Heboh satu dunia

Assalam

Terkenang zaman dulu-dulu. Sedihnya hati bila kena tinggal berjauhan dengan keluarga. Balik pun sekali sekala bila cuti sekolah atau semester break. Bila pulang, adik yang dulunya kecil..sekarang dah melonjong. Anak sedara yang dulu baru lahir, sekarang dah pandai berjalan. Kawan-kawan jangan cakap lah. Memang tak tau apa ceritanya. Kalau terjumpa di pasar malam, baru lah tau cerita dia. Dulu kurus tetiba dah berisi. Dah hampir tak kenal.

Seiring dengan masa, sekarang semuanya dihujung jari. Tak kira tua muda, miskin kaya, boleh dikatakan semuanya mempunyai talian internet. Dan boleh dikatakan juga, semua mempunyai akaun laman sosial. Dengan ini, kita dapat melihat perkembangan berita terkini mengenai insan-insan yang kita kenali. Jika terdapat dikalangan kita yang 'open minded', abis rakan kepada rakan pun beritanya kita boleh ketahui. Malah applikasi tersebut memang  bertujuan memaparkan berita-berita terkini walaupun kita tidak mengenalinya.

Jika tersalah taip, semua orang perasan. Malah akan ada yang menegur secara terbuka. Jika terhantar gambar yang 'tidak senonoh', laju je pihak lain simpan dan sebarkan tanpa rasa bersalah. Allah Ya Allah.. kita nak salahkan siapa laa agaknya. Salah teknologi ke, salah manusia ka, atau memang begitu takdir kita. emmmm entah lah.

Apa yang pasti, kita sebagai empunya diri perlulah mengetahui batas-batas di dalam alam maya ini. Berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu ghairah menyebarkan berita yang ingin dikongsikan. Fikir dalam-dalam sebanyak 20kali. 100kali pun tidak mengapa. Bukan apa. Sekali kita dah publish, tiada harapan untuk menarik balik apa yang diterima oleh orang. Kita mungkin mampu menarik semula dengan menghapuskan bahan tersebut. Tetapi mampukah kita menutup mata dan mulut orang lain yang menyebarkannya seolah-olah semacam pesta.. Abis satu donia tauuuu...

Beginilah kalau teknologi digunakan tanpa kawalan. Lepas tu macam seronok dapat menyampaikan berita ke media sosial. Lagi cepat lagi bangga agaknya. Semoga aib kita dan aib mereka sama-sama terjaga. Insyaallah.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya