Monday 30 June 2014

Malang Tidak Berbau

Assalam

Lama tak bersiaran. Korang rindu tak? ehhhh..sapa korang tu...huhuhu
Citer ni last week kot jadi.
Pi kenduri kawen kek Somban *read: Seremban
masa on the way balik tu..aku kalut-kalut uruskan anak aku nak susu..
tetiba gedegangggg..bunyi kuat. aku ingatkan ada batu ke apa ke terpelanting.
Tapi xde plak nampak apa yang pecah.
Tanya laki aku..apa mende..dia kata cermin pecah
aku malas nk bising...laki aku kalut pusing amik arah bertentangan.
Dia nak mengejar kete. aku ni tak nampak dan tak paham..biorkan jek.
Tak lama kendian..baru la aku nampak
rupa-rupanya..side mirror yang pecah..kete sebelah sana yang langgar.
So..laki aku mengejar tu..dia tengok side mirror sapa yang pecah...
dapat laa kejo..sekali keluar... **** daaaa
sib baik laki aku tak bergaduh.. kira kete aku pecah dia punya pun pecah.
melayang laaaa RM150 nak ganti sebelah tu.. nak kata apa
dah begitu takdir Allah tetapkan. lega la tak de perkara buruk yang berlaku.
Jalan raya macam tu laa..kita berhati-hati...orang lain pulak tak.

Ni la rupa ceromin yang hilang sebelah tuuu.
Tertanggal cermin dan pecah bodynye


Sekian.

Friday 20 June 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar

Assalam

Baru je selesai baca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (author Grup Penjejak Tamadun Dunia). Suka sangat!!!. Bukanlah terlampau takjub dengan arwah tetapi kisah disebaliknya itu memberi kesan dihati.
nar
Cover Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar

Sedikit ulasan ye. Chapter di dalam buku tersebut ditulis oleh orang-orang yang ada di sekitar beliau seperti emah, abah, kakak, abang ipar dan kawan sekolah. Keseluruhannya mengatakan beliau memang budak yang istimewa. Baik akhlak, bijak di dalam akademik mahupun kurikulum. Pelajar kedua terbaik SPM di MTD tu. Bukan calang-calang orang. Akhirnya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah di Turki dan bukannya dalam bidang popular macam perubatan, kejuruteraan. Walaupun pada awalnya ia diatur oleh abahnya, tetapi jika beliau sendiri tidak berkeinginan..ia tidak akan terjadi. Akhlaknye seperti itu adalah kesan dari didikan kedua ibu bapanya yang secara langsung terlibat dengan kerja-kerja dahwah dan kemanusiaan.

Berikut adalah petikan yang terdapat di dalam buku tersebut yang sangat menarik untuk difikirkan kembali.

"Jangan jadikan hidup kamu biasa-biasa saja seperti orang lain. Belajar, bekerja, berkeluarga, berharta dan akhirnya meninggal dunia. Itu biasa biasa. Kita perlu jadi luar biasa." - En Azam

Ya Allah..Hebatkan ayah yang sebegini. Kita sekarang kebanyakkannya nak mengejar kerja yang baik..kumpul harta. *termasuklah aku nie haaa.. harap dapat terapkan pada anak-anak kita nanti.

"Ilmu itu bukanlah apa yang dipelajari dan disimpan tetapi apa yang boleh memberikan manfaat." - Imam Shafie

"Sesungguhnya orang yang paling aku sayangi dan paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik ahklaknya dikalangan kamu. Dan sesungguhnya org yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah org yang banyak bercakap mengada-ngada, banyak mengata orang serta menyombong diri" - Hadis

"Redha adalah seseorang itu mampu mencapai maqam redhanya apabila bergembira dgn musibah yang menimpanya sepertimana dia bergembira dengan nikmat yang diterimanya" - Rabiatul 'Adawiyah

Redha...ini banyak kali ditekankan oleh Prof Muhd Kamil. Teringat kata-kata beliau dalam buku Bersyukur ketika diuji. Gembira dan sedih sama sahaja. Kena bersyukur dan tabah menghadapinya. Jangan masa susah ingat Allah, masa gembira leka sehingga mengabaikan suruhanNya. Sebab itu beliau amat menggalakkan kita puasa Nabi Daud iaitu selang sehari. Agar lapar dan kenyang tiada beza. Kedua-duanya adalah nikmat yang disyukuri.

Maaflah jika ulasan saya terdapat salah silap. Memang ada masalah untuk menerangkan sesuatu perkara. Harap perkara induk yang ingin disampaikan memberi manfaat kepada kita semua, Insyaallah.

Al-Fatihah untukmu Ammar. Juga kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Tata.

Thursday 19 June 2014

pencen

Assalam

Membaca tulisan mki yang bertajuk pencen...sayu rasa hati. Apa yang ditulisnya sangat benar. Kita walaupun tahu..sangat tahu tentang mati adalah pasti...tetapi masih berani melengah lengahkan ibadat yang wajib. Masih meringan ringankan nya. Kekadang diuji dengan 5 sebelum dan selepas. Selalu berjanji jika tak sibuk saya akan buat ini. jika sihat nanti saya akan buat begitu..hakikatya..apabila tiba masanya..alasan lain pula dicipta. Allah ya allah..manusia sentiasa leka. Payah pula nak istiqamah. Ya allah..aku mohon keampunanMu ya allah. Jadikanlah hambamu yang sentiasa mengingatiMu dlm apa juga keadaan.

Sisi yang lain.
Berbincang dengan kawan tentang pencen. Dia ingin pencen muda. Ingin bekerja sendiri. Dapat menguruskan anak anak sendiri. Emmmm..aku tiada perancangan ke arah itu. Tiada minat untuk berniagaa...tiada sebarang perancangan.. ya allah..teruknya aku nie. Mengharapkan makan gaji sampai ke pencen. Oh...terkenang dakyah orang2 lama...ohhh bagus kerja kerajaan ni. Nanti tua dapat pencen. Perkara ini tertanam di sanubari kebanyakan orang. Sehinggakan jika ditemuduga unyuk jawatan di sektor awam..rata rata mengatakan sebab adanya skim pencen. Apa yang dihadapkan sangat pencen ini. Ok cuba bayangkan.. kita mendapat pencen setelah berumur 60tahun. Masa tersebut..kebiasaannya sudah mula sakit2..tiada selera untuk berjalan. Apakah fungsinya duit pencen? Kenapa tidak mengambil kwsp yang lebih baik untuk menjana duit? Ok. Kita katakan potongan kwsp 400 dan duit sendiri 300. Dengan jumlah 700 tersebut..kita boleh laburkan ke unit amanah. Untuk mendapat pulangan yang lebih baik. Ataupun..membuat pembayaran rumah menggunakan kwsp. Nampak tak perbezaan disitu. Tetapi..apapun..yang pastinya kita hendak lah bijak menguruskan duiy. Duit bukanlah matlamat utama hidup ini.. tetpai hidup memang perlukan duit.ps
Duit duit..di manakau duit..duit duit..hutangku membukit.
Ps: contoh epf dan pencen tadi hanyalah pendapat peribadi saya yang cetek ini sahaja. Tiada kaitan dengan sesapapun.

Pikir fikirkan dan selamat beramal
**apa cer kes dia ni..hihihik

Tata

Sunday 15 June 2014

Mengimbau kenangan lalu

Assalam

Antara tempat percutian yang menjadi pilihan aku adalah pulau dan tanah tinggi.Tapi pulau lah yang paling teruja sekali. Pantai pun ok cuma kena tengok area mana. Kebanyakan pantai sebelah pantai timur semuanya cantik-cantik.

Dulu, semasa menuntut di selatan tanahair, tempat yang selalu menjadi port untuk berkhemah ke atau apa-apa program adalah Air Papan, Mersing. Tapi nak pergi ke sana tu....memang kena tabah sebab jauh dari Johor Bahru. Dengan jalan dia yang tak menarik. Seingat aku, ada 3kali kot camping/lepak di Air Papan. Best giler ok pantai dia. Landai, pasir halus dan bersih. Akhir sekali pergi ke sana tahun 1999. Lepas final exam dan sebelum semua memulakan hidup masing-masing, kami ambil keputusan ke sana. Sewa chalet. Semua awek pulak yang pergi tu. Puas hati dapat mandi lama-lama.

Minggu lepas, saya ada tugasan ke Mersing. Petang tu ada masa lapang, ajak driver pusing Mersing sampai ke Air Papan. Oh...nasib baik pantainya nampak masih bersih dan cantik macam dulu. Kali ni cuma pusing-pusing je laa..tak mandi pun. Orang kata, ambil angin jek. Bestnya kalau dapat mandi dan lepak lama-lama kat pantai. Dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Teringin kalau 'banyak duit', nak aje beli tanah tepi pantai sebelah pantai timur..hehhe berangan. free je. tak kena bayar.

Sempat snap-snap sikit. Sebenarnya aku memang malas nak bergambo. Kena ada geng yang rajin pegang camera baru la banyak gambar. kalau tak, simpan dalam hati je kenangan tu..hhehehehe
Air Papan, Mersing

Air Papan, Mersing


Tata


Friday 13 June 2014

World Cup 2014 dah mula!!!

Assalam

Sebut pasal world cup..semua pun minatkan. Tak kira jantina..semua teruja. Aku boleh laa layan. Tengok mood aku jugak. Pastu kene tengok player hensem mana yang ada...hihihihik
Pagi tadi, laki aku siap set alarm nak tengok 1st game. Aku layankan aje..asal jangan kacau tido aku sudah. Tapi pagi tadi, aku tengok la kejap. Masa tu dah 2nd half. Ehhh..best la plak.. kemain laju game tu..sampai rasa nak kelip mata pun tak dan..hehe.
WC2014 kali nie, aku tak baca sangat. Kira tak buat study awai. Tu yang terkejut tengok semua player brazil muda-muda. Fuhhh..Terbaik laa..Aku kenai sorang je pun si Neymar tu. Croatia pun main hebak.
Kira aku focus laa 2nd game tadi. Result Brasil 3 - 1 Croatia. Puas hati.

Esok laki aku kata Spain lawan Germany. Kalau larat aku layan. Kalau tak..hi-hi..bye-bye

Psss...Korang sokong team mana? Aku tak pasti lagi..kene tengok  2-3 games dulu. Kenalpasti mana yang menarik hati...huhuhu..Selalu aku layan Italy (sebab hensem laa...baju fit..memang deBomb..kakakakkah)
Tahun nie aku tak tau pun Italy masuk ke dak...Lama aku tak baca suratkhabar dan tengok Astro Arena. emmm.. Ok laa..layan mata jap. Tersampai opis awai sebab lepas abis game..terus siap-siap pi opis.


pakcik Neymar

**gambar ehsan pakcik google.

Tata.

Thursday 12 June 2014

Cuti Sekolah Part 3

Assalam.

Aku nak abiskan citer Melaka ni. Hahahha.. melaka je pun..dah ko kenapa nak sampai banyak-banyak part. Belum lagi poi Europe tuuuu.. Nasib la kan. Ntah ada ke tak orang baca. Yang penting aku nak membebel ni haaa.

Pagi tu sambung mandi kolam. Budak-budak awai lagi depa dok tunggu bunyi air pasang. Sukatik la korang. Lepas puas mandi, terus packing beg. Kemas apa yang patut. Aku call owner homestay lagi satu. Nasib baik dekaaaaaaaaat sangat dengan Bayou Lagoon ni. So, takla pening nak cari. Sampai je homestay tu, terus rasa macam rumah sendiri. dah nama pun homestay, perkakasan rumah semua ada. Mak aku suka laa...ada rice cooker, pinggan mangkuk segala bagai. Sesuai laa dengan ahli rombongan aku yang sebatalion ni.

Lepas zohor, akak aku kata nak naik menara. Ok jalan. Tapi aku tak naik pun. Hahaha. Ciri-ciri kedekut. Ala..dulu dah naik..malas la kan. Lepas tu pi Pahlawan Mall. Mak aku nak beli-beli jajan. Hari panassss giler. Abis melekit aku rasa. Sambung lepak kat taman area situ sebelum pergi Pantai Klebang. Pertama kali aku sampai sana...Kagum aku. Cantik pantai dia..bersih. Cuma pelik kenapa tak de orang mandi. Tak tau nak tanya sapa..hehe. Kalau korang tau kenapa, sila lah bagitau aku yek.

Lagi satu, ada banyak bas kat tepi pantai tu. Masa mula sampai tu...terbayang penuh sesak la pantai sebab banyak sangat bas. Tapi bila sampai, tengok tenang jek. Aku kan jenis suka siasat. Tengok macam tak guna je bas ni. Tetiba laki aku nampak aircond bawah bas. Dia kata..ada orang duduk dalam bas ni.. mesti tak gerak punya. Aku pun terus pi dekat, nak baca. Semua pun tutup. Tapi rasanya dia buat macam motel, tempat tinggal. Masalahnya, office dia tutup. Kalau tak nak jugak siasat, berapa sewa semalam. Bagus melaka nie, idea bernas macam-macam. Harap dapat dikekalkan dan dipromosikan dengan lebih baik.

Lepas santai-santai sekejap, balik semula ke pekan. Naik river cruise plak. Kira kami bernasib baik la. Sebab masa sampai tu tak ramai sangat orang. Dan, dalam perjalanan ada kereta berhias. Masa dah nak abis trip tu...haaaa..sekali ko tengok...beratoq panjang. Fuh....memang nasib baik.

Ok. Abis la trip malam tu. Sib baik takde drama swasta ke apa dari budak-budak. Depa pun happy. Balik rumah tidooooooooooooooooo.

Esoknya, lepas breakfast, kami shoot pi zoo melaka. Aku tukang hantar je la. Sebab aku malas nak pi zoo. Lagipun aku ada contractor nak datang rumah. So, bye-bye mak..bye-bye famili..bye-bye melaka.

Fuhhh..abis gak citer melaka yang tak seberapa nie. Tengok apa gambo yang ada ditangkap nie. Dah start malas amik gambo laki aku niee...issh
hahaa..ini je yang ada...sabo je laa


Menara Taming Sari
Pantai Klebang

US

Ni la bas yang tersadai yang aku stori tu

Aku ingatkan binatang betul...cisss


Nota: Tiket Menara RM10 (dewasa), Cruise pun RM10. Tapi dapat 20% dari homestay..hooooyeee.

Wednesday 11 June 2014

...

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah alquran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.
"

Cuti Sekolah Part 2

Assalam

Sambung citer cuti sekolah.

Aku biasa jadi ketua rombongan cik kiah untuk famili aku. Kali nie kakak aku teringin nak bawak anak dia pi melaka. Katanya nak pi museum, tempat bersejarah. Ok fine. Aku layankan aje laaa. Pertama sekali...kena cari hotel yang ada pool. Kasik depa mandi manda. Budak-budakkan...mesti wajib jumpa kolam.

Misi pencarian bermula...aku memang dah aim lama bayou lagoon nie...dari awal tahun plan nak bawak anak datang sini..ntah apa aku bizikan pun tak tau laaa..sampai ke sudah tak sampai. Korang kalau nak mai sini dan dapatkan harga yang berpatutan..sila click bnb.com. owner ok...abang kepada kawan aku. Cuma..kalau korang nak cari homestay..makan hati sikit..sebab dia mcm jadi hosting untuk homestay lain..serius lemau..so kalau nak cari homestay, pi cari sendiri dan contact owner terus. Senang..lagipun melaka belambak homestay...yang murah yang sederhana..yang mahal..sebut jek..tanya incik google...sekejap je dapat.

Sebab bajet ciput...semalam dok bayou lagoon..semalam lagi dok homestay area dekat tu jugak.

Kami bertolak pagi..dlm pukul 9. Pi umah kakak aku dulu...amik sebatalion kanak-kanak....6 orang aku hempuk dalam kete kebal aku..sib baik semua kurus. Jumpa kakak aku yang dari kampung kat R&R Dengkil..singgah makan dulu dan callo.
Sampai melaka around 11...haa..amik..dah paneh. Terus pi bandar hilir...budak2 dah sentap..dok tanya...bila nak mandi..bila nak mandi..issshhh..berjalan dulu..kaji sejarah lama...hahahha..pasrah je bebudak tuu..

Tempat pertama muzium.islam. aku pun tak pernah masuk. Dewasa RM2..kanak2 RM1. Jenuh aku jerit...haaa...baca..baca..jangan jeling je..kang maknik tanya..sapa tak leh jawap..dok bilik..jangan mandi...haraaaaam deme heran..melintas jek tengok gambo...baca pun idok..saabo je laaa...**akupun sama x baca..kwang..kwang...

Lepas tu pi naik a famosa..jalan2 kat menara jam dan makan cendol. Punya la terik...tuhan je tau..sib baik mak bawak topi hikmat dari bali dan kipas free sapa kasi ntah..lega aa skit..haaaa..lagi satu..gamaknye orang x start holiday lagi kot..agak terkawal melaka..selalu semak jek.

Dah penat letih semua..makan kat kedai kuih kampung tu...dulu sedap giler..berkali2 aku makan situ. Tapi harituuuuu...langsung x sedap. Semua kata tak sedap...emmm sesia je masuk jjcm kalau ko x menten resepi...ni la payahnye kedai macam ni..ce la ko kekalkan..kan sedap dan laku..tengok..aku dah boikoy.

Dah makan..terus check-in bayou...bebudak terus mengelupo nampak kolam..solat je terus nak turun...sukatik la kome...asalkan bahagiaaa. Aku pun syok mandi sebenonyaa...ada plak boboiboy..bertambah laa suka anak akuuu...

Ok. Layan gambo skit. Aku dah letih menaip..nanti aku sambung
Sekitar Bandar Hilir

Pokok apa ntah kat taman tuu

Dari atas museum

Dari atas museum jugak

Bayou Lagoon

Gelongsor peberet

Boboiboy ada pagi dan petang


Sekian. Tata

Monday 9 June 2014

Cuti Sekolah

Assalam.

Kemana korang berjalan masa cuti sekolah ni? Paris...london...hongkong..cc1m???
Cc1m tu..cuti cuti 1Malaysia laa..hhehe

Macam trend kan sekarang nie...asal cuti sekolah jek..semua tempat perlancongan penuh sesak. Yang mampu skit akan bawak anak2 jauh skit laaa..ke luar negara. Tak pun bawak dalam negara jek. Sama je dalam ke luar negara..semua banyak pakai uwang. Lepas tu...penuh kat semua media social gambo korang selfie kat tempat yang korang pi tu kan....hehehe

Teringat zaman dulu..mana kita tau berjalan2 ni..cuti sekolah maknanya..takyah pi sekolah..buku semua campak..dan yang paling penting boleh main dari pagi sampai ke petang..fuh...heaven giler... masa tu makpak kita mana ada duit nak bawak berjalan pun. Aku ingat lagi..kalau dapat pi kolumpo (key ell) punya laaa suka. Tengok lampu lampu cantik...tengok landskap cantik... tu pun datang sana bukan niat nak berjalan..sebab mak kene jaga cucu...hehehhe

Semua tu kenangan lama. La ni..kita pun dah keje. Ada masa lapang..join the crowd pi holiday masa cuti sekolah. So..ke mana aku cuti kali nie?
Next time aku citer ek..

Tata.


Saturday 7 June 2014

Retak seribuuuuu bukannya patah seribu

Assalam

Kalau korang tau dan pernah dengo lagu shila amzah ni..mesti korang tau betapa sedehnye lagu ini... sesedih hatiku ini.. tapi aku bukannya patah seribuu... uwaaaaaa.....aku retak seribuuuuuu..malah mungkin seribu jugak duitku melayang
Nampak kah??? Remuk hatikuuuuu
Sabit je laa anak aku yang baling...nak marah pun tak sampai hati..teringat ustajah kata budak budak ni ahli syurga...dia bukan paham pun....bertabah laa wahai hatiiii....

Tapi alhamdulillah..masih boleh digunakan. Walaupun sakit mana memandangnyaaaa...

Ok..aku nak sambung nyanyi nieeee... "retak seribuuuuuuuuu hatiku...bila mengenangkan"

Tata..sobs..sobsss

Stok rokok

Assalam...

Lama tak bersiaran. Sebok ntah apa apa aku nie. Tapi memang tak dan nak buat keje keje lagho pun. Kalau free pun, line macam siput ba alip ba ya... teluk intan lain laa...dijanjikan line internet laju...tempat lain?? Tak yah mimpi..tunggu la kot ada PRK...ehhhh opppss!!! kesitu plak aku..hahahhaa

Korang yang biasa travel mesti tau kastam kan. Terdapat pelbagai mende yang dilarang bawak masuk atau diseludup masuk. Tapi kan manusia..yang tak boleh tu laa yang nak dibuat sangat.

Yang aku nak share jenama rokok jek. Aku dah membebel kemana je ni. Macam kelako je aku tengok..huhuhu..kelako ke...

Macam2 adaaaa
Hahaha tengok tu..cap astro pun ada... oki printer..bolaa...adoiyyaiii...cuba la reka nama lain yang komersil skit. Aku perati selalu jual cap kelako ni kat bandar2 kecik. Kat key ell macam tak pernah nampam pun.

Tapi apapun cap nye...yang penting tak yah la merokok...dah ramai sangat ulama kata haram. Tapi ntah laaa..nak suh orang berenti tu bukannye senang. Kalau tuan badan yang takde usaha...apa lah sangat yang kita boleh buat. Berdoa je la pada Allah semoga dibukakan hatinya untuk berenti. Ye dak...

Ok. Tata