pencen

Assalam

Membaca tulisan mki yang bertajuk pencen...sayu rasa hati. Apa yang ditulisnya sangat benar. Kita walaupun tahu..sangat tahu tentang mati adalah pasti...tetapi masih berani melengah lengahkan ibadat yang wajib. Masih meringan ringankan nya. Kekadang diuji dengan 5 sebelum dan selepas. Selalu berjanji jika tak sibuk saya akan buat ini. jika sihat nanti saya akan buat begitu..hakikatya..apabila tiba masanya..alasan lain pula dicipta. Allah ya allah..manusia sentiasa leka. Payah pula nak istiqamah. Ya allah..aku mohon keampunanMu ya allah. Jadikanlah hambamu yang sentiasa mengingatiMu dlm apa juga keadaan.

Sisi yang lain.
Berbincang dengan kawan tentang pencen. Dia ingin pencen muda. Ingin bekerja sendiri. Dapat menguruskan anak anak sendiri. Emmmm..aku tiada perancangan ke arah itu. Tiada minat untuk berniagaa...tiada sebarang perancangan.. ya allah..teruknya aku nie. Mengharapkan makan gaji sampai ke pencen. Oh...terkenang dakyah orang2 lama...ohhh bagus kerja kerajaan ni. Nanti tua dapat pencen. Perkara ini tertanam di sanubari kebanyakan orang. Sehinggakan jika ditemuduga unyuk jawatan di sektor awam..rata rata mengatakan sebab adanya skim pencen. Apa yang dihadapkan sangat pencen ini. Ok cuba bayangkan.. kita mendapat pencen setelah berumur 60tahun. Masa tersebut..kebiasaannya sudah mula sakit2..tiada selera untuk berjalan. Apakah fungsinya duit pencen? Kenapa tidak mengambil kwsp yang lebih baik untuk menjana duit? Ok. Kita katakan potongan kwsp 400 dan duit sendiri 300. Dengan jumlah 700 tersebut..kita boleh laburkan ke unit amanah. Untuk mendapat pulangan yang lebih baik. Ataupun..membuat pembayaran rumah menggunakan kwsp. Nampak tak perbezaan disitu. Tetapi..apapun..yang pastinya kita hendak lah bijak menguruskan duiy. Duit bukanlah matlamat utama hidup ini.. tetpai hidup memang perlukan duit.ps
Duit duit..di manakau duit..duit duit..hutangku membukit.
Ps: contoh epf dan pencen tadi hanyalah pendapat peribadi saya yang cetek ini sahaja. Tiada kaitan dengan sesapapun.

Pikir fikirkan dan selamat beramal
**apa cer kes dia ni..hihihik

Tata

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan