selera rimba di sungai besar selangor

korang pernah makan makanan eksotik?
kan selalu ada dalam rancangan tv tu
aku dulu selalu tengok rancangan Bizzare Foods tuuu
kalau mat salleh, agak ngeri laa dia punya eksotik
eh bukan mat sallleh je laa.. kalau yang bukan islam pun agak ngeri
macam biawak, buaya, ular..menaip pun dah serem
kalau kat thailand ada serangga macam belalang, pepatung, katak etc

nak citer..last week pi makan kat selera rimba kat sungai besar selangor
ya allah.rasa jauh la pulak..macam balik kampung
kami ikut Latar ke kuala selangor. ok yang tu biasa je laaa.
bila simpang empat kat trafic light sungai besar, masuk ke dalam tuuu...mmg terasa jauhnya. ada kot dalam 22km

Haaa....nampak tu...jauh ke dalam dari Simpang 4 Pekan Sg Besar tuu

sib baik jalan dia kira ok.
sampai je situ..dah pukul 12 lebih
memang time lunch
ok. ada heli park kat situ
menurut citer, selalu AJ Mas tu selalu datang naikk heli..terus mata aku melilau..kot2 nampak dia
ooohhh bukan AJ rupanya
hehehe

yang ni kami order dan makan

Haaa
ini lah menu yang kami makan
1. Pelanduk Masak Kicap
2. Udang Galah
3. rendang Landak
4. Ayam Hutan Goreng
5. Baung Asam Pedas (xde dalam gambo)
Semua sedap. Pandai betul chef dia masak. Cuma baung je aku kureeeng skit. Bukan sebab masakan dia tak sedap. Sebab aku dah tak lalu makan ikan sungai/darat
Selera i dah x berapa kampung uolllls
semua licin dalam sekelip mata
Harga tidak diketahui berapa kena charge sebab kawan aku yang belanja..mihmih...
DAh lama dia nak belanja kat sana..dah jauh sangat..banyak la rintangannya

Pukul 2 kami gerak balik. Plannya nak makan cendol. Tapi sorang tu kene masuk opis. Almaklum la orang kuat bank...sorang lagi anak-anak dah panggil balik. Kuciwaa...tak pe..kita solat dulu kat masjid kuala selangor. Maka, kami anak beranak je la yang singgah. Punya la panjang drive thru dia. Cakap ngan husband..redah je laa..alang-alang dah datang jauh ni kan. Kami park kete.
Ehhhh...x panjang pun..tak sampai 5minit que..dah dapat.

Aku order Cendol Bakar VVIP. RM3.00 saja
Laki aku order Cendol Bakal Pulut Durian RM4.00

Cendol Bakar VVIP

Sedap siut....
lemak berkrim santan ngan gula melaka dia.
Kira tak menyesal la singgah

Tapi memang ramai sangat orang. Macam-macam bangsa datang
harap dia boleh kekalkan resepi dan perkhidmatan dia
pung..pang..pung..pang. sampai rumah pukul 5. sempat la membuta sekejap
Letihnyaaa laa tuhan saja yang tau.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya