Raya tahun ini pasti berbeza dengan sebelumnya

Assalam.

Setiap yang hidup pasti akan menemui tuhannya. Cuma bila, di mana dan bagaimana tiada siapa pun yang tahu. Sapa yang ada baca post aku yang lepas (hahah ada ke yang baca pun), cerita pasal nenek belah husband meninggal dunia.

Ahad yang lepas, dalam pukul 3 pagi gitu terima call dari mak mertua. Katanya, atuk pula dah meninggal. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dalam tempoh 40hari lebih...atuk menyusul nenek. Kesedihan lampau pun tak sempat pulih.

Atuk dan nenek memang dah uzur. Last saya balik sana 2012, memang ketara sangat uzurnya. Kemudian, tahun 2013, kami tak balik kampung. Ada hal. makanya, dah 2 tahun kami tak jumpa atuk dan nenek. Husband la paling terasa. Apa nak buat, tak de rezeki. Hanya Al fatihah yang dapat dihadiahkan. Hubungan kita di dunia memang telah terputus..tidak dapat memberi jasa pada saat-saat akhirnya.. tetapi doa anak soleh..insyaallah...dapatla kita meneruskan bakti kepada mereka.

Semoga arwah arwah atuk dan nenek aman di sana. Semoga ia dapat memberi keinsafan dan membuka mata hati insan-insan yang terdekat. Mati merupakan ingatan Allah kepada masih hidup. Jangan la kita bersedih saja. Lepas seminggu kita leka dengan duniawi semula.

Minggu depan..kami menyusul ke kampung. Harap-harap semuanya dalam keadaan baik-baik belaka.

Wasalam.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya