Unplanned Road Trip - Utara Finale

Checkout dari rumah adik di kulim, kami terus nak balik KL je. Cuma enchik suami ajak jalan-jalan cari makan. Maka, marilah kita pusing singgah Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.
Dia dari dulu nak merasa Mee Udang Mak Jah. Moh..moh. aku dah pernah merasa dulu. Kami sampai dalam pukul 11 lebih kot. Tak bukak lagi kedainya. Pusing-pusing dulu pekan Kuala Sepetang. Pastu pusing balik..haaa..kami rasmi kedai. Pelanggan pertama.

Suami kata biasa-biasa je mee udang dia. Cuma udang dia memang segar. So OK la. dah kenyang. Mari meneruskan hidup lagi.

Mee Udang Mak Jah

Solat zohor di Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar. 1st time. Cantik masjid dia. Lepas makan. Kami menuju Arena. Kata kawan-kawan aku, situ port paling popular kat kualer. Adoiii. Sedih pulak tengok pekan kuale. Kan baru lepas banjir besar dan lama masa dec-jan hari tu. Kesannya masih ada. Rumput semua mati. Jalan, jambatan, bangunan banyak yang warna tanah.

Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar


Nampak tak backgroud belakang tu? rumput semua mati dan warna cekelat semua


Haaa..ni lagi ketara lumpur nya
Order apa eh..laksa lagi laa..kata laksa kuale sedap. Ngan minum cendol. Ntah kenapa. Semua nya tak kena ngan selera aku. Haaaa...tak selera pun tetap la habis. Tapi tak la terkenang-kenang. Kira jangan tak merasa kan. Pastu kawan aku kata...laksa kuale memang cenggitu. Cair-cair skit. Pastu laksanya guna mee tepung beras kot. Lain skit. Bukan putih kenyal yang guna dalam asam laksa tu. ooooo barukutahuuuu.

Laksa kualer...cayaq kan

Siap semuaaa...terus pecut ke KL.
Fuhhhhh..hari yang sangat penat..dan panas.
With a great experience.
TQ Allah.
**Enchik Suami ajak roadtrip ke pantai timur pulak. Bila tu?

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya