Sihat Sebelum Sakit

Assalam

Semua orang suka sihat. Kekadang bila diuji sakit sedikit, macam sakit tekak ke batuk, mula rasa tidak selesa. Kekadang keluh kesah je dengan sedikit ujian tersebut.

Baru-baru ini kami dikejutkan dengan berita yang abang ipar masuk ICU. Katanya suspected Kencing Tikus atau Leptosprirosis. Ishhh aku memang takut dengar ICU. Bertambah takut dengar kencing tikus. Berderauu jantung.

Boleh baca berkenaan dengan lepto di sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus

Masa rehat terus pecut ke Hospital Sungai Buluh. Jumpa kakak aku je..terus dia menangis. Aku yang terkenal dengan hati keringnya...memang tak meleleh laa..tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Tak lama kemudian, mak aku pun sampai dengan abang aku.

Dalam hati tak berhenti berdoa supaya abang ipar aku cepat sembuh. Tak sanggup aku tengok akak aku macam tu rupanya. Alhamdulillah, selepas dua minggu, mak bagitau yang abang ipar dah keluar hospital. Aku malas nak call akak aku selalu. Mesti dia serabut.Dalam last week, kakak ipar pulak masuk hospital. Denggi. Macam-macam dugaan sakit ni.

Begitu lah. Kita selalu diingatkan tentang lima perkara sebelum datang lima perkara:
1. Sihat Sebelum Sakit
2. Muda Sebelum Tua
3. Kaya Sebelum Miskin
4. Lapang Sebelum Sempit
5. Hidup Sebelum Mati

Ya Allah. Semoga kami sekeluarga di dalam lindungan dan rahmatMu Ya Allah.

Tata

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

MyMakan dan MeatBall & Co di Ayer@8