Kemaruk Holiday - Roadtrip ke Penang Part 2 - Bukit Bendera

Hari kedua kami mulakan dengan senyuman
Alhamdulillah malam tadi ujan
Makanya, cuaca elok pagi ni
sejuk-sejuk nyaman
tambah teruja sebab nak naik HO-HO
almaklum laaa nak pegi Londong tak lepas-lepas
dapat naik kat penang pun dah terujaaa

Tempat beli tiket HOHO ni ada beberapa tempat
salah satunya kat Chowrasta. 
dari hotel tu jalan kaki kedepan skit je dari Line CLear tu..dah jumpa chowrasta
beli on-the-spot jek
Harga tix RM19 lepas tunjuk IC.
anak dapat free...yess..jimat
maka dengan jakunnya kami menyerang tingkat atas ..open air

Jakun laaaa kami berposing atas bas tu...suka bebeno
hahahah
Dari Chowrasta..kami turun di mana eh...interchain Gurney Drive
sbb yang ini untuk beach tour...nak ke Bukit Bendera kena naik city tour
ada banyak brochure pasal HOHO tu kat tempat beli tix tadi
so...terus kami ke bukit bendera

atas HOHO...sumpah teruja..hahha

nampak komtar..agak usang. 

ni pemandangan masa nak naik bukit
masa nak beli tiket, kene tunjuk IC juga
sama macam kat cable car langkawi
nak buktikan yang memang warganegara
macam RM10 kot tiket dia..lupa plak


yuuuuuhuuuuuuu...


tetiba teringat naik tram kat taksim istanbul..huhu

dekat dah...skit je lagiiii

sampai dah...stop

mengintai skrin driver

berkabus...sejuk..ada sisa-sisa jerebu skit

gelap gulita kat bawah nunnn. kat atas ni pun dah renyai2 skit

ambik je gambar..tak masuk pun..harga tiket pun tak tanya

apa motip laa kunci-kunci cinta nieee..
saja jek ambil gambar..nampak comel plak



anjung tinjau..kene bayar RM2 kot..aku kedekut..*berkabus. takyah buang duit

nak masuk aviary tu kene bayo RM5
sebab ada binatang..aku je masuk ngan anak aku
laki aku dan kawan-kawan aku malas
sib baik kecik je..jadi laaa..buat suka-suka
nak tunggu monyet ke apa ke kat luar tu..x muncul plak dia

ada mini zoo...aviary. banyak bunga dalam tu

lagi....

dan lagiii

ada beberapa jenis burung dan ayam dalam tu

Terjumpa plak kantan albino
haaaa..tengok gambar bawah
serius albino..puteh melepak
heheh

haa..ni laa kantan albino tu...cuma terlupa nak cium bau sama ke tak ngan kantan

Dah penat jalan-jalan...posing-posing
kami turun ke bawah semula
bas ni..dia punya time setiap 20-30 minit
so..kalau ko terlepas satu bas...bertabah laa tunggu next bus
tak leh stress-stress..holiday kena happy ;)

kami kembali ke pangkal jalan
kami plan nak solat dan makan
lapo...lapo
maka..makan dulu...
tengok apa restoren yang dekat-dekat
rupanya kami dok berpusing sekitar chowrasta tu jek..dekat hotel kami
cuma station kami turun tu yang lain..
aku bukan boleh..cepat konpius
lepas tengok map..maka kami menuju HAMEEDIAH


ok. yang ini kena beratur panjang
dah la kedai dia mengkonpiuskan
dia ada dua kedai yang selang 4 pintu kot
ko beratur dan beli kat kedai A..lepas tu kene pi kedai B untuk makan
nak beratur pun penat tauuuu
dengan kalutnyaa
tak sempat aku nak tanya terus kaut
sentap mak nok
tu aku amik..ayam goreng bawang
antara Hameediah ngan Line Clear
Aku suka lagi line clear sebab dia pedas terasa
yang ini pun sedap jugak..cuma banyak minyak
harga lebih kurang laa... bawah RM10..

Bukti kebuluran yang nyata
murtabak ni dia buat kat depan kedai
sebab kebuluran, kami beli dan makan sambil berdiri
rasa..ok je kot
tak la sedap giler babas

murtabak penang

Dah kenyang
kena pi solat plak
dari situ naik hoho..turun kat mana ntah
sebab lepas makan rasa macam turun naik bas
sampai adik tu malas dah nak check tiket
dah kenal sangat dengan muka kami
hehheh


ingatkan masjid.....
sekali makam daaaaa....



haaa
ini baru masjid
Masjid Kapitan Keling
ok..cantik dan bersih

Masjid Kapitan Keling

Entrance

Lepas solat
kami pikir nak kemana pulak
emmm kawan aku nak ke HRC
so..naik lagi HOHO
nak ke HRC kena amik beach tour
petang tu gelap dan mendung
kejap ok kejap renyai
ya allah..rupanya jauh giler route beach nie
menyesal plak rasa dalam hati
ce tengok map ni
hoho map route


sebab dah laa kenyang..sejuk plak
dah tak berapa mampu nak bukak mata
setia laa kami dok atas bas yang open air
tapi sebenar nya cantik pemandangan beach route tuuu
banyak area baru
rumah pun gempak-gempak
last-last kawan aku malas nak turun kat HRC
masa tu pun dah dekat pukul 7
kiranya petang tu memang atas bas jek
menggunakan sepenuhnya 24H tiket tu

bila dah abis tu
kami balik hotel, mandi, solat dan keluar makan
makan kat Padang Kota..naik kereta
sakit jiwa betul makan kat sini
ko masuk jek..terus kena serang dengan peniaga-peniaga ni
bukan nak lap meja dulu ke apa ke
nak duduk pun tak dan
helllooo..bersopan santun boleh tak
tekanan mak tauuuu
gambar makanan biasa jek..hahha
pasemboq.. char koew tiaw yang tak sedap. kerang rebus
habis makan balik terus
ngantuk....

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8