Friday 20 June 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Assalam

Baru je selesai baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (author Grup Penjejak Tamadun Dunia). Suka sangat!!!. Bukanlah terlampau takjub dengan arwah tetapi kisah disebaliknya itu memberi kesan dihati.
nar
Cover Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar

Sedikit ulasan ye. Chapter di dalam buku tersebut ditulis oleh orang-orang yang ada di sekitar beliau seperti emah, abah, kakak, abang ipar dan kawan sekolah. Keseluruhannya mengatakan beliau memang budak yang istimewa. Baik akhlak, bijak di dalam akademik mahupun kurikulum. Pelajar kedua terbaik SPM di MTD tu. Bukan calang-calang orang. Akhirnya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah di Turki dan bukannya dalam bidang popular macam perubatan, kejuruteraan. Walaupun pada awalnya ia diatur oleh abahnya, tetapi jika beliau sendiri tidak berkeinginan..ia tidak akan terjadi. Akhlaknye seperti itu adalah kesan dari didikan kedua ibu bapanya yang secara langsung terlibat dengan kerja-kerja dahwah dan kemanusiaan.

Berikut adalah petikan yang terdapat di dalam buku tersebut yang sangat menarik untuk difikirkan kembali.

"Jangan jadikan hidup kamu biasa-biasa saja seperti orang lain. Belajar, bekerja, berkeluarga, berharta dan akhirnya meninggal dunia. Itu biasa biasa. Kita perlu jadi luar biasa." - En Azam

Ya Allah..Hebatkan ayah yang sebegini. Kita sekarang kebanyakkannya nak mengejar kerja yang baik..kumpul harta. *termasuklah aku nie haaa.. harap dapat terapkan pada anak-anak kita nanti.

"Ilmu itu bukanlah apa yang dipelajari dan disimpan tetapi apa yang boleh memberikan manfaat." - Imam Shafie

"Sesungguhnya orang yang paling aku sayangi dan paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik ahklaknya dikalangan kamu. Dan sesungguhnya org yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah org yang banyak bercakap mengada-ngada, banyak mengata orang serta menyombong diri" - Hadis

"Redha adalah seseorang itu mampu mencapai maqam redhanya apabila bergembira dgn musibah yang menimpanya sepertimana dia bergembira dengan nikmat yang diterimanya" - Rabiatul 'Adawiyah

Redha...ini banyak kali ditekankan oleh Prof Muhd Kamil. Teringat kata-kata beliau dalam buku Bersyukur ketika diuji. Gembira dan sedih sama sahaja. Kena bersyukur dan tabah menghadapinya. Jangan masa susah ingat Allah, masa gembira leka sehingga mengabaikan suruhanNya. Sebab itu beliau amat menggalakkan kita puasa Nabi Daud iaitu selang sehari. Agar lapar dan kenyang tiada beza. Kedua-duanya adalah nikmat yang disyukuri.

Maaflah jika ulasan saya terdapat salah silap. Memang ada masalah untuk menerangkan sesuatu perkara. Harap perkara induk yang ingin disampaikan memberi manfaat kepada kita semua, Insyaallah.

Al-Fatihah untukmu Ammar. Juga kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Tata.

2 comments:

  1. Pinjam weh.. heheheheh.. buku kat rumah tu berlambak tak baca lagi.. T_T

    ReplyDelete
  2. hahahaha..dah ko kata cenggitu..terus malas kasi pinjam

    ReplyDelete