Thursday 24 July 2014

al-Qadr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 97:1]] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Sumber:

Monday 21 July 2014

jauh perjalanan luas pengalaman

Assalam

Ok saya dah start bercuti uolls...uolls masih keje ke? Bestnyaaaa cuti..baring2..tido2....

Kali nie turn balik kampung enchek suami. Tiap kali balik..harus laaa ada drama kan. Mula dengan sampai airport lambat...queue panjang. Dia tengok ada baby..dia suh pindah tempat lain..pendek tapi tak bergerak gerak...sentap dah niee...nak drop bag je pun..adoiiyai..disebabkan agak lemauuu..aku selamba pi terjah kaunter sebelah cakap aku dah lambat..sib baik MAS prihatin. Alhamdulillah dia kasi. Tu beza MAS ngan yang lain. Kalau yang lagi satu tuuu..mau dah hai hai bai bai. Tapi aku admit laaa memang aku dah lambat tapi still lebih dari sejam. Tak sangka ramai orang pagi pagi tuuu..

Ok. Settle semua..terus masuk. Fuhhh lega. Naik flight dengan ada budak kecik memang mencabar. Dengan dia takmau duduknya..tak mau pakai belt..nak jalan sana sini. Sib baik cabin crew x marah aku..aku cuba pegang dia..melalak..masa tu laa...rasa lama bebeno nk hilang signal belt tu.. hehe

Suka sangat tengok awan
Lepas kasi anak makan je..tetiba dia nk landing kat bawah

Baring kat lantai...ko mampu

Ini bukan sebarangan landing...ada makna nie...dia yayak..selalu kat rumah dia nyorok bawah kerusi la..balik pintu..dalam katobang x tau nak kemana...sib baik laa mau dia pi toilet dengan baiknya..kalau kat rumah berperang nak basuh yayak.

Macam beruduuu..uolls nampak tak. I dah sampai borneo ni
 Sampai miri agak awai dari jadual. Next flight dah la pkl 2++. jenuh laa menunggu. Dengan posa nya..tak tau nak buat apa...nganga je laaa pandang kiri kanan.

Cukup masa kita naik focker. Dah 2 tahun tak balik..tetiba tengok focker macam dah baru... iyee..memang baru. Ada aircond..dulu kipas bulat kecil tu..kemain panas. Nampak kipas kat bawah tu..kemain kuat dia berputar. Naik bergegar telinga aku..sebab aku dok bebetoi sebelah kipas ni.

Kipas focker tepi telinger..eh sedap pantun 2 kerat ni

Kampungkuuu dari kejauhan

Sapa tak kenal focker..ni la rupanyaaaa. Muat 18 orang kot

Abang pilot depan mata. Semua dah digital uollss.

Pungpang..pungpang..pukul 4 lebih sampai kampung. Adooiyai..start pkl 4.30 am sampai 4.30 pm. Memang lunyai rasa badan.

Malam tu ada tahlil kat umah arwah nenek.. lewat jugak balik umah....akhirnyaaa..ntah pukul berapa aku tido .letih giler rasanya. Nasib baik anak tak meragam tempat baru.elok je tengok dia main. Legaaaa.

Sekian   trip perjalanan balik ke kampung. 2 minggu betapa di sini. Inteenet pun slow. Bertabah je laaa

Babai

#prayformh17
#prayformh370
#prayforgaza

Friday 18 July 2014

Menghitung hari...detik demi detik

Assalam

Lagi seminggu lebih dah nak raya kan. Lagi 10 hari gitu.. esok dah start cuti..yahoooo.. bestnya nak cuti.

korang start cuti bila? Berapa lama?
tik...tok..tik..tok....

Semoga perjalanan kami dirahmati dan selamat dari mala petaka. dengan berita MH17 ni, sedikit sebanyak terasa risau la pulak. Harap dapat amalkan adab-adab bermusafir. Doa-doa jangan lupa baca nanti.

Tata

#PrayForMH17 #PrayForGaza

Assalamaulaikum


Pic Source: Iradaarts

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." 
(At-Taghaabun:1)


"..Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." 
(Az-Zumar:49)

"..Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." 
(Al- Baqarah:153)

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan"
(Surah al-Baqarah : 155)


"..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar". 
(At-Taubah:129)


"Dengan nama ALLAH yang pengasih dan penyayang.
Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas penghulu kami NABI MUHAMMAD dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.
Ya ALLAH kami pohonkan kepada-MU kemaafan dan afiat dan kesejahteraan selama-lamanya, dalam agama, dunia dan akhirat.
Ya ALLAH elokkan kesudahan kami pada semua perkara, dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksaan akhirat.
Ya ALLAH kami bermohon kepada-MU segala apa yang baik samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada-MU dari segala apa yang berbahaya samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami ketahui atau yang tidak kami ketahui.
Ya tuhan kami kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan, dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.
Dan ALLAH sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD dan sejahtera ayat keluarganya dan sahabat-sahabatnya."
Amin...amin..ya rabbal alamin...
**doa masa akhir tarawih.

Thursday 17 July 2014

Heboh satu dunia

Assalam

Terkenang zaman dulu-dulu. Sedihnya hati bila kena tinggal berjauhan dengan keluarga. Balik pun sekali sekala bila cuti sekolah atau semester break. Bila pulang, adik yang dulunya kecil..sekarang dah melonjong. Anak sedara yang dulu baru lahir, sekarang dah pandai berjalan. Kawan-kawan jangan cakap lah. Memang tak tau apa ceritanya. Kalau terjumpa di pasar malam, baru lah tau cerita dia. Dulu kurus tetiba dah berisi. Dah hampir tak kenal.

Seiring dengan masa, sekarang semuanya dihujung jari. Tak kira tua muda, miskin kaya, boleh dikatakan semuanya mempunyai talian internet. Dan boleh dikatakan juga, semua mempunyai akaun laman sosial. Dengan ini, kita dapat melihat perkembangan berita terkini mengenai insan-insan yang kita kenali. Jika terdapat dikalangan kita yang 'open minded', abis rakan kepada rakan pun beritanya kita boleh ketahui. Malah applikasi tersebut memang  bertujuan memaparkan berita-berita terkini walaupun kita tidak mengenalinya.

Jika tersalah taip, semua orang perasan. Malah akan ada yang menegur secara terbuka. Jika terhantar gambar yang 'tidak senonoh', laju je pihak lain simpan dan sebarkan tanpa rasa bersalah. Allah Ya Allah.. kita nak salahkan siapa laa agaknya. Salah teknologi ke, salah manusia ka, atau memang begitu takdir kita. emmmm entah lah.

Apa yang pasti, kita sebagai empunya diri perlulah mengetahui batas-batas di dalam alam maya ini. Berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu ghairah menyebarkan berita yang ingin dikongsikan. Fikir dalam-dalam sebanyak 20kali. 100kali pun tidak mengapa. Bukan apa. Sekali kita dah publish, tiada harapan untuk menarik balik apa yang diterima oleh orang. Kita mungkin mampu menarik semula dengan menghapuskan bahan tersebut. Tetapi mampukah kita menutup mata dan mulut orang lain yang menyebarkannya seolah-olah semacam pesta.. Abis satu donia tauuuu...

Beginilah kalau teknologi digunakan tanpa kawalan. Lepas tu macam seronok dapat menyampaikan berita ke media sosial. Lagi cepat lagi bangga agaknya. Semoga aib kita dan aib mereka sama-sama terjaga. Insyaallah.

Tuesday 15 July 2014

Raya tahun ini pasti berbeza dengan sebelumnya

Assalam.

Setiap yang hidup pasti akan menemui tuhannya. Cuma bila, di mana dan bagaimana tiada siapa pun yang tahu. Sapa yang ada baca post aku yang lepas (hahah ada ke yang baca pun), cerita pasal nenek belah husband meninggal dunia.

Ahad yang lepas, dalam pukul 3 pagi gitu terima call dari mak mertua. Katanya, atuk pula dah meninggal. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dalam tempoh 40hari lebih...atuk menyusul nenek. Kesedihan lampau pun tak sempat pulih.

Atuk dan nenek memang dah uzur. Last saya balik sana 2012, memang ketara sangat uzurnya. Kemudian, tahun 2013, kami tak balik kampung. Ada hal. makanya, dah 2 tahun kami tak jumpa atuk dan nenek. Husband la paling terasa. Apa nak buat, tak de rezeki. Hanya Al fatihah yang dapat dihadiahkan. Hubungan kita di dunia memang telah terputus..tidak dapat memberi jasa pada saat-saat akhirnya.. tetapi doa anak soleh..insyaallah...dapatla kita meneruskan bakti kepada mereka.

Semoga arwah arwah atuk dan nenek aman di sana. Semoga ia dapat memberi keinsafan dan membuka mata hati insan-insan yang terdekat. Mati merupakan ingatan Allah kepada masih hidup. Jangan la kita bersedih saja. Lepas seminggu kita leka dengan duniawi semula.

Minggu depan..kami menyusul ke kampung. Harap-harap semuanya dalam keadaan baik-baik belaka.

Wasalam.

Monday 14 July 2014

Alhamdulliah... it's over

Assalam

hahaha..lega kan world cup dah abis. walaupun aku tak terjebak sangat...tapi macam lega laa..tak yah pikir or amik tau pasal world cup. aku tengok gitu-gitu jek. masa semi, 3rd 4th ngan final aku layan..tu pun banyak tengok henpon dari tengok tv. bergosip ngan kawan.

hari nie..mengantuk giler. sebab kan start awai..pukul 3. sambung plak dengan bersahur..terus pi kerja...adoiiii..harap2 boleh bukak mata.

posa pun dah masuk minggu ke-3. patut kita makin rajin dan makin gigih menjalani ibadah. dah masuk fasa pengampunan. harap2 doa kita diampunkan. dan beroleh rahmat dariNya.

Ok laa..salam sayang
tata

Thursday 10 July 2014

Understand the Israeli – Palestinian Apartheid

Assalam

Masih berkisar berkenaan dengan isu Israel-Palestin. Rata-rata di facebook semua kawan-kawan kita share perkara yang sama. Apa yang saya perhatikan, bila Palestin diserang, baru lah keluar semula Boycott produk tertentu. Nanti bila reda, orang pun mula buat-buat lupa. Memang susah nak istiqamah. Saya pun sama. Kita berdoalah yang terbaik untuk kesejahteraan seluruh umat Islam.

Entahlah...memandang gambar pun rasa tak sanggup. Entah macam mana mereka menghadapinya.

Di sini, saya nak kongsikan beberapa link yang baik dan mudah untuk dijadikan bahan bacaan. Saya pun tak dapat nak pastikan kesahihannya. Kita hendaklah membaca dari pelbagai sudut dan pihak. Baru lah minda kita terbuka dan dapat menilai kebenarannya.

Ni best sebab bergambar.heheh. Tak perlu baca panjang-panjang
http://thrivalroom.com/understand-israeli-palestinian-apartheid-11-graphics/

Untuk menderma pula:
www.islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah/

Yang tinggal sekarang hanya senjata umat Islam iaitu doa. Insyaallah, berkat bulan Ramadhan ni, kita harapkan semoga saudara kita di sana selamat dan dibawah naunganNya.

It is not war, it is MURDER




Gambar ehsan dari http://www.qudsn.ps/

#PrayForGaza
#GazaUnderAttack



Wednesday 9 July 2014

World Cup vs Palestin

Assalam

Disaat seluruh dunia heboh bercerita tentang world cup..rupa-rupanya ada yang terlepas pandang kes palestin. Di saat kita berjaga pada seawal 4pagi menontong pelawanan bola...mereka diserang ketika waktu sahur. Ketika kita bersorak atau mungkin tidak dapat menerima hakikat kekalahan brazil 1-7 ke atas german, mereka di sana merintih kesedihan kehilangan orang yang tersayang.

gambar ehsan dari berita harian

Ya ALLAH
Selamatkan la saudara kami di sana
berilah kekuatan kepada mereka
lindungilah mereka.
Amin...


Wednesday 2 July 2014

Sihat Sebelum Sakit

Assalam

Semua orang suka sihat. Kekadang bila diuji sakit sedikit, macam sakit tekak ke batuk, mula rasa tidak selesa. Kekadang keluh kesah je dengan sedikit ujian tersebut.

Baru-baru ini kami dikejutkan dengan berita yang abang ipar masuk ICU. Katanya suspected Kencing Tikus atau Leptosprirosis. Ishhh aku memang takut dengar ICU. Bertambah takut dengar kencing tikus. Berderauu jantung.

Boleh baca berkenaan dengan lepto di sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus

Masa rehat terus pecut ke Hospital Sungai Buluh. Jumpa kakak aku je..terus dia menangis. Aku yang terkenal dengan hati keringnya...memang tak meleleh laa..tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Tak lama kemudian, mak aku pun sampai dengan abang aku.

Dalam hati tak berhenti berdoa supaya abang ipar aku cepat sembuh. Tak sanggup aku tengok akak aku macam tu rupanya. Alhamdulillah, selepas dua minggu, mak bagitau yang abang ipar dah keluar hospital. Aku malas nak call akak aku selalu. Mesti dia serabut.Dalam last week, kakak ipar pulak masuk hospital. Denggi. Macam-macam dugaan sakit ni.

Begitu lah. Kita selalu diingatkan tentang lima perkara sebelum datang lima perkara:
1. Sihat Sebelum Sakit
2. Muda Sebelum Tua
3. Kaya Sebelum Miskin
4. Lapang Sebelum Sempit
5. Hidup Sebelum Mati

Ya Allah. Semoga kami sekeluarga di dalam lindungan dan rahmatMu Ya Allah.

Tata

Tuesday 1 July 2014

Langkawi

Assalam

Lama giler kot aku dah tak sampai langkawi.
Last pegi rasanya tahun 2004. Dah sepuluh tahun.
Tapi kali ini pegi sebab kerja. Tak dapat la menikmati pulau langkawi sungguh-sungguh.

Kami menginap di World Resort. Dulu Awana Porto Malai.
Dulu rasanya cuuun sgt..sekarang rasa biasa-biasa jek.
Dulu teringiiiiin sangat nak stay situ..bila dah dapat ...macam tak ada perasaan jek..
emmmmmm..ini faktor penuaan ke apa..hehe

Tapi serius...bilik dia biasa-biasa jek. Bau bilik pun ala-ala kepam.
Makanan so-so aje..
Sebab tu aku lebih suka dok kat hotel baru..semua serba baru..
Lagi satu yang aku perasan..kalau hotel-hotel lama ni..sure tak de wifi free
Kalau hotel baru...kompom ada..hehe
Pandangan dari balkoni..selepas ujan.

Tengok ikan..heheh


Jumpa stor kotak ni masa jalan-jalan. Sederet entrance. Korang tak mo kemaskan ke

Macam lemari kat umah..tak fefeling hotel.

Ada satu slot petang tu..urusetia bawak pi shopping
Ok. Yang ni aku suka
*kompom faktor penuaan..hehhehe
Memula singgah kat tempat gamat. Memula tak mau beli apa-apa..Tapi sebab masa turun tak baca bismillah gamaknya..boleh plak aku terbeli ntah apa-apa...abis RM20.
Kawah masak gamat

Lepas tu singgah kat tempat batik plak. OK. aku rembat kain sembahyang. Aku memang nak. RM12 selai. Tak tau murah ke mahal. Sebab memang nak.
Terus ke RAM. Ok ni 1st time dengo. Dia banyak jual kain-kain lace, lapik meja. Pinggan mangkuk pun ada. Aku beli sarung kusyen, RM5 selai. Beli laa sikit untuk mak aku.

Lepas RAM, pergi Idaman Suri. Ini tempat paliiiiiing boring. Aku dok baca ramai yang meroyan pi sini. Aku siap tercengang...ini ke Idaman Suri tu..pusing sekali terus naik bas. Serius mati napsu.
Untuk pengetahuan korang. Setiap tempat dia kasi 30 minit jek. Memang kena cari, pilih, capai dan bayar.
Tak sempat nak compare2..belek2 lelama..asal berkenan je terus capai.
Last destination, HIG. Aku siap berdoa harap-harap best laa.
Bila masuk je...wowwww..besonyaaaa
kali ni dia bagi 45 minit jek. Terus aku menyerang masuk. Tak pandang kiri kanan.
Matlamat utama....beg sorong..pilih-pilih dan tetapkan dalam hati.
Lepas tu terus pi seksyen cekelat.
Main kaut-kaut je mana yang fav.
Kesian kedberi...tak de orang nak amik dia. Walaupun JAKIM dah kata halal.
Lepas pilih mana yang patut..terus pi tempat periuk..target nak beli tefal untuk masak telur.
Lepas jeling kiri-kanan..aku kaut made in china...murah separuh harga. Siap ngan sudip.
Jadi laa...nak goreng telur je pun kaaan.

Fuhhhhh...fast n furios...semua yang dihajati..aku dapat beli. Tu pun tak jeling corelle pyrex segala bagai.
Memang tak sempat la jawapnya.
Terima kasih urusetia yang bawak pi shopping. Nak harapkan sewa kete..memang idok laa..
sebab bukannye ada niat besar nak soping tu.. Mende yang aku nak beli ni sebab dah alang-alang sampai
Tak beli pun aku tak kesah lagi..
hehehe

Babai langkawi..engkau dah tak seteruja dulu..
mungkin kena datang sebagai pelancong kot..huhuhu
byee.....*harap misteri MH370 cepatlah terungkai

Tata

Ramadan Kareeem

Assalam

Alhamdulillah. Dipanjangkan lagi usia. Dapat menyambut ramadhan tahun ini.
Ini masuk tahun ketiga aku tak pergi terawih di masjid.
Walaupun boleh buat dirumah..tapi tak sama feeling dengan pergi di masjid.
Dan dirumah terlampau banyaaaaak dugaannya.
Kekadang buat kekadang tak. langsung tak istiqamah.
Harap-harap tahun depan dapat si kenit tu ke masjid.
dan harap-harap dia tak terlampau lasak bermain yang bukan-bukan.
dengan kes yang macam-macam sekarang, tak sanggup tanggung risiko bawak dia ke masjid.

Tahun lepas rekod terbaik dari segi PARAM. Pasar Ramadhan aku.
Boleh dikira dengan jari pergi ke sana.
Hari-hari aku masak.
Tahun nie...macam tak pasti. Hari kedua dah takde idea nak masak apa.
Tapi stok seminggu dah penuh peti ais.
Cuma nak masak apa tu tak pasti.
Tu dia stok peti ais dah siap2 buat portion kecik. 

Ok la. Selamat berpuasa korang.
Semoga puasa kita diterima.
Dan bukannya dapat lapar dan dahaga sahaja.
Boleh baca disini untuk dipertimbangkan.
http://muhdkamil.org/u-mki/2014/06/30/ramadhan-buat-siswai-u-mki-dirayakan/
ini peringatan untuk diri saya sebenarnya.

tata.