D.I.Y. Playdoh

hiii

perasan tak ramai yang post cara buat play-doh sendiri?
cara nak buat giant bubble pun ada kan
salah seorangnya kawan aku ni haaa
dia pengusaha tadika

maka...
marilah kita mencuba buat play-doh ni

bahan-bahannya:
tepung 2cawan
minyak masak sedikit
air 1 cawan
pewarna ikut suka

caranya..sama macam kita main masak-masak
sebab dia bergantung pada cara kita sukat dan bahan yang kita gunakan
macam saya..agaknya tepung tu dah nak berkutu, maka kena lebih dekat 2.5 cawan baru ok
ke...sebab air saya kurang tepu
hahahahhaah
tapi serius
korang tak perlulah serius sangat masa menyukat
macam buat kuih...ada feeel mende tu menjadi ke tidak

lepas campak semua bahan
korang gaul-gaul sampai rata...sampai tak melekat kat tangan
sambil tu tambah laa tepung ke minyak ke..ikut kesesuaian
sampai rasa sama macam playdoh yang dibeli


haaa..ni rupa sepah rumah aku masa buat
memang purposely tak pasang apa
senang karang nak mop lantai
masa ni aku dah siap dah
buat dua warna je..biru dan hijau


dah siap..masa proses tangan kotor..malas nak snap

anak aku dah start main

apa dia nak buat tuuuuu

laaa..abis otomen dibungkus dengan playdoh

weh
serius playdoh aku lagi best dari yang beli
sebab wangi..aku guna minyak matahari...korang mampu??
*** minyak tu dah expired date...sbb laki aku x suka bau minyak tu

seminggu tu kerja aku dok bancuh tepung je
sebab anak aku suka sepah-sepah..
ok yang ini mak stress

untuk elakkan pembaziran
korang simpan dalam bekas pastu letak dalam peti ais
insyaallah elok dan tak berbau
sebab aku dah buat
tapi term and condition dia sama macam aku cakap kat atas
bergantung pada bahan yang korang guna
untuk kes aku..ok..alhamdulillah

sekian.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya