Wednesday 28 May 2014

Setiap yang hidup pasti akan kembali menemui ILAHi

Dimanakah kita?

Assalam

Mati adalah pasti. Semua yang hidup akan mati. Tak cepat sesaat dan takkan lewat sesaat. Cuma bila, di mana, bagaimana adalah rahsia Allah. Ada yang meninggal semasa kecil, ada yang semasa remaja dan ada yang di ujung usia. Kita sebagai hambaNya, kenalah sentiasa bersedia untuk mati pada bila-bila masa. Sebab itu ada hadis yang mengatakan '"Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok, dan berusahalan kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi..."

Pagi ini dikejutkan dengan berita kematian Nenek sebelah husband saya. Nenek yang paling sporting, yang paling best dan semua lah. AlFatihah buat nenek. Semoga aman di sana. Insyaallah, saya tak lupa doakan dan sedekahkan AlFatihah setiap kali selepas solat.

Yang hidup kena teruskan hidup. Solat jangan lupa, jangan lengahkan. Disamping itu, teruskan sedekah kepada si mati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Tata.

No comments:

Post a Comment