Turkiye: Rezeki Jangan Ditolak

Bila berjalan dan melawat tempat orang, makanan perkara paling penting. hehheeh. Ala...macam kita kalau pi Melaka, mesti google kedai Asam Pedas mana paling best, ikan bakar kat mana popular. Gitu la kan.

Kira bertuah laa pi Turki, negara Islam katanya. So agak senang nak makan. Kurang rasa was-was (**walaupun cuma 5% je yang melaksanakan cara hidup ISLAM). Tapi kami tak la mencari kedai mana yang best ke apa. Cuma ingat nama makanan je. MUST TRY kekdahnya. Lepas tu, jangan masuk kedai yang serve FES (aka arak). Selainnya, kita baca bismillah dan masuk kedai. try je laa. Mostly semua sedap je kat tekak ni..hahah ..ke jenis pemakan. So semuanya sedap je rasa.

Mari tengok apa yang saya makan..kebanyakannya dari hostel je pun. huhu

nyum...nyummm
1. Lempeng kat hostel
2. Menu buffet hostel
3. Kopi kat kedai. Tak sedap. Jangan order kopi kat turki..heheh. Teh boleh layan
4. Maggie..nyummmmmm
5. Iskander Kebab dengan tak ingat nama. Yummeh
6. Cereal ngan roti. Yang kaler merah tu manisan. 


1. Pottery kebab di Kapadokya. Sedap
2. pumpkin soup kot
3. salad di pamukkale. 
4. pancake
5. Kuih muih tempatan. semua tak sedap kecuali yang kuning tu. Ala caramel.
6. Lempeng dan roti. kat pamukkale.


1. Humus kot. Bukan nasik laa di Ihlaya Valley
2. Tea...daun Berrak..hahahah. rasa macam green tea
3. Salad
4. Herbal Tea..nyuummm
5. Breakfast buffet at Taskonak Hotel
6. Yougart
7. Maggie lagiiii...serius seleraaaa
8. Roti












1. Makanan dalam MAS
2. Lupaa. Tapi sedara mara pottery kebab laa
3. pun lupaaaa...lamb ke beef kat Bursa
4. Manisan...dun like..rasa telan gula 25x manis dari gula biasa di Bursa
5. Apa ntah...tapi sedapp
6. Pun lupa namaaa...sedap
7. hahahah lupa jugak..semua lupaaaa (aku bukan jenis ingat food traveler. dapat telan chow...x simpan dalam memori)

Cuma, saya dapati, kebab (yang jenis wrap tu --> ala-ala malaysia punya kebab), sangat la tak sedap. Mungkin sebab daging dia kering sangat dan tak de sos macam kita punya kebab. Sakit tekak mengunyahnya. Dua kali makan...dua kali tak sedap..hahaha. Kalau pergi, korang jangan beli. Tapi kalau nak try, apa salahnya kan. Tekak kan lain-lain.
kebab - ikhsan google.


Lagi satu, toast panggilan namanya. Dia roti biasa tapi ada isi daging sayur sikit. Yang tu sedap. Gambar tak de sebab yang makan tu kawan aku punya. Masa kelaparan..terus je ngap. Macam kat bawah ni rupanya

toast - ikhsan google


Sekian, selamat menjamu mata.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan