Thursday 12 June 2014

Cuti Sekolah Part 3

Assalam.

Aku nak abiskan citer Melaka ni. Hahahha.. melaka je pun..dah ko kenapa nak sampai banyak-banyak part. Belum lagi poi Europe tuuuu.. Nasib la kan. Ntah ada ke tak orang baca. Yang penting aku nak membebel ni haaa.

Pagi tu sambung mandi kolam. Budak-budak awai lagi depa dok tunggu bunyi air pasang. Sukatik la korang. Lepas puas mandi, terus packing beg. Kemas apa yang patut. Aku call owner homestay lagi satu. Nasib baik dekaaaaaaaaat sangat dengan Bayou Lagoon ni. So, takla pening nak cari. Sampai je homestay tu, terus rasa macam rumah sendiri. dah nama pun homestay, perkakasan rumah semua ada. Mak aku suka laa...ada rice cooker, pinggan mangkuk segala bagai. Sesuai laa dengan ahli rombongan aku yang sebatalion ni.

Lepas zohor, akak aku kata nak naik menara. Ok jalan. Tapi aku tak naik pun. Hahaha. Ciri-ciri kedekut. Ala..dulu dah naik..malas la kan. Lepas tu pi Pahlawan Mall. Mak aku nak beli-beli jajan. Hari panassss giler. Abis melekit aku rasa. Sambung lepak kat taman area situ sebelum pergi Pantai Klebang. Pertama kali aku sampai sana...Kagum aku. Cantik pantai dia..bersih. Cuma pelik kenapa tak de orang mandi. Tak tau nak tanya sapa..hehe. Kalau korang tau kenapa, sila lah bagitau aku yek.

Lagi satu, ada banyak bas kat tepi pantai tu. Masa mula sampai tu...terbayang penuh sesak la pantai sebab banyak sangat bas. Tapi bila sampai, tengok tenang jek. Aku kan jenis suka siasat. Tengok macam tak guna je bas ni. Tetiba laki aku nampak aircond bawah bas. Dia kata..ada orang duduk dalam bas ni.. mesti tak gerak punya. Aku pun terus pi dekat, nak baca. Semua pun tutup. Tapi rasanya dia buat macam motel, tempat tinggal. Masalahnya, office dia tutup. Kalau tak nak jugak siasat, berapa sewa semalam. Bagus melaka nie, idea bernas macam-macam. Harap dapat dikekalkan dan dipromosikan dengan lebih baik.

Lepas santai-santai sekejap, balik semula ke pekan. Naik river cruise plak. Kira kami bernasib baik la. Sebab masa sampai tu tak ramai sangat orang. Dan, dalam perjalanan ada kereta berhias. Masa dah nak abis trip tu...haaaa..sekali ko tengok...beratoq panjang. Fuh....memang nasib baik.

Ok. Abis la trip malam tu. Sib baik takde drama swasta ke apa dari budak-budak. Depa pun happy. Balik rumah tidooooooooooooooooo.

Esoknya, lepas breakfast, kami shoot pi zoo melaka. Aku tukang hantar je la. Sebab aku malas nak pi zoo. Lagipun aku ada contractor nak datang rumah. So, bye-bye mak..bye-bye famili..bye-bye melaka.

Fuhhh..abis gak citer melaka yang tak seberapa nie. Tengok apa gambo yang ada ditangkap nie. Dah start malas amik gambo laki aku niee...issh
hahaa..ini je yang ada...sabo je laa


Menara Taming Sari
Pantai Klebang

US

Ni la bas yang tersadai yang aku stori tu

Aku ingatkan binatang betul...cisss


Nota: Tiket Menara RM10 (dewasa), Cruise pun RM10. Tapi dapat 20% dari homestay..hooooyeee.

No comments:

Post a Comment