Wednesday 14 May 2014

Kelebihan/fadhilat surah al-insyirah



Terjemahan:

SURAH AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 


(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


Bestkan terjemahan surah ni. Aku lately ni rasa susah sangat. Bukan la susah macam mana. Kena berulang pi sepital. Kejap je pun urusannya, tapi nak menunggu punya la hazab. Sampai separuh hari. Memang kekadang hilang sabo. Tapi iye laa..nak buat camne. Doktor pun banyak lagi urusan dia. Kalau dia layan aku sorang..10 minit dah settle. Masa dok menunggu tu, aku teringat ayat ni. Tu yang bukak iquran pro dan google pasal surah nie. Sangat menenangkan jiwa. Sampai Allah ulang dua kali tu. So kena percaya setiap kesukaran disertakan kemudahan. Bila tu..wallahi. kita usaha je laa dan yang penting jangan lupa berdoa.

Ok. Selamat beramal.

Tata

No comments:

Post a Comment