Tuesday 18 August 2015

Mini Reunion @ Ipoh

Hallloooo

Setelah berperang, bergaduh, pung pang sana sini...akhirnya rancangan untuk overnite reunion berjaya dilaksanakan. Bukan mudah weeeehhh. Ada yang busy ngalahkan PM. Ada yang isteri mithali. Ada jugak yang time ni la bibik balik kampung. Tahniah di atas komitmen yang diberikan. hehehe

Ipoh dipilih sebab dia kat tengah-tengah. Ada dua kategori. Satu Zon Utara dan satu lagi Zon Tengah. Aku pikir punya pikirrrr...naik public transport la senang. Sah-sah aku ada satu kete jek.  Maka, ayoh laaaaa

Kami mulakan perjalanan seawal 6.30am..amik kawan aku kat rumah dia..sampai kat Putrajaya Central pukul 7. Sedang elok jek beli tix, next train pukul 7.10am gitu.

oooohh rupanya orang Malaysia dah pandai berbaris. Kagum aku. Serius kagum. Tiket ERL dari Putrajaya ke KL Central dalam RM9.50 kot. Dalam 20minit dah sampai. Awai lagi kot. Lepas tu kami pi mencekik jap..breakfast. Tetiba nampak foodcourt baru. Apa ntah namanya..tapi dekat je ngan stesen ERL tu. Dalam tu ada banyak stall-stall. Marilah kita mencuba. Ok. Sangat Kesal OK. Ya Allahhhh.. aku ngan kawan aku pilih la satu stall nie. Dia jual mee, maggie goreng, nasik goreng. Serius tak sedap. tak rasa apa. Aku order nasik goreng. Rasa so-so..tak mampu nak habiskan. Order air carrot. dah berkurun tunggu tak sampai-sampai. bila aku buat serangan. baru dia sedar diri. tetapi lepas tu, datang jumpa aku kata carrot abis.... ABIS?????? Ko mampu??? memang nak kene maki betoi laaa...tapi sib baik aku tak maki. kalau tak sesia pagi dah kene maki.

Lepas tu kami pun pi naik aras 1, sebelah KFC. Situ pintu masuk ke ETS. Kami beli tix GOLD. Rege RM35 one way. yang biasa rege dalam RM24 kot. bezanya cuma yang gold ni dia kurang berhenti kat station2 lain. perjalanan dijangka dalam 2jam15 min. tp hari tu perjalanan kami kena 2jam30 min.
Jangan bayangkan gold ni ada katil pulak ye. Selain tu..dalam tu ada tv. tak pasti yang biasa tu ada tv ke tak...tapi jangan bayangkan sekali lagi dia tv macam dalam katobang. Dia ada tv kat depan tu je. share la sesama tauuuu. tak boleh pilih-pilih pun...pasrah je apa yang dia tayangkan. Agak sedih laa...sebab dia cuma tayang citer Journey to the center of the earth lakonan Brendan Fraser. Dia tayangkan citer ni 2kali pergi dan 2 kali balik. demmmmmm sesangat. Masa pegi tu tak de la perati sangat citer tuuu..tapi kalau dah 4kali tengok..korang rasa apa??? langsung tak logic citer tuu..mengarut ntah apa-apa...patut aku langsung tak sedo kewujudannya. heheheh

ok meh tengok gambo. ni second time aku naik train ETS ni. Dulu aku naik keras je dari mula sampai sampai. Ni dah ada geng, pepandai je kami meng ushar kiri kanan. ikut arah jam eh.
1. Tu ada pengantin datang stesen ipoh. Nak naik train gamaknya. Tp masa tu, sistem down..kelihatan pengantin beralih arah.
2. Nasik lemak dan milo panas kat kantin ketapi. rasa best dapat lepak kat kantin..huhuhuh
3. Salah satu pitstop...yang ni kat tanjung malim
4. Toilet/WC..bersih dan luas... i like
5. tengah-tengah tu gambo kat stesen ipoh. 


Dalam train ETS

Masa kami sampai ipoh..boleh kaunter teksi kosong
Teksi pun tak de yang queue. Sebab hari jumaat ke atau memang cenggitu, tak pasti laa
Sudahnya kami tunggu je laa..
Tetiba ada teksi datang. Dia boleh hantar dari stesen ke hotel dia mintak RM25. Tapi dia nak hantar mamat A dulu lepas tu baru hantar kami.
emmmmm aku paling tak suka kalau teksi tak ikut meter ni. Tapi disebabkan malas nak layan, belasah je laaa. Kami menuju ke Amanjaya Bus Station. Terasa jauh pulak
Sebenonya..dalam train tadi..aku dah cek guna waze.
Dari stesen ketapi ke hotel 3.4km. ke Amanjaya dalam 20km
Tetiba aku rasa bodoh giler membenarkan diri kene tawaupaya...ngekkkkk
hahahhahaha
tapi tak pe laa..sebab memang nak jumpa kawan aku yang turun kat sana.
Sana tu moden. ada mydin beso. So lepak sana dulu. Nak makan-makan sambil tunggu lagi sorang dari Alor Staq.


Tetiba aku malas nak menulis
macam mana
aku rasa...aku memang tak de bakat menulis laa
kalau membebel/menceceh memang kepakaran aku
maka..jom la layan gambo je
serius malas melanda


bilik hotel
Hotel apa ntah..sampai dah lupa
rate dalam 400++. Family room
kami sumbat berenam...nasib baik semua slim. heheh


Sekitar hotel

Ko mampu pandang surrounding hotel cenggini
terasa macam mengerikan je
tapi sebenarnya ok jek..hahhaha
so, next time sila pilih hotel yang bersesuaian dengan usia okeh


Nasi Ganja

Semua dok sebok cakap pasal nasik ganja laa nasik beratur laa
maka kena la rasa..
kedai ni walking distance je ngan hotel
nama kedai dia niee Yong Suan Coffe Shop
Kalau cari nama kedai nasik ganja..mmg tak jumpa laaa
rege biasa je kot..dlm Rm5.50 rasanya

ok laaa..lenguh dah jari aku ni
sebenarnya dah draf seminggu lebih kot

ps: tak sabo nak menjongket dengan geng lain plak...

No comments:

Post a Comment