Basic to Turkiye

Assalam

Meh nak cerita serba ringkas pasal trip ke turkiye ni. Tak berapa reti nak terangkan. Harap korang boleh faham la. Sebab aku baca banyak je blog cerita details sangat. Dan sangatlah membantu kan.
Kita mula dengan bajet.

Bajet
Tiket: depend masa beli. Saya kena RM2600. Agak mahal sebab direct flight kot. Masa tu Etihad jual cuma RM1800 tapi ada transit 8jam kot.
Accomodation + Makan Minum + transport + etc : RM3500
Tapi sebab tak naik air hot ballon tu, plus banyak jugak tak masuk muzium ke apa so ada balance lagi RM1k you.
Duit Shopping: RM1.5k
Total around RM7k la belanja sana.

Sukanyaaa...ekonomipun nak tayang
I is JAKUN

Accomodation:
Kami dok hostel bajet je. Satu sebab nak berjimat. Kedua memang plan tak mo dok bilik pun kan. Kata holiday. Kami pi sana 11 hari. 3 malam dah jimat sebab naik bas. Sebenarnya bukan lah sebab nak save sangat. Cuma terlambat beli domestic flight. Harga dah mahal, so pasrah je la. Kami ok je cuma sakit badan sikit laaa..
Kat sana banyak je bajet hotel. Bersih dan siap included breakfast. Cuma kena rajin la surfing, cari info pasal hotel tu. Baca je kat tripadvisor tu. Semua bilik yang kami pilih attached dengan bathroom. Sebab malas nak pikir susah. Biar la belanja lebih sikit asalkan tenang jiwa. Betul tak?

Masa di Istanbul, kami dok kat Marmara Guesthouse. Hotel ni ok je. Cuma nak pi makan kene naik atas sekali. Kata nak tengok pemandangan Laut Marmara...Ambik...kene menapak tiap kali nak pi makan. Dah la curam tangga dia. Tapi, memang berbaloi dapat tengok pemandangan cantik tetiap pagi...rasa bertuah sangat.
Kesimpulannya, tangga hotel kat Turki ni agaknya memang jenis curam dan kecik. Saspend tau nak naik dan turun. Sampai hari-hari terakhir tu, aku sakit lutut...huhuhuhu

1st day sampai. Snow baru turun. Tak nampak apa. Ni kat tempat makan. Roof top
Last day..ada matahari..yesss. Baru nampak laut marmara





Our room - 4 bed

Di Kapakdoya kami dok kat Taskonak Hotel. Best hotel ni. Sebab tuan rumahnya baik sangat. Bilik pun ok. Merasa la dok dalam cave kan.

Our Room

Mengintai dari tirai kamar


Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8