berapa banyak tempat korang kerja?

Assalam

Aku nak buat survey ringkas ni. Berapa lama dah korang kerja? 10tahun? 25tahun? Dalam tempoh tu, berapa banyak tempat atau company korang kerja?

Aku punya sejarah ye:
1999: aaa (6bln)
2000: bbb (3thn ++)
2003: ccc (< setahun)
2004: ddd (3thn ++)
2008: eee (<setahun)
2009: fff (5thn++)
2014: ggg (current)

**tu saja aku letak aaa, bb, ccc. takkan aku nak sebut satu-satu tempat aku koje.

Hahhahaha. Apa yang korang nampak disitu? Nampak sangat aku ni jenis tak setia. Asek lompat katak. Ntah laaa..aku ni jenis cepat bosan. Buat kerja sama jek. Bila dah masuk tahun ketiga, mesti aku dah gatal update resume ngan jobstreet. Eh...hidup lagi ke jobstreet? Dulu selalu skodeng jobstreet sebab nak test market. Tu aku KAGUM sangat dengan orang yang setia ni. Tak bosan ke deme buat mende sama. Kalau mende lain lain..ok lagi aku rasa.

Tapi alhamdulillah, sepanjang aku kerja..aku dikelilingi orang baik baik. Bos baik..geng baik..banyak yang tolong aku. Aku nie bukan nye pandai mana. Kalau deme tak tolong..aku tak tau laa apa nak jadi. Tq Allah.

Pemandangan indah dari cubical aku ;)

Tempat latest ni..paling mencabar aku rasa. Diluar bidang kepakaran aku *pakarkepun..huhu. sedey je aku hari hari nak datang kerja. Tapi sebenarnya elokpun. Kasi otak aku bergerak pantas skit. Akupun dapat belajo mende baru. Sib baik dapat yang ada tingkap..stress-stress dapat la tengok dunia luar. Ni dah nak masuk 3 bulan..tenang skit dah jiwa aku..slow slow la belajo..jgn perasan pandai dan bodoh sombong udah ler kan. Wish me luck ye.

Tata

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan