when in Bali, Indonesia Day1

#throwback: mac 2014

Ni citer basi. Saja je nak ulang tayang.
Plan nak ke bali ni dari tahun lepas. Kawan aku emi ajak pi. Aku pun apa lagi menggedik la nak ngikut. Tapi sebab banyak masalah negara ujung-ujung tahun, aku tak leh commit. Lepas tu semua org buat-buat lupa. Lepas selesai masalah antarabangsa aku..eh masalah negara ..aku pun teringat balik kes bali. Wasap dia tanya dah pi ke belum.fuh..lega belum. Terus berdezup kami buat gerak gempur.

Disebabkan ini destinasi bajet..hotel kenalah setarap. Kami pergi 3hari3malam. So, tak yah canggih mana. Janji dapat mandi dan letak beg jek.

Day1:
Stay kat Pop Hotel. Murah je mengkome. Tapi aku tak galakkan sangat sebab dia kemut giler. Cawan takde cerek takde. Bantal extra takde. Sib baik la kami ni cumei-cumei. Boleh share bantal. Kalau kome ada niat nak mentekedarah memalam buta nak makan maggie, jangan pilih hotel nie. Bagi aku ok je sebab dah xde cerek..takyah la makan..huhuhu. balik dah lewat. Terus je mandi dan membuta.

Layan gambar je laa..aku dah malas nak menaip.

Rupa pop hotelnya. Sampai dah midnite..snap lebih kurang jek
Lepas breakfast terus tunggu supir. Hari nie plan tour bali. Tengok la tempat mana sempat.

Kat Ubud, tengok kedai batik.

Ni kedai silver

Tanah Lot

Tanah Lot lagi

Dinner kat Jimbaran. Ikan tu kan kedai ayam pop.

Lepas dinner, pi shopping kat Krisna. Terus borong buah tangan untuk kawan-kawan. Punya la letih tuhan aje yang tahu. Balik hotel dalam pukul 9 rasanya. Tak banyak tempat pi hari nie.. Kat Tanah Lot je dah berjaman. Tengok view kejap jek. Yang lama shopping. Tapi aku memang rekemen korang soping kat sana. Murah giler babas dari town (Kuta).

Balik bilik terus solat. Boleh gagah nak keluar balik nak pi spa..nak urut-urut kaki. Jalan punya jalan sambil jeling-jeling mana spa yang menarik hati. Bismilah..terus masuk kedai. Sib baik best. Nama kedai dah lupa..hehhe... massage kaki je pun. 

Settle je terus balik. Mandi dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

to be cont...




Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan