Monday 25 May 2015

Turkiye: Expect the Unexpected

Tetiba rasa nak tulis pasal Turkiye balik
Sedangkan dah basi dah cerita Turki ni. Saja nak buat kenangan

Masa kami balik dari Gerome ke Istanbul, kami naik bas
Tapi dia memang akan stop kat satu station, lepas tu kena tukar bas
Lupa nama tempat tu.
Masa nak tukar bas tu, macam kalut laaa
Bukan kalut apa, sebab masa tu snow turun
Kita pulak nak meremput ke tempat simpan bag kat bawah tu...
Bukan berebut nak ambik barang..maksud aku laju-laju sebab snow lebat..sejuk namatiiii
adoii memang mencabar tahap ketahanan badan

Tetiba, kawan aku tergelincir masa turun bas tu
Aku tak nampak laa..
Dia cerita, dia kata kaki dia berbunyi 'tupppp'

Dalam bas baru tu, dia kata dia dah start sakit
Kami panic jugak.
Satu sebab dia sakit
Kedua, sure kacau plan yang dah dirancang. Dia dah la masterji itinerary Turkiye ni
Dalam hati berdoa je dia OK.

pung..pang...pung..pang
Kami selamat sampai ke hostel kami di Istanbul, Marmara GuestHouse
Tengok kaki dia time ni dah bengkak
Kami dah la gelandangan masa nie
Sebab sampai sana pagi..pukul 6-7am gitu
Mana boleh checkin
Masa pekerja dia tengok, cepat-cepat dia amik ais/snow dan tempek kat kaki dia
fuhhh..macam magic...cepat surut
Tapi tetap la sakit kakinya

Nasib kami baik, sebab ada bilik kosong dan owner kasi kami lepak situ sementara nak tunggu check-in
Cuma bayar 20 euro. Ok la kan. dapat la baring, mandi setelah penat bergelandangan hampir 24Jam
Akhirnya kawan aku decide nak pergi klinik/hospital, sebab dia dah tak tahan sakit.
Owner cadangkan pergi Hospital A (aku lupa nama dia) dan dia call teksi siap-siap
Dalam teksi, dia heran sebab nak pergi Hospital A..dia kata Hospital A tu mahal dan tutup hari ini.
Fuuuhhh...nasib baik tutup. Isshhhhh...Owner hotel tu selalu bagi kedai/tempat yang high-end..
Ingat kami kaya kot
Teksi tu bawak ke Hospital B. Dia kata ada kedai-kedai sepanjang jalan tu, macam farmasi.
Boleh beli bandage kalau nak
So, kami pun masuk la satu farmasi tu
dan bermula la dramaaaa
Dengan tak reti speaking english nya..adoiii stressss
Dia kata tak boleh beli..kena ada surat doktor
Tetiba ada mamat ni, macam guard/security hospital
Baik bawak sana sini..jumpa doktor bawak pi x-ray bagai..
Kami dah start panic...hebak sangat kot guard sini...
layankan aje..sebab ramai tak pandai speaking english
Dengan kena pindah sana sini..kesian kawan aku..sakit-sakit kaki meredah snow

Akhirnya.....
Dia mintak 200lira...denggggggggg!!!!
Ulat rupanya.
Nasib baik kawan aku cekap..dia kata dia nak surat doc, bill hospital dulu
Baru nak bayar
Waktu ni aku macam lost..sebab kawan aku lagi sorang yang handle...
Time ni kami pun keluar masuk hospital ke farmasi...Giler sejuk

Akhirnyaaa..sekali lagi..
Kami berjaya naik teksi dan cabut semasa guard tu masuk hospital
hahahhahahahaha
Seriussss..macam kerja giler
Tapi memang pening la hospital diaaaa..tak macam hospital kita
Ada pendaftaran segala bagai..
Ini kat sana macam main rempuh jek..aku tak nampak pun rakyat dia register kat mana
Tapi ramai la orang

Pemandangan dari dalam hospital. Sepanjang bangunan tu semua yang berkaitan dengan hospital (klinik, farmasi ect)

Ni pn pemandangan di sekitar hospital

ni la muka abang Guard yang macam superhero. apapun terima kasih kerana membantu kami

Dalam bilik x-ray. ko mampu guard bawak ko sampai ke dalam bilik?

Rontgen Odasi = Bilik XRAY

Layan tv sementara menunggu

Zoom skit. Istanbul Di Bawah Salji...hehhe

Dalam teksi kamii gelak-gelak la juga
Tapi takut pun ada ..kot-kot la kena tangkap ke apaaa
Serius tak tau apa yang jadi..
Kawan aku yang sakit kaki tu..sampai dia kata nak baik dah..sebab asyik merempuh snow

Sampai Sultanahmed..kami beli bandage kat kedai biasa kami lalu tu jek..tak de pun nak surat doktor bagaiiii...
memang pengalaman sungguh.
lepas lepak sana..kami siap jalan-jalan kat Arasta Bazaar
ooo rupanya Arasta tu tempat orang ada-ada..heheh
kami cuci mata jek

Snow turun je sepanjang masa. Ini di Arasta Bazaar

Masa lepak-lepak area Sultanahmed..
baru nampak..rupanya local happy sambut snow..
jenis baling-baling kat tourist yang nak posing kat Blue Mosque dan Aya Sofea tuu
naik geram aku...dia baling dari jauh siut..laju plak tuu
kena memang sakit laa...tapi happy


Kami makan besar hari tuuu

Lady Diana namanyaaaaaa..kemain

Walaupun begitu, cuaca sekejap terang sekejap gelap, Dalam sekelip mata

Masa terang..Subhanallah..cantikan

Ni masa gelap...sangat gloommyyy but stunning kan?


On the way balik hostel, ada OLAF sekor..comeeiiii

Tu la pengalamannya. Masa ini rasa bersyukur sangat
Sebab senang je kat Malaysia nak pi klinik atau hospital
Lain negara lain budayanya.
ke...atau kita yang tak tau kan.
Tapi alhamdulillah..kami bertemu ramai orang Turkiye yang baik-baik...yang sudi membantu
Thank You Allah!!!


Lepas tu balik bilik..abis cerita satu hari..Sekian

Friday 22 May 2015

Salam Jumaat

Hari ni mood nak kerja agak ke laut
emmm masalah kalau asyik ke laut jek..apa pun tak boleh.
tapi kalau pergi ke laut bebetoi, best jugak

Maka, marilah kita segarkan diri dan minda dengan melihat keindahan ciptaan Allah

Suka sangat tengok pemandangan ini hari-hari

Pokok di office. Harap dapat ceriakan hatiku
Sedara baru yang baru di bawa ke office. Welcome!
 
Bunga kat rumah Mak
Bunga butang kat rumah Mak jugak. Rumah saya takde bunga, semua nya mati, Sebab tu kene bawak datang office


Apa motif aku amik gambar ni dulu ye? 

Ok. Suka sangat pokok kelapa dan langit membiru
Kura-kura di Tasik Cyberjaya

eh..ni apsal sesat. Tapi elok juga dipandang, kasi kenyang napsu makan..huhuhu

** hati dah rungsing memikirkan cara nak balik nanti. kebanyakan jalan tutup. aku dah la reti ikut satu jalan jek. isshh tak suka tauuuuu

Wednesday 20 May 2015

Festival Belia Putrajaya 2015

Festival Belia datang lagi!!!
Ooooohhh tidak
Agak terganggu sedikit emosi. 
Apa taknye, banyak jalan dah mula ditutup sejak Isnin lagi
Mak dah la tak berapa pandai bab-bab jalan nie
Jalan yang biasa lalu tu tutup pulak..
Dengan kiri-kanan penuh khemah
Lori-lori besar berhenti tepi jalan nak buat kerja
Semua tu mengganggu jiwa mak
Uwaaaaaa....makin saspen tunggu hari Jumaat ni
Mesti lagi huru hara
Tekanan hokeh
Di doakan selamat dan baik-baik saja laluan aku

Tengokkan persiapan
macam lagi gah dari tahun lepas
Kali ni tengok banyak sangat stage/khemah sepanjang jalan tu
bebudak belia suka laaaa
mak dah tak sanggup laaa
kompom jam dan sesak Putrajaya hujung minggu ni
Mula 22 - 24 Jun
Dok tercongak-congak..berapa laa duit kerajaan abis
ke ada badan korporat yang sponsor
eeemmmmmmm
harap-harap dapat menyumbang sesuatu yang baik kepada belia
jangan melalaikan lagi sudahlaaa

Nampak tak khemah2 puteh tu..ni dah kira hujung alam. kalau depan POJ tu jangan cakap laa
Untuk info lanjut, boleh layari http://festivalbeliaputrajaya.com/
Macam best plak kan..banyak giler aktiviti..
tengok la kalau sanggup meredah lautan manuisia dan panas terik nanti

Korang nak datang ke? Datang laaaaa memeriahkan suasana ;)

Monday 18 May 2015

RoadTrip To Kelantan: Korang pernah jumpa pokok pisang macam ini?

Kampung aku banyak je pokok pisang
Tapi ini la kali pertama tengok jantung pisang bersama semua tandannye menegak ke atas
Mungkin nanti buahnya dah besar baru dia condong ke bawah kot
Apapun, pokok pisang ini cantik sangat sebagai pokok hiasan



Monday 11 May 2015

Roadtrip to Kelantan: Part 2 Makan-makan

Orang kata Kelantan ni best untuk makan-makan, shopping kain batik, kopok.
Masalahnya, dah ko pi time cuti panjang...ko agak-agak banyak ke kedai bukak?
Kalau ada bukak pun, semua serbu kat kedai dia
Ditambah pulak dengan JOTAAN yang datang Kelantan tu lagi
Amboi,....kenapa kena capslock? heheh

Serius weh ramai orang 
pening kepala aku
dengan cuaca panas nye lagi..memang menguji kesabaran

Hari pertama, subuh kami sampai
solat kat Masjid Muhammadi...
best masjid dia, siap asing bangunan lelaki ngan perempuan
Siap aku mandikan anak lagi kat tandas dia

sebelum pukul 7 kami dah keluar.
terus cari kedai makan
Nasib baik Kopitiam Kita tu bukak..kami 2nd customer lagi
haaa..pilih-pilih, banyak nasik.

Tapi kami pilih roti telur ngan nasik tumpang dengan nasik air dingin.
Ini kombinasi terbaik sangat

Nasik tumpang - gulai ikan dan serunding

Nasik air dingin tak de gambar. Tapi dia gulai ikan apa ntah.
Masa lunch tu aku makan Nasik Kak Wok... isi nya ayam goreng
Aku perhati, kelate ni semua nasik dia...nasik putih je
lauk dia tu penentu rasa. 
Gulai-gulai dia sedap. Tu yang menjadikan nasi dia glamer
Ikutkan bukan ada apa....tengok nasik tumpang tu...bodo je harga RM4 sebungkus
Nasib baik sedap..kalau tak..mak memang mengamuk

Nasik kapit kot namanya

Ni nasik kapit aku makan hari last day sebelum bergerak balik
Nasik impit ngan sambal ikan kot..ala-ala serunding. RM2 ye
memang tak kenyang..hahah

Kopitiam Kita ni pun, kami datang pukul 9 kot
amekawwww!!!
pack giler sampai rasa nak pengsan
nasib baik laa kami cuma bertiga
senang laa nak cilok cari meja dan amik order
bayangkan kalau datang ramai-ramai
memang sah dok asing, ngan tak tentu halanyaa
lagi pun kami 2nd time..dah tau selok belok kedai..hehehe
beratur sampai keluar habaqhang


Ada sekali lunch tu, pergi la Nasik Ulam Cikgu
Uwaaaaa...menangis korang. Punya la ramai makluk
Bayangkan nak amik lauk (ayam goreng), dia bawak dalam 10 ketul kot
Letak jek..puhhhh..sekelip mata hilang...
Ko mampu???
Aku pun menunggu dalam sejam lebih kot baru dapat lauk.

Nasib baik laa dah pernah merasa makan dulu
So tak de la telan air liur sangat
Ikutkan, aku malas dah nak makan sini
Sebab punya la ramai giler orang
Tapi, laki mak nak juga merasa..layan kan laaaa

On the way balik, ingat nak rasa ikan celup tepung pok nong
katanya sedap
sekali dia bukak pukul 3.30 petang daaaa
kami sampai area pukul 1 kot
maka, kami menuju ke kedai Adik Beradik
ok je la rasanya..sebab tak pernah makan ICT Pok Nong..i kenot komper

cuma..cumaaaa
cicah ikan/sotong dia cili kopok lekor
agak potong laaa
kalau dapat cili potong ngan kicap ngan asam..sure lagi meletopsss
apapun alhamdulillah dapat makan

Kedai Adik Beradik

Lepas tu, singgah Keropok Lekor Kelulut
Nak beli laa skit bawak balik keyelll
sekali....beratur panjang...dalam 10 minit beratur..macam tak bergerak jek
maka..marilah kita berundur diri


Kat kedai Kelulut

Banyak juga menda yang aku tak cuba
macam aiskrim kelapa, maggi kari, pulut durian
tak mampu perut ni sumbat
selalu makan lunch dah lewat...pastu tak lama kemudian baru jumpa kedai maggi kari
memang tak mampu laa
ada kes plak, elok je nak order ketam abis laa aiskrim abis laaa
memang tak de rezeki..takpe..no hal


Tuesday 5 May 2015

Roadtrip to Kelantan: Wayang Kulit @ Shadow Play

Cuti panjang empat hari korang pi mana?
Abis satu Malaya sesak teruk...gara-gara semua ambil peluang bercuti.
Ada yang pi bercuti, ada yang balik kampung halaman..ada jugak yang tak ke mana

Aku ikut plan asal nak pergi ke Pulau Pemanggil
Pernah dengar tak nama pulau ni?
Dia tak la popular macam Redang Tioman..
Cuma..ada drama disebaliknya telah menyebabkan aku tak jadi pi sana
Dengan sepantas kilat, Enchik Suami register Kelate Ride.
Layankan je laaa

Maka..Ke Kelate Ke Kita?

Yang paling best, paling terujaa..pengalaman pertama adalah menonton Wayang Kulit secara live.
Ditakdirkan ada festival wayang kulit selama seminggu kot kat Kota Bharu
Dan show dia betul-betul dekat dengan hotel aku dok tu...makaaaa.... AYOH!!!

Malam ni, persembahan dibuat oleh Wayang Sri Asun dari Kedah. hehehe
Kedah pun ada wayang kulit uolllss
Sib baik dia cakap utara..so xde masalah la nak paham.
Kalau kelate ke siam ke..kompom mak dok paheeee


Meh layan gambo dan video yang sempat aku snap-snap. 

beberapa scene dan watak

haaaa..ni dia yang buat persembahan SRI ASUN

backstage

panorama konon...tapi tak berapa cantik la pulak

backstage lagiii