Tuesday 5 August 2014

Abu Ayub - syahid di konstantinopel

Ulasan Buku

Rentetan baca buku Ahmad Ammar menyebabkan hati teruja nak mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan sejarah turki. Dalam buku tersebut banyak dinyatakan Abu Ayub sahabat rasulullah yang syahid di turkey. Maka kita baca buku ini.
cover buku *sumber enchek gugel

Abu Ayub, di kalangan sahabat nabi menjadi orang yang istimewa kerana semasa hijrah nabi ke Madinah, rumah beliau yang terpilih menjadi penginapan sementara Rasulullah. Unta yang ditunggangi Baginda berhenti dan memilih rumah beliau.

Beliau juga merupakan sahabat yang panjang umurnya sehingga mencecah 80tahun ++. Oleh itu, beliau melalui semua zaman sejak penghijrahan Rasulullah ke Madinah, zaman pemerintahan 4 Khalifah Arrasyidin dan akhir sekali ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau juga menyertai hampir kesemua perang di Madinah hingga ke Mesir dan berakhir di Konstantinopel.

Malangnya, buku ini tidak memperincikan kisah Abu Ayub. Cuma pada peringkat awal dan akhir buku sahaja. Dipertengahannya lebih diceritakan kisah tentera Islam melebarkan sayapnya diseluruh tanah Arab.

Pada penghujung buku, digambarkan Konstantinopel sebuah kota yang kuat dan kukuh. Tentera Islam sudah beberapa kali gagal menaklukinya termasuk semasa zaman Khalifah Ali lagi. Apabila mendengar Muawiyah ingin mencuba menakluki Konstantinopel, Abu Ayub menawarkan diri walaupun ketika itu dia berusia 80an. Ini berdasarkan hadis nabi yang mengatakan 'berperanglah ketika senang dan susah'. Oleh itu, anaknya tidak mampu menahannya lagi.

Semasa di sana, Abu Ayub jatuh sakit. Apabila ditanya Panglima Yazid apa pesanan dia yang terakhir, beliau meminta agar dikebumikan di dinding kota Konstantinopel. Ini adalah bersandarkan beliau pernah mendengar Rasulullah mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok itu dan Abu Ayub mahu menjadi orang pertama yang mendengar derap tapak kaki kuda yang membawa sebaik baik pemerintah yang mana dia akan meminpin sebaik-baik tentera seperti yang disyariatkan oleh Baginda.

Ketika dikebumikan, terdapat rakyat tempatan yang melihat dan menanyakan apakah yang dibuat oleh musuh disitu. Yazid segera memberitahu yang mereka sedang mengkebumikan sahabat nabi yang dimuliakan sambil memberi amaran agar tidak mengganggu kubur tersebut. Jika tidak tentera Islam akan hapuskan semuanya sehingga loceng gereja tidak lagi kedengaran di Konstantinopel.

Pernah Maharaja Konstantinopel cuba mengorek semula kubur Abu Ayub, tetapi didapati mayatnya tidak reput walaupun telah berbulan berlalu. Sejak itu, mereka tidak lagi berani mengganggu kubur tersebut.

Maka dengan ini saya beri 2 setengah bintang. Ini disebabkan tajuknya tidak seperti yang diharapkan dengan isi kandungannya. Jika tidak berdasarkan tajuk buku, saya beri 3 setengah bintang untuk keseluruhan.

2 comments:

  1. Replies
    1. iye kaaa??? hahahha ada hati dulu nak jadi juri AF katanyaa

      Delete