Unplanned RoadTrip - Utara Part 3

Meh kita sambung

Lepas dari Pantai Merdeka, kami jalan je menuju ke Alor Staq. Asalnya nak main redah je carik hotel bajet. Tapi ada kawan aku yang baik hati, dah book kan hotel untuk aku. Masih hotel bajet tapi best dan baru. The Leverage nama dia. Hotel baru, I like sesangat. Free wifi. Saya cadangkan hotel ini kalau korang nak save dan selesa. Satu malam kami kena RM85 kot. Dulu pernah dok hotel bajet kat Jitra kot...atas kedai mamak. Lupa nama dia. Kena dalam Rm60 kot. Tapi tak menarik sangat. 

Sampai dah dekat magrib kot. Mandi lepak solat. Nak keluar dinner. Dating ngan kawan sekolah, Yus. Bestnya. Last jumpa dia masa aku datang aloq staq 3-4thn lepas kot. Kali ni dia bawak makan kat Menara Alor Setar. Kekaguman disitu. Tak tau pun menara sini pun ada tempat makan. Siap berputar-putar tauuuu...Ingatkan Menara KL je ada..kelasss uollss.

Makanan dia simple2 je tp ok laa..sedap jugak. Dan yang penting tak mahal ok. Mampu milik. Kami makan steamboat malam tu. Rasa nak meletop perut sebab gigih tak mau membazir. TQ Yus. Belanja makan.

Selesai makan, turun bawah. Disebabkan malam minggu, happening giler bawah tu. Ada bouncing castle, kete mainan, jualan ntah apa-apa. Kiranya kalau bawak budak, memang meraung la mak budak...adoiiiyaaii..memang tak leh nak elak. Semua depan mata. Puas la anak aku mintak memacam. Sib baik mood holiday, kalau tak..dah lama kena piat.

Dah..moh kita balik tido..esok ada misi awai pagi.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya