Tuesday 27 May 2014

27 Rejab Isra' Mi'raj

Assalam

27 Rejab merupakan tarikh bersejarah dan istimewa kerana terjadinya Isra' Mi'raj kepada Nabi Muhammad SWA. Pada tarikh tersebut juga diperintahkan syariat solat kepada seluruh umatnya sebanyak 5 waktu sehari semalam.

Solat dalam Islam memiliki kedudukan istimewa berbanding amalan yang lain. Antaranya adalah;

  1. Solat adalah satu-satunya syariat yang diterima Nabi secara langsung dengan Allah
  2. Solat adalah satu-satunya syariat yang diturunkan di langit, bukannya dibumi
  3. Solat adalah satu-satunya syariat yang pertama diturunkan syariat di kota Makkah
  4. Solat adalah satu-satunya yang paling banyak disebut di dalam al-Quran
  5. Solat adalah syariat yang paling banyak di lakukan umat Islam dalam hidup berbanding syariat lain
  6. Solat adalah syariat yang diwajibkan lebih awal pada semua peringkat umur untuk dikerjakan
  7. Solat adalah syariat yang tidak boleh ditinggalkan dalam apa juga keadaan (selagi nyawa di kandung badan)
  8. Solat adalah ibadah yang membezakan antara Islam dan kafir
  9. Solat adalah ibadah yang diwasiatkan Rasulullah sebelum wafatnya
  10. Solat adalah soalan pertama yang akan ditanyakan oleh Allah SWT pada hari akhirat.
Jagalah solat kita dengan 6 perkara:
  1. Jangan mudah meninggalkan solat
  2. Jangan melambat-lambatkan waktu solat dengan kesibukan kerja dan duniawi
  3. Jangan kita melakukan solat di rumah, sebaiknya kerjakan di masjid/surau
  4. Jangan kita solat bersendirian, kerjakan lah dengan berjemaah
  5. Tambahkan solat-solat sunat dalam hidup
  6. Kerjakan solat dengan kusyuk

** copy paste dari Ustaz Sihabuddin Muhaemin

Ya Allah, begitulah pentingnya solat. Semoga kita dapat muhasabah diri di mana tahap kita. Kita sekarang mudah sangat nak tinggalkan solat tanpa rasa berdosa. Demam sikit dah larat nak solat. Banyak keje di pejabat, mulalah niat 'jamak akhir' zohor ngan asar. Astaqfirullah... kita disini merujuk kepada diri saya ye. Kalau korang pun sama, marilah kita cuba ubah sikit2. Cuba solat awal waktu. Yang lelaki, cuba-cuba pi masjid berjemaah. Start solat sunat sebelum dan selepas solat. Insyaallah..kene istiqamah laaa. Lama-lama sure tak rasa terbeban.

Ok. Salam 

Tata

No comments:

Post a Comment