Posts

Showing posts from August, 2014

Orang kita bila meniaga

Assalam

Ini satu kisah biasa. Cuma agak kelakar bila dikenang-kenang. Tapi kekadang boleh juga baran bila mengenangkannya. Eh kejap kelakar kejap baran..mana satu nie.

Kami datang ke sebuah restoren. Agak baru di Putrajaya. Port orang-orang mengeteh katanya. Ok. Kamipun order menu yang ditawarkan. Saya order tosai tisu. Dari minggu lepas teringin tosai. Waiter kata 'mungkin' lambat sedikit. Takpe...saya tidak mengejar masa. Borak-borak dengan suami dan anak. Ok. Menu suami sampai. Saya menumpang sekali sebab dah set dalam minda tosai saya sampai lambat. Abis kiew tiau suami, datang budak yang saya jeling masa order tadi adalah pembuat roti canai. Sebab konsep dia lebih kurang open kitchen. 'Maaf kak..tosai tadi saya buat tak menjadi. Akak nak order makanan lain'. Terus saya kata takpe la..saya nak cancel. Sebab sebenarnya saya bukan lapar..saja nak menerai kawasan baru. 'Maaf kak..tak boleh cancel'. Eh engkauuuuuu.. ok saya order makanan yang sama harga. Senang…

Sultan Muhammad Al-Fateh

Dan pemilihan Imam yang pertama untuk Masjid Aya Sophea dibuat. Sultan Muhammad menitahkan semua orang berdiri dan berkata siapa yang pernah meninggalkan solat fardu untuk duduk. Tiada siapa yang duduk kerana tiada yang pernah meninggalkan solat fardu. Beliau meneruskan lagi, siapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib untuk duduk. Maka sebilangan lagi daripada merekapun duduk. Beliau meneruskan lagi, siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud untuk duduk. Dan Syeikh Syamsudin al-Wali pun berkata, tuanlah yang selayaknya menjadi Imam. Pada ketika itu, hanya Sultan Muhamad sahaja yang kekal berdiri. Diriwayatkan Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan 3 perkara tersebut sejak mula akhil baligh. Maka, selayaknya baginda menakluk Kota Konstatinopel yang berlandaskan Hadis nabi S.A.W bahawa ia akan ditakluk oleh raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

Subhanallah.

Online Shopping

Image
Assalamualaikum


Sapa sini suka online shopping? Sila angkat tangan sambil senyum sorang-sorang.
Eh...awak yang di sana tu kenapa tak senyum? Apaaaaaa....tak suka!!!! Kenapa...kenapa...kenapa?

Ok. Saya bukan nak cerita baik buruk membeli belah secara maya. Saya nak ceritakan satu kedai nie..saya sangat suka. Sebab dia sangat PANTAS dan TUNTAS. eh...tagline sapa nie..hahhahahha..ampun ye..saya kopipes. Nak tau kenapa dia best? Saya order jumaat...lepastu tak sempat nak bank-in. Isnin pagi baru bank-in tengah hari dah sampai barang..hahaha. Mana nak dapat seller macam tu. Ok. Sebenarnya dia kawan saya. Makanyaa..boleh la dia pos atas dasar trust dengan kengkawan. Dengan seller lain..rasanya idok laa kan. eh..korang nak tau tak seller mana ni? nah..pi skodeng www.iyman.my. Tapi elok korang polo dia kat fb.. ni fb dia iyman.my lagi best kot. Melainkan korang takde fb. Nanti dia bagitau la ada sales kaa..ada product baru kaa..ada clearance sales kaaa.... Ikut pepandai korang laa..dan ikut j…

9 Pembaziran Tanpa Disedari

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

1. Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan dibazirkan jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan

2. Amalan
Amalan dibazirkan jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas

3. Kekayaan
Kekayaan dibazirkan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T

4. Hati
Hati dibazirkan jika kosong daripada kasih kepada Allah S.W.T

5. Tubuh Badan
Tubuh bada dibazirkan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T

6. Cinta
Cinta dibazirkan jika dicurahkan kepada selain Allah S.W.T atau melebihi cinta kepadaNya

7. Masa
Masa dibazirkan jika tidak diurus sebaiknya

8. Akal
Akal dibazirkan jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama

9. Zikir
Zikir dibazirkan jika tidak memberi kesan kepada hati

Alamak...macam tergolong kepada orang-orang yang melakukan pembaziran nie. Kena muhasabah diri selalu nie. sob..sob..

Untuk bacaan lanjut boleh refer pada http://blog.islamicpa…

Apa Aktiviti Cuti Lama-lama nie

Image
Assalam

Bestnya dok kampung...lepak-lepak..baring-baring, jalan-jalan..tak yah masak (hehehe ok saya menantu tak berapa rajin). Dan yang paling penting tak yah fikir pasal kerja. Yang tak best cuma masalah air. Never ending story. (mana DUN/Parlimen Lawas ni, please take note ya)..Tapi sebenarnya Alhamdulillah juga. Sebab kali ini macam ok sikit. Pukul 4am ada...pukul 7 putus. Pukul 10 ada balik. Maka, tak la terasa sangat. Cuma ada sekali dua je kot yang lama sikit  jarang putus air dia. Yang pastinya, mak mencuci baju guna tangan je uolls. Malas nak guna washing machine, sebab air slow pressure. So lagi cepat guna tangan.

Disebabkan aku agak malas nak menaip, moh tengok gambar yang aku snap-snap semasa kat kampung.



Isi dalam kelupis tu isi pulut yang dah dikukus separuh masak. Lepas tu gaul dengan santan. Bungkus dengan daun tak tau nama tu...kukus semula sampai masak. Sedap dimakan dengan rendang..heheh. Sama je kan konsep dia.





Buah tarap tu sedara mara cempedak laa..rasa dia macam…

Buku Seterusnya Adalah ....

Image
Ok. Dah settle baca buku Abu Ayub. La ni baru start baca buku ni plak.

Muhammad Al-Fateh. Dah tak sabar dah. Kene baca ikut aturan. Aku dah la buta sejarah.

"Kamu akan membuka Kota Konstantinopel, (di tangan) sebaik-baik pemerintah pada waktu itu, dan juga sebaik-baik tentera adalah tentera pada waktu itu (yang membebaskan Konstantinopel)"

Wasalam.

Abu Ayub - syahid di konstantinopel

Image
Ulasan Buku

Rentetan baca buku Ahmad Ammar menyebabkan hati teruja nak mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan sejarah turki. Dalam buku tersebut banyak dinyatakan Abu Ayub sahabat rasulullah yang syahid di turkey. Maka kita baca buku ini.

Abu Ayub, di kalangan sahabat nabi menjadi orang yang istimewa kerana semasa hijrah nabi ke Madinah, rumah beliau yang terpilih menjadi penginapan sementara Rasulullah. Unta yang ditunggangi Baginda berhenti dan memilih rumah beliau.

Beliau juga merupakan sahabat yang panjang umurnya sehingga mencecah 80tahun ++. Oleh itu, beliau melalui semua zaman sejak penghijrahan Rasulullah ke Madinah, zaman pemerintahan 4 Khalifah Arrasyidin dan akhir sekali ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau juga menyertai hampir kesemua perang di Madinah hingga ke Mesir dan berakhir di Konstantinopel.

Malangnya, buku ini tidak memperincikan kisah Abu Ayub. Cuma pada peringkat awal dan akhir buku sahaja. Dipertengahannya lebih diceritakan kisah tentera Islam melebarkan s…