Unplanned Road Trip - Utara Part 4

Seawal pagi, kami dah bersiap menuju ke Jeti Kuala Kedah. Alaaa..nak ke Langkawi je pun kan. Pegi subuh-subuh sebab kawan kata semalam macam penuh. Risau la kan tak de tiket. Lega dapat tiket, ferry pertama lagi. Si kenit ni teruja laa dapat naik ferry. Agaknya ramai tak sangka ferry akan penuh. Ada akak sebelah nie, beli tiket dua je. Anak dia dah la besar, dalam umur 4-5tahun kot. Dah jenuh mak nye mendokong. Siap bebel, selalu tak penuh pun. Aikkk... jangan la macam tu kak. jangan berkira sangat. Tengok, sapa yang susah. Jangan harapkan tak penuh, dan anak akak dapat free je duduk. Adoiiiyaii. Ni la mentaliti orang kita. Nak jimat jek. Patut ferry pun kena buat peraturan macam flight. Umur 2 tahun ke atas wajib beli tiket. Bukan la aku nak dengki, tapi untuk keselesaan budak tu jugak. Kesian aku tengok. dah la lama ferry tu. Kalau 10minit boleh la diampunkan.

Lagi satu, kenapa la ada budaya tak reti nak tengok nombor seat. Kan dalam tiket tu dah ada. Tolong la ikut. Kalau dah bergerak dan ferry memang kosong, sukatik la ko nak dok mana. Tak faham betul laa. Sakit jiwa aku tengok mende-mende cenggini.

Sampai je Langkawi, terus cari kaunter beli tiket balik. heheheh..balik hari je uollls. Memang tak de plan nak stay pun. Dah besar giler jetty kuah ni. Zaman dulu, kecik je. Last guna jetty tahun 2002/2003. Dah lebih 10 tahun. hehehe. Senang naik flight la pi langkawi sebenarnya.

Ok. Tiket balik settle. Next, cari kereta sewa. Tanya teksi (konon nak ikut peraturan). Sekali dia charge separuh hari RM180. Fitaaamm.. Aku dah start panic. Terus cakap ngan husband, cari ulat laa..mana larat nak bayo harga mencekik darah macam tu. **janganikutaksiiniye
Pusing-pusing, jumpa kereta sewa RM70 pagi sampai petang. Fuhhh..lega. Kelisa je. Cukup laa..kami pun bertiga jek.

Kereta sewa comel kami
Heiii...pinky ;)

Settle, singgal Dataran Lang dulu. Tempat wajib. Pusing sekejap terus jalan. Cari tempat breakfast. Tetiba macam banyak plak kedai tak bukak. Memang konpius. Last jumpa gerai bodo jek. Pasrah je la. Aku makan peknga **betulkaejaan. Sapa tak kenal peknga? Ni rupa kat bawah ni. Kampung aku x sebut peknga..sebut lempeng je kot.

peknga

Siap makan, terus pi ke Cable Car. Mak aihhhh..tetiba macam merenyut manusia..adoiii..stresss tengok. Sebab masa kat jetty and pusing-pusing Pekan Kuah, macam tak nampak orang sangat. Pastu ada system plak beli tix dia. Memang nampak serabut. Macam kami, sampai pukul 10 kot..pukul 11 baru leh masuk queue. Masa tu lepak la kat bawah tu. Ada 3D museum kot baru bukak. Mahal gak nak masuk. Tak tanya pun harga tiket dia. Sebab target nak naik cable car jek. Lepas q tu, banyak lagi pit stop dia. Dari bawah, nak naik ke atas tu dalam sejam lebih gak rasanya. Itu belum naik cable car tau.. dok beratur naik tangga je tu. Tapi ada tambahan baru. Masa menunggu tu, kena masuk Sky Dome. Dulu tak de. Ok laa...dapatla merasa ekon setelah lama beratoq. dan dapat duduk sekejap kan. dalam 10 minit kot jugak kot dalam Sky Dome tu. Lepas tu kami laju-laju keluar. Dapat dok q pertama nak naik cable  car..heheh


Apa la projek ko anak






Lepas je abis naik atas tu, kami terus pecut ke pekan semula. Singgah solat kat masjid tepi-tepi jalan. Kemudian, misi mencari Laksa Ikan Sekoq kat airport. Katanya sedap sangat. Punya la ramai makhluk. Sampai tempat duduk pun takde. Alang-alang dah sampaikan, kugigihkan jugak jebat. Ok. Dapat satu port ni. Dah semua gerai jual laksa ikan sekoq. Mana satu nak pilih nie. Bantai je la labu. Order satu sebab laki den tak makan laksa.

Ya Allah!!! langsung tak kena ngan selera aku. Ke sebab ramai sangat orang. Tak sedap langsung. Cayaq, takde rasa. Ntah laa..bukan setakat laksa je tak sedap. Ngan air-air pun tak sedap. Pastu, aku tak berapa berkenan la makan tepi pantai gerai-gerai macam ni. Angin bertiup, masuk pasir. Campur lagi ngan rakyat malaysia yang sangat berhemah, buang sampah merata-rata. Dengan pekedai/pegerai (hahahh aku perosak bahasa) yang tak menjaga kebersihan sangat. Memang aku tak kusyuk makan. Dok membebel-bebel jek. Pastu laki aku pulak sambung bebel 'nak sangat merasa..amek'. Sentap mak tauuuu. Kesimpulannya, memang tak kena ngan jiwa aku.

Lepas kuciwa dengan laksa langkawi, kami menuju last pit stop....HIG. Yess...bukan nak shopping sangat pun. Nak beli cekelat jek. Ate, kalau dah sampai langkawi tak beli apa..macam sesia la kan. Pilih pun laju-laju sebab dalam tu pun serangan manusia punya la ramai. Hazab.

Settle semua. Maka marilah kita kembali ke pangkal jalan. Kembali ke Jetty Kuah. Pulangkan kereta dan tunggu ferry. Semuanya lancar. Sampai Kuala Kedah magrib kot. Penatnya tuhan saja yang tahu. Mungkin sebab cuti wesak, ramai orang. Ditambah pula dengan cuaca yang panas. Memang terbaek sangat pakej tu.

Semua dah penat. Sambil menuju semula ke selatan, dok search hotel murah-murah sepanjang jalan tu. Tak jumpa yang menarik. Akhirnya buat keputusan dok hotel adik aku je laa..hahahha. taktik nak save bajet. Maka marilah kita ke Kulim semula.



Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8