesahkan kesahihan nyee...marilah kita terjah


Pemandangan dari jauh
taraaaa
kene menapak naik tangga
nak parking...aku main parking je
dimaklumkan hanya ada 2 kereta..termasuk kereta aku di kawasan parking
masa naik tangga tu..ada 2 awek turun..aik..cepatnya kome abis melawat
aku sampai tu pukul 9.50
emmmm
ok..aku pun masuk.
disambut oleh awek kaunter...sila bayar RM10. anak aku free..alhamdulillah

sedihnya laa rupa kat depan tu
macam hidup segan mati tak maaauuuu
berbeza ngan area bandar hilir yang penuh ngan pelancong
awatlaaa kerajaan negeri tak jaga bebetoi bangunan niee
kata melaka maju..huhuhu

makaa..seluas-luas bangunan itu
pelawatnya hanya lah aku dan anak aku
selain itu, ada awek penyambut tetamu seorang
aku masuk ke dalam..ada seorang sedang mengemop..seorang abang sedang vacum dan seorang kanak-kanak sedang bermain
dipercayai mereka suami isteri dan anaknyaaa

awek kaunter tu kata..pukul 10 ada tayangan 3D kat aras 2. a
aku tengok jam..ohhh dah pukul 10..terus aku naik
memandangkan aku pelawat yang adaaaa pada masa itu, dan dewan tersebut belum ready
abang yang sedang vacum tadi pun masuk sama
ok..dia technician kot
amik masa untuk setting semua
dalam pukul 10.30 kot..baru start
hanya kami berdua yang menonton ..huhuhu


bentuk dome. kerusi dia mcm nak baring

video dia ok laaa
anak aku siap terpempan dan terkesima
berakhir dengan mengajak balik
sebab dia takut gamaknyaa
bukan mengerikan..ntah laa..bebudak..x menarik kot bagi diaa

apakemende ni...bergantungan di atas

adalah beberapa object..kapal angkasa, satelit bergantungan di atas
aku nak membaca pun tak berapa kusyuk
anak aku berlari sana sini
ambooii..kemain ko eh
masa tengok video tadi ajak balik
dapat keluar ..berlari je koje nyaaa

salah satu info dan tayangan video yang ada

ni soyuz kot
ni kapsul

ada 2 sample soyuz dan capsul kat sini
dua ni yang menarik perhatian anak aku
walaupun pada aku xde la best manaaa
tapi bebudak kan..tekan kiri pusing kiri..tekan kanan pusing kanan
happy la diaa..
apa-apa lah anak
janji ko happy


nampak tak apa yang aku nampak

ni salah satu pemandangan di dalam tuuu
ada planet-planet dalam solar system bergantungan di atas
tapi yang mencacatkan pemandangan adalah besen merah tuuu
korang nampak tak
bocor....
ada dua tiga area macam tuuu
nampak daif tauuuu
sebenarnya bagus planetarium ni
aku suka gak konsepnyaa
cumaaaa..kena la jaga elok-elok
ada 2-3 menda yang tak berfungsi
ditambah pulak dengan pemandangan besen-besen ni
agak-agak laaa
dan aku rasa..promosi pun kurang dibuat
tak macam cruise dan menara
harap kerajaan negeri dan pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya
menda baik yang aku dapat hasil lawatan ni..anak aku dah pandai sebut angkasawan, roket dan berjalan seolah-olah di angkasa lepas..hehehehe
hebat apaaa...
sapa lagi nak puji anak sendiri kalau bukan maknyaaa
sebab tu mende macam ni kena dipelihara
bagi mencetus minda kanak-kanak

oh yaa..masa aku nak balik tu
aku jumpa ada lagi 2 famili yang sedang melawat
semoga kita mendapat sesuatu yang manafaat di dalamnya

No comments:

Post a Comment