when in bali, Day3

Assalam.

Ok yang ni last. Sebab dah nak balik malamnya. Pagi tu..semua bermalas-malasan. Almaklum laa bilik beso..tilam gebusss bantal gebusss...tunggu plak breakfast in bed  katanyaa..makin la malas. Bila food dah sampai, baru makan and lepak-lepak kat tepi pool. Pastu apa lagi...terojon ler kitaaa... sambil mandi sambil sembang sambil makan. Oh sebelum mandi tu, dah call supir. Mintak jemput kami awai...sebab dah tawar hati nak melepak di Seminyak..banyak hati yang terluka...huhu.

Lepas mandi, semua start packing cun-cun. Sebab malam kang dah nak balik. Abis tu checkout awai nak pi mana? sambung soping... yeaaaa..

Supir bawak kami ke Matahari. Haaa..sini lagi aman. dah la ekon, rege pun terkawal. puas hati. Tapi sebab banyak barang dah beli..memendam rasa je la kalau jumpa lagi murah dari yang dibeli sebelum nie. Bertabah je laa. Pastu sambung soping kat tepi-tepi tu..dia panggil central market rasanya. OK. Yang ini korang jangan pergi. Dah la panas sebab tak de sistem pengudaraan yang ok..hahahaha. Tepi pantai dan dia kedai-kedai kecik. Agak kepam laa..pastu rege diaaa...mak datuuukk...pengsan. Korang bayangkan aku beli topi kat Tanah Lot RP30k je lepas tawar. Harga asal rp45k kot. Kat kuta....dia letak 90k!!!!! tercekik aku. Sib baik supir dah sound awal-awal. Dia suh tawar 70% daripada rege asal. Dan aku dah beli topi yang sebijik sebijon kat Tanah Lot. Aku memang tawar sampai dapat rege yang sama. Fuhhh..memang mencabar.

Nak ke SPA seround lagi pun dah tak dan. Terpaksa la menuju ke epot. sobbbsooob..dah nak balik dah. Tak puas la..banyak lagi tempat tak pi. Tak pe laa..kompoi duit bebanyak. Bali...tungguku datang kembali!!

Epot Ngurah Rai ni baru...surau besar bersih. Epot pun best. Kami santai2 je sambil nak tunggu balik. Masa nak menuju ke gate ujung donia tu..siap jumpa jovian mandagie and nina lagi. Tapi tak de kuasa la aku nak bergambo ngan retis. Cuma aku terkejut melintas sebelah depa..hehhehe.

Fuh. Abis gak citer bali nie. Biasa-biasa je. sebab pi pun kejap. abis masa belek barang kat kedai-kedai jek. beli nye tak seberapa..ahahahhahaha. Nak buat camne. Ahlill rombongan cik kiah. Kalau pi ngan laki aku..tak merasa pun nak pegang. dapat jeling je laaaaa..

Ni aku buat summary harga dan tempat yang aku pergi.
Pop Hotel (2days): 656K
Jas Villa (1day): RM395
Tanah Lot (entrance) : rp30k
Airport Tax : rp150k
Smart SPA (Massage n scrub 120m) : rp325k
Supir (1hari) : rp350k (supir fofula pak yanto. dia kata dia paling murah di bali. tapi memang aku rekemen, sebab dia tak berkira sangat walaupun aku sentap sebab dia tak mo bawak kami ke Sukawati....sukatik dia je kannnnn :P)

Ni gambo random kat bali. cuma b*b* guling je tak tergamak nak snap.

kedai ukiran bersepak

patung dia mostly pakai kain pelekat..pemalu kot
kedai tepi jalan. kopi abc tak dan nak merasa

Bye-bye Bali.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya