Posts

Showing posts from August, 2015

Hantu Buku

Image
Posto...postoooo
Yes...dah sampai bungkusan aku sebenarnya semalam dah sampai... tapi aku dah biasa ada orang letak atas meja.. ni aku dok tertunggu..rupanyaa..sila ambil sendiri di dalam kotak :P
dengan rakusnya saya mengoyakkan plastik tersebut.....



Ok. Saya memang peminat tegar Muhd Kamil Ibrahim dan Pn Roza Roslan
Sejak baca blog mereka, tulisan dan mesej yang nak disampaikan memang terus masuk ke hati
Belum ada lagi yang mampu menandingi tulisan mereka pada saya dalam menyampaikan tazkiran/motivasi

Buku kedua....
Saya baru je like fb Nazali Noor - Ulu Yam di Liverpool
Asyik masuk newsfeed aku je..sekali tu terbaca dan tersuka
So...dengarnya bestseller utk travelog..maka harus lah mencuba
Tapi belum dan nak baca lagi

Buku travelog pertama aku baca adalah Hatiku Terluka Di Bukhara - Wan Hashim Wan Teh
sampai sekarang aku macam terbayang-bayang apa yang dia tulis
tempat yang dia pergi..apa yang dia buat
So....kita tungggguuuu macam mana buku UYDL nanti

ok..sekian.

Nikmat Allah

Image
Assalam
Pernah tak korang rasa sedih atas nikmat yang ditarik balik. Terutamanya bila melibatkan nikmat fizikal/material. Contoh paling mudah-WANG. Contoh yang paling mudah: seseorang meminjam kereta anda. Beberapa tahun selepas itu, anda menerima surat cinta daripada PDRM/JPJ di mana anda sangat pasti ianya bukan kesalahan anda. Hendak meminta kepada si peminjam tak sampai hati. Dan anda terasa kesedihan tersebut berhari-hari. Cuba nak redha…tapi tak redhoooooo sangat. Hendak-hendak ianya diterima disaat memang anda kekeringan wang di tangan. Ya…ia berlaku kepada saya. Tapi bukan seperti contoh di atas. Konsepnya sama. Tiap kali teringat, rasa geram, marah bercampur baur. Hari pertama ia berlaku, saya langsung tidak dapat fokus dengan kerja. Cuba nak redho..tapi saya tahu..saya tak berapa redhoooo…
Pada satu hari..selepas solat asar, tetiba saya termenung dan terfikir. Waktu kita ‘Monday blues’ semasa kerja, kenapa tak rasa kecewa, marah ataupun geram. semasa masuk lewat pada hari j…

Mini Reunion @ Ipoh

Image
Hallloooo
Setelah berperang, bergaduh, pung pang sana sini...akhirnya rancangan untuk overnite reunion berjaya dilaksanakan. Bukan mudah weeeehhh. Ada yang busy ngalahkan PM. Ada yang isteri mithali. Ada jugak yang time ni la bibik balik kampung. Tahniah di atas komitmen yang diberikan. hehehe
Ipoh dipilih sebab dia kat tengah-tengah. Ada dua kategori. Satu Zon Utara dan satu lagi Zon Tengah. Aku pikir punya pikirrrr...naik public transport la senang. Sah-sah aku ada satu kete jek.  Maka, ayoh laaaaa
Kami mulakan perjalanan seawal 6.30am..amik kawan aku kat rumah dia..sampai kat Putrajaya Central pukul 7. Sedang elok jek beli tix, next train pukul 7.10am gitu.
oooohh rupanya orang Malaysia dah pandai berbaris. Kagum aku. Serius kagum. Tiket ERL dari Putrajaya ke KL Central dalam RM9.50 kot. Dalam 20minit dah sampai. Awai lagi kot. Lepas tu kami pi mencekik jap..breakfast. Tetiba nampak foodcourt baru. Apa ntah namanya..tapi dekat je ngan stesen ERL tu. Dalam tu ada banyak stall-stall…

Senarai Lokasi Pelancongan Yang Haramkan 'Selfie Stick'

Berikut merupakan senarai terkini untuk rujukan anda: 1. The National Gallery, London
2. The Montreal Museum of Fine Arts
3. Pointe-à-Callière Archaeology Museum
4. The Colosseum in Rome
5. The Palace of Versailles, Paris
6. 19 Smithsonian museums and galleries
7. The Museum of Modern Art, New York
8. The Cooper Hewitt Museum, New York
9. The Metropolitan Museum of Art, New York
10. The Guggenheim Museum, New York
11. The Frick Museum, New York
12. The Brooklyn Museum
13. The Hirshhorn Museum and Sculpture Garden, Washington
14. The Museum of Fine Arts, Houston
15. The Art Institute of Chicago
16. The Detroit Institute of the Arts
17. The Albertina museum in Vienna, Austria
18. Brazilian soccer stadiums
19. Soccer stadiums for Arsenal and Tottenham in England
20. The Seattle Art Museum
21. The Getty Center, Los Angeles
22. The Museum of Fine Arts, Boston
23. Wembley Stadium, London
24. The Carnegie Museums of Pittsburgh
25. The Frick Pittsburgh
26. Music venues O2 Academy Brixton and O2 Arena, England
27. Cleve…

Tanyalah Hati: Jawapannya ada di dalam hati

Image
Assalamualaikum
Ok. dah lama tak buat book review kan Maklumat buku:    Tajuk: Tanyalah Diri - Jawapannya ada di dalam hati    Penulis: Roza Roslan    Penerbit: Galeri Ilmu

Buku ini mempunyai  banyak bab. Setiap bab mempunyai kisah pendek yang amat menyentuh hati. ini kerana setiap kisah tersebut kebiasaannya memang berlaku kepada semua orang. Yang paling menyentuh hati saya adalah di salah satu bab (maaf tak ingat sebab buku tiada kat tangan).

'Buanglah perasaan berputus asa. Teruskan mengajak diri dan mereka yang hampir. Berdoalah, agar mereka yang kita sayangi akan berubah hati. Akhirnya ia urusan Allah.
Berdoalah tanpa mengata. Berharaplah tanpa mencela. Insyaallah...mereka yang kelihatan sayup jauh tiba-tiba berada di sisiNya.' 

Ya Allah..betulkan. kita ini selalu perasan diri cukup solat, puasa, bertudung dah cukup bagus. Jika ternampak orang yang tidak menutup aurat..hati cuba mengata. kekadang mengumpat. Alangkah baiknya kita terus berdoa pada Allah semoga dibukakan pint…

AIB

Image
Assalamualaikum

Kita kan
kalau buat dosa/salah, mesti cuba nak cover line
sebab malu kalau orang tau...takut mak marah

teringat waktu kecil
waktu puasa..kekadang curi-curi minum masa ambik wuduk
mak tak tau...legaaaa

masa kita kecil..logic laa
sebab kita tak panjang akal lagi
tapi bila dah besar ni
kita masih lagi cuba menutup kesalahan yang kita buat
kekadang kita tipu dengan mereka-reka alasan
kekadang kita cuba tuduh orang lain pula
jika akhirnya tiada siapa yang dapat tahu atau orang melupakan kes itu
kita rasa selamat dan lega
seolah-olah lupa yang Tuhan Maha Melihat Maha Mengetahui

Ya Allah...Ya Allah
Tak boleh nak bayangkan nanti kita di hadapan mahkamah Allah
masa tu mulut dah tak boleh bercakap
anggota badan yang lain yang buat laporan
masa tu jugak...bukan sorang dua je tahu..
abiss semua orang tahu
mana nak sorok muka kan

Bagi kes aib orang pula
haa yang ini terbalik
kalau aib sorang, kemain sibuk kita nak sebarkan
nak kasi semua orang tahu
kononnya kita yang tahu dulu
cuba…

Cuti Raya: Berita Bergambar

Image
Raya 2015

Ikut arah jam:
1. Pestaim naik ERL. Sangat jakun ok
2. Focker dari Miri-Lawas. Teruja jugak tapi lama-lama dia takut sebab bunyi engine bising
3. Naik van sapu..happy campo perak
4. Menyusun otomen dan power rangers. Bukan jadi makmum ye...cuma bertempur saja
5. Akhirnya dia yang menjadi otomen


Ikut Arah Jam:
1. Kerajinan haruslah diwarisi. Amiiiinn
2. Periuk merebus tulang. menu raya pertama bihun sup tulang
3. Bako lemang. Disebabkan penjaganya amatur dan 'rajin', lemang tak masak. Kene modified malamnya. Nasib baik semua lemang langsai. Alhamdulillah
4. Bahan-bahan buat rendang hitam daging. Aku sebagai pengacau..ini serius. lenguh tangan aku
5. Buah sentul/tampoi. Cuma saiz agak luar biasa. Sebesar kepala anak aku yang berumur 4 tahun


Sekian

Selamat hari raya 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lebih dua minggu syawal berlalu
Korang dah abis beraya ke belum
Atau memang confirm penuh sebulan beraya
Dah start ganti puasa? Puasa 6 dah start ke?

Tahun ni special sikit
Sebab saya beraya dua tempat sekali
Ehhhh sebelum ni pun dua tempat jugak
Cuma ...lain laa sikit..hehehhe
Dah mula cakap macam tak betul je

Tahun ni raya kat perak dulu.
Selalu kalau turn perak..perak saja
Kalau turn sarawak..kami akan balik perak lepas tu. Saja nak lawat mak
Ehhhh....saya bukan queen ctrl ye
Kebetulan perak kan dekat jek
mak saya pun tinggal sorang

ni citer kat airport
masa naik flight..kami risau sebab last year dia punya teruja naik katobang
sampai tak leh dok diam
nak merayap je
kali nie..dia macam teruja
sampai je epot..dia dah x mo singgah makan segala bagai
terpaksa chk-in awai dok kat tempat boarding tu
dia dah nampak katobang tu..tenang la jiwa dia
masuk je katobang...masa tu dia leka lagi ngan henpon dia
nampak je tv..terus dia suh on
dapat pulak he…