10 Things You Should Do In The 15 Minutes Before A Big Presentation

Wah...tajuk tak boleh blah langsung..huhuhu

Pic ehsan pakcik gugel


Aku ni ada penyakit. Penyakit takut bercakap kat depan. Nak nak kalau ada microphone, bertambah lagi penyakitnya parkinson. Adoiiyaiii. Aku pun tak tau laaa kenapa teruk sangat penyakit aku nie. Dah lama cuba berubat...tak mau pulih pun.

Contohkan..nak interview aku gagap...ada presentation kumpulan masa induksi dulu pun gagap..abis semua gagap. Tapi yang pelik bin ajaibnya... kalau aku jadi trainer, ok jek. Tak de plak gagapnya. Maybe aku perasan best kot. Tetiba semua penyakit hilang.

Yang terkini, aku kena jadi mc. Bukan mc hammer ye. Adoiii..jenuh aku menolak sana sini. Last last pada hari kejadian pengurus event tu kata dah ada pengganti. Punya la aku lega..

Aku dah kompang sana sini aku kena jadi mc. Kawan aku siap bagi artical ni suh baca. http://www.businessinsider.my/what-to-do-15-minutes-before-presentation-2014-5/#.U3K79HMZ7qD
Aku memang baca tapi biasanya pada hari kejadian, aku jadi tak terkawal...hahahhaha..abis semua mentera tak jalan.

So..aku pun santai je la pagi tu. Speakers dah ada yang sampai. Ada mat salleh sorang from singapore. Lagi 5minit nak start, mc tu tak nampak bayang. Aku dah stresss dah. Call dia kata kejap..kejap. dah lewat 10minit, last last pengurus projek soh proceed jek. Mak kene jugeeeeekkk..uwaaaaaaaaa...

Sib baik mak bawak text siap siap dah tapi still gagagaggaap la. Cakap melayu pun gagap, ni kan pulak ada omputeh..gatal giler kerongkong mak ni noks.

Tapi aku abiskan jugak laa dua sessi. Aku aim je mamat yang sepatutnya jadi mc tu..gereeemmm. masa break, depa dok bagitau apa kesalahan aku..gini..gitu.. mak pasrah jek. Anggap je la nak belajo. Depa pun bukan kondem..cuma bagi tunjuk ajo.

Sessi kedua terus aku hempuk kat mamat tu..hahahha..lega aku.

Majlis tu tak beso mana pun..dalam 50-60orang. Tapi beso la bagi aku yang memang tak pernah jadi mc. Ntah mana la rupa kalau aku yang jadi speaker..huhuhu.

Daaaaan....disebabkan kecermelangan terlampau pada sesi pagi tadi..aku dipilih sekali lagi utk jadi mc pada malam pembentangan dan majlis penutup...cisssss...stress mak camni tau...patut la abis majlis dua bijik jerawat aku naik.. majlis malam tu aku malas nak cerita. Aku baca je skrip secara laju-laju..tak larat nak pikio. Pagi tadi punya penat pun tak abis ko....hahahha

Ok laaa..menaip ni pun penat tau. Cuma tak stress bila pegang mic.

Ps: sebenonya takde orang dah nak jadi mc. Urusetia tak cukup orang. Pasai tu la aku dipilih. Bukan sebab aku best pung..huhuhu

Tata.

Popular posts from this blog

Casa Titik, Cherating

Pusat Penghayatan Alam (NIC) - Wetland Putrajaya

Menawan Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan