Tuesday 1 July 2014

Ramadan Kareeem

Assalam

Alhamdulillah. Dipanjangkan lagi usia. Dapat menyambut ramadhan tahun ini.
Ini masuk tahun ketiga aku tak pergi terawih di masjid.
Walaupun boleh buat dirumah..tapi tak sama feeling dengan pergi di masjid.
Dan dirumah terlampau banyaaaaak dugaannya.
Kekadang buat kekadang tak. langsung tak istiqamah.
Harap-harap tahun depan dapat si kenit tu ke masjid.
dan harap-harap dia tak terlampau lasak bermain yang bukan-bukan.
dengan kes yang macam-macam sekarang, tak sanggup tanggung risiko bawak dia ke masjid.

Tahun lepas rekod terbaik dari segi PARAM. Pasar Ramadhan aku.
Boleh dikira dengan jari pergi ke sana.
Hari-hari aku masak.
Tahun nie...macam tak pasti. Hari kedua dah takde idea nak masak apa.
Tapi stok seminggu dah penuh peti ais.
Cuma nak masak apa tu tak pasti.
Tu dia stok peti ais dah siap2 buat portion kecik. 

Ok la. Selamat berpuasa korang.
Semoga puasa kita diterima.
Dan bukannya dapat lapar dan dahaga sahaja.
Boleh baca disini untuk dipertimbangkan.
http://muhdkamil.org/u-mki/2014/06/30/ramadhan-buat-siswai-u-mki-dirayakan/
ini peringatan untuk diri saya sebenarnya.

tata.

2 comments:

  1. banyaknya ikannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn :D

    pekasam takdak ka?

    ReplyDelete